Wednesday, December 25, 2013

Medical student's dilemma

"That's why they said someone having medical problem shouldn't take this course (medical course)" said Doctor R to me. 

WHAT? 

I thought if someone having some medical issues then he/she is a better candidate to become a doctor. 

The first statement is true jugak sebab nanti patient aka doctor/medical student ni freak out lebih. If wikipedia ( ofcourse google! ) tulis 1% will have a chance of sudden cardiac death bla bla bla, yang di baca macam 10% will have a chance of cardiac death. Semua percentage nak increase. Semua complication nak fikir. But at the same time memang terbaik la baca buku pasal topic tu. Mesti orang berkenaan terer sudah dengan penyakit dia tu. Ni ada la jugak pengakuan budak-budak lain. Yang ada goitre, perghh terbaik kau! Tanya je la apa pun pasal thyroid semua ingat, percentage-percentage pun termasuk. Kalau biasa-biasa, percentage orang deliver on due date pun tak ingat. Lol.

Yeap, it's me yang ada medical issue itu. And being a girl is not  very okay la because nanti kahwin nak beranak pinak lagi. All these things perlukan kekuatan. Okay, I opt for C-sect. Muehehe. InshaAllah.

I keep on asking myself, why must me? Oh Allah.. I just don't know. Kalau asyik bertanya, nanti sedih. Orang cakap, bertahan sebab semuanya ada hikmah. Do you really know what type of feeling is this? 

Menangis, menangis dan menangis. 

Yes, saya tak kuat. Lemah sangat. Mungkin ini ujian dan pengajaran supaya saya lebih beribadah kepadaNya. 

Apapun yang terjadi, inilah yang terbaik rasanya. Disaat nak positif, macam-macam dugaan datang. 

Allahu Allah. Seriously I cant focus on my studies. Aim for distinction tahun ini, tapi entah la. Sometimes I feel hopeless. I dont know what is going on with me now and later. Oh, by the way ada la time yang saya naik semangat sikit sebab result 4th year dah keluar. Alhamdulillah :) honours and distinctions. No need la nak cakap berapa honours berapa distinction. Daku pohon supaya kau menolongku juga dalam hal ini sama seperti kau menolongku dalam pelajaran. Sumpah, aku tidak pandai belajar, yang memberinya adalah Kau. 

Because of all this things, my aim have been reverted. Turning back to become cardiologist. InshaAllah.

Sekian.

Sunday, December 8, 2013

Update

Hello there...

Nothing much to update. I feel like wanna go home (homesick) all the times. Hurmm hurmm

This week been the most devastating week ever! Nothing much to study or maybe I am too lazy (due to some reason) to open the books. I know jangan ikut hati sangat. Nak buat macam mana dah fragile sangat.

I need to struggle to be a better me. Nak jadi orang lain tak boleh. Positif liza positif. Biarlah orang lain lagi hebat, lagi cantik, lagi kaya, lagi pandai, lagi fortunate than you and etc etc.

To everyone out there, dont be like me. Study, work hard in whatever you do and enjoy your life. Live life to the fullest.

:)

p/s : if you couldn't find this blog, maybe it has been removed or changed to mellynomnom.blogspot.com.

Monday, October 28, 2013

Busy Busy? Super Busy? Hyper Busy?

Whatever it is, the root word is BUSY la of course!

I am preoccupied with this so called degree thing. Apa mengarut entah.

Rindu nak ada perasaan happy-happy (read as gembira-gembira) bersama kawan-kawan. Bukan tak gembira tapi bahang responsibility dah makin meninggi. Tak boleh main-main. Tak boleh layan perasaan sangat. Tak boleh berpoya-poya. Well, Korean dramas and movie or whatever seangkatan dengannya dah lama dihentikan. Ada la kalau bosan tengok tv atau tengok movie.

Sekarang nak catch-up dengan video lectures yang berlambak. Sobss. I wish I am genius! Unfortunately, it is only in my dream.

Dengar cerita pasal housemanship buatkan diri lagi takut. Rasa macam nak pergi kerja kat UK terus taknak balik buat houseman. Lagipun I tak terikat dengan kerajaan. Tapi housemanship dekat Malaysia penting in case you want to continue working in Malaysia.

So much to think of, but above all habiskan degree dulu. Tengok orang lain graduate rasa macam tak sabar.

Today is the second time I think cardiology is fun and elegant! Haha.. Tapi sumpah susah dan busy. Need to think wisely.

Lastly, someone keep on reminding me : be a good doctor in the future Liza, I believe in you. Urm InshaAllah.. harapan orang lain selain family tu pun penting. Yosh berusaha!

:)

Friday, October 4, 2013

Busy

Cuti ada seminggu lagi tapi balik awal kat Bangalore. Kakak den dengan konco-konconya datang yaw. Busy la jugak. Haha. Post pasal Singapore dah peram lama. Nanti la publish. Den kalau balik Malaysia dah macam amazing race. Kejap kat Johor, kejap kat Kedah, kejap kat KL, kejap kat Melaka, kejap kat Singapore. Lepas ni kejap-kejap kat Taiping & Ipoh. Taiping sebab nak melawat kawan. Ipoh sebab ada jemputan dari bekas kak ipar. Rindu nak tengok anak-anak buah yang busyuk masyam tu. hahaha. Lepas tu nak pergi Kuantan kejap sebab kawan-kawan ajak. Isk kalau cuti den berbulan-bulan memang den buat tour dah rasanya.

Kali ni dok Malaysia macam kena pam! Serius gemuk!!! ;( Ada la kawan den teka berat den 80. Sentap square plus plus okay. Suka sangat cuti kali ni. Hihi Alhamdulillah :)

Eh saya mimpi awak la. Awak kenalkan awek awak dekat saya. Cantik.. saya macam teruja. Macam saiko sikit taktau la pasaipa. Hahaha. Yang ni saya tau mimpi takkan jadi kenyataan. Ada haritu mimpi sorang kawan ni mesej kat wechat. Tup tup lepas 2 3 hari macam tu memang betul. Ah sudah.. scary yaw..

Ok la nak cerita haritu pegi Melaka, mandi dekat Pengkalan Balak, melawat A Famosa, window shopping and main bowling kat Mahkota Parade. Best woo.. Malaysia truly Asia. Haha


Baru cek tau cek tak takut ulaq. Hihi.


Ofkos la cek kalah men bowling. Hahaha


Wednesday, September 11, 2013

Habis sudah tahun 4 :D

Alhamdulillah harini tamat sudah final exam tahun 4. Lepas cuti masuk tahun 5. Pulang kali ini membawa harapan dan jugak buku-buku. Hihi. Lantak la orang nak cakap ulat buku ke janji I CAN BE A DOCTOR AND I WANNA PASS WITH FLYING COLOURS. InshaAllah...

Cerita pasal exam memang bosan. Well kali ni lain sikit sebab tak stay up. Pukul 1.30 am dah masuk tido. Hihi. Nescafe kena minum sebab terpaksa. Sorry jantungku. Lepas ni kita layan green tea aje. Hiks :D Basically soalan exam jenis yang belajar dalam kelas and tengok kes apa kat hospital. Alhamdulillah alhamdulillah... semua diagnosis saya betul tapi part management kelam kabut sebab dah tercampur. Takpe next time I will try harder! Part yang best sebab tadi keluar soalan Henoch Schonlein Purpura (HSP) and saya teringat time oncall 3rd year dulu sebijik patient tu datang dengan clinical features tu :) benda yang kita tengok mostly kita senang ingat. Kadang tu buku cakap semua clinical features tapi patient datang dengan common clinical features je.

Rasa semangat ni. Hihi. Nak belajar betul-betul nak jadi doktor yang dapat membantu orang lain. Nak jadi positif. Nak jadi muslim yang hebat. InshaAllah.. 

Kepala dah teringat kampung halaman, tanah tumpah darahku, pelita nasi kandar, makanan, dan kepanasan Malaysia!

Mak... I am gonna make you proud of me!

Thursday, September 5, 2013

Hurm Urm Hmmm OBG why u so scary?

I'm gonna be hiatus for a while. Cewah hiatus gituu

Exam nak dekat. OBG posting is killing me

Cant go home early. Stucked with PG's classes - today is Audit day. First week of every month. poor PGs, and us of course!

I hope my first posting for final year is not OBG! Cukup-cukup lah tension tak habis lagi. Hati terluka, berdarah, tapi nak buat macam mana doktor kena hati kering. Aish susah betul hati basah ni. 

Kenapa doktor suka marah-marah? Kenapa??? Tak boleh ke nak happy with your students. Jika saya ada students akan ku ajari mereka dengan penuh kasih sayang. Bukan kasih dan sayang selepas air mata mereka jatuh. Ah, apakah ku merepek? Semoga PG tadi bertabah. Takmau nangis dah tauu (bajet dia baca blog ini)

Kesian betul tengok Dr Madhu. Dah dua kali nangis. Sobss

Sekian.

Saturday, August 31, 2013

mimpi

Meh nak cerita. Haha lawak pun ada mimpi-mimpi den ni.

Well, saya mimpi awak call saya cakap awak nak kahwin dengan salah sorang kawan saya (nama dirahsiakan). Ohmaiii terkejut beruk ok. Macam mana kenal pun tak tahu la. Then I keep on asking kenapa Cik Aminah (bukan nama sebenar) ???Awak tak jawab pun dan awak nangis. Lepas tu saya tanya your gf camane. Awak cakap dia takleh terima jugak. Lepas tu saya nangis sebab nampak awak nangis. Konfius jugak camana nampak entah padahal tengah cakap fon je pun. Hahahahaha. Family awak tengah bersiap nak pergi Terengganu sebab my friend tu orang ganu. Perghh sedih gilos. Aish nape sedih entah. Kenapa la awak call saya. Pergi je kahwin takyah mintak izin ke ape. Kalau tak bagitau pun takpe. Sedar je dah subuh lepas tu fuhhh lega mimpi je. Pelik jugak kenapa mata saya basah and bengkak? Tula sape suruh awak nangis. Kan dah meleleh air mata.

Saya pergi ke hospital dengan mata bengkak dan pening kepala. Dah la OBG posting ni disaster! Ni esok semua kena pergi hospital sebab kena denda sebab lambat masuk OT and ada yang missing time ward round. Argh reality hurts.

Oh when I saw something on instagram betul lah awak pergi ganu. Ada kenduri ke? Mimpi tu ter-twist sikit la kot. 

Epic. Drama. Taknak mimpi dah. Oh Allah.... please :( tu belum masuk cerita mimpi lain. Sobss

Tuesday, August 27, 2013

Tak sabornye nak balik msia!!!

Aishh homesick sangat. Nak dekat exam homesick. Homesick je time nak exam. Tak paham. Padahal dah besar :( Tiket balik is on 13/9 but my dad pergi haji on 12/9 which is pagi. Tarikh exam tak sure lagi. Possibility awal tu ada tapi hurmm takmau la awal sangat. Berdoa supaya exam on 11 and 12 or 10 and 11. Amin... seriously subject killer kot. Sometimes I just hope OBG is the only subject. Sobss.

Tak sabar nak balik cuti sebab nak kasi cupcakes. Muahaha tak serik. Takpe la dah niat haritu mana boleh tak buat. Nak buat surprise takut tak jadi. Plan tak tau camana. Maybe balik Kedah, then Johor. Ohmai Johor tu tak sabar. Kehkeh. Harapannya supaya orang tersebut terima la cupcakes itu dan makan dengan jayanya. Amin amin.. :)

Haruslah setadi ye dak? Kepada awok, setadi jugak tau. I know you are smart :D Kalau usaha sikit perghh entah-entah dekan. I pray for you too. You know doa musafir mustajab kan? hehe. Jaga kesihatan jugak. Kadang tu rasa better macam ni kan? Kalau mesej je asyik gaduh or sentap.

Eh harap-harap la awok baca. Malu je cakap sorang-sorang. Haha. Gilos ko apo.


Saturday, August 24, 2013

Kisah of the day

Takde kisah pun sebenarnya. Hari-hari yang dilalui sama je bangu, pergi hospital, balik lambat, study sikit, penat, then tido. Nak final exam dah. Risau jugak ni. Tapi takpe inshaAllah boleh. Lagipun fourth year rasanya semua akan lepas sebab Professional exam tahun depan masa final year.

Sebenarnya saya rindu la jugak kat someone. Aishh. Rindu tak bertempat orang kata. Dah la dengan homesick tambah pulak dengan personsick. I put all the blame on me la of course. Sape suruh tak pandai handle perasaan. Sape suruh terhegeh-hegeh sangat. I bet it is one of the learning process. Mana pernah nak alami benda macam ni, sekali alami perit kaw-kaw. Need to sacrifice friendship jugak la. Maybe later bila everything get back to normal, boleh kot nak berkawan (if that person want it too). Kesian jugak sebab on and off benda ni tapi takda cara lain dah U_U He is so nice, but me yeah you know (refer to the above).

I fikir jugak, kalau still teruskan kawan nanti I timbulkan masalah, syak wasangka all those crappy stuffs. Baik tak payah. He hurts, I'm hurt. By the way, I ni mulut laser jugak la. I keep on regretting what I've told that day. So stupid kan. Apesal la tak diam je and walk away. There is a saying, 'If you can't be good then be silent' Sobss.

Reminder of the day, be nice to everyone, if it hurts then be silent.

Saturday, August 17, 2013

Eop Peads

Baru je habis eop paeds dengan jayanya. Alhamdulillah.. tapi baru eop and osce belum teori lagi.

Alkisahnya, dapat kes dysentry baby 7 bulan. Alahai comei sangat aih. Time tanya mak dia tu boleh pulak dia gelak-gelak ingat orang nak main dengan dia. Eyyy gewam. Dah la orang tengah nervous. Haha.

Comel la baby ni. Aippp sabar-sabar. Hahaha.

Tu je nak cerita. Lepas ni masuk OBG. Dengar kata kena pergi awal dari biasa sebab ward round pukul 8. Of course la kena prepare case before round. Mahu naya kalau malas ni >.< Oh OBG why u so stress? Kesian dekat orang nak beranak tahu?

Tuesday, August 13, 2013

Have I told you lately that I love you?

Time nak exam peads esok la dok gila suka lagu ni. Sampai rasa nak study dengar lagu padahal bukan boleh fokus pun. Aip.. apakes la.

Ni semua pasal someone pegi comment lirik lagu ni tahun 2011 dulu kot? tapi lirik tukar la. hahaha lama dah. Rindu la kat orang tu (padahal dia tak rindu cek pun) sigh.


:)

somehow someone can make you smile, always there for you without even you realized. 

I am glad to know you seriously

macam chipsmore! lols


Monday, August 12, 2013

hello bangalore

Alhamdulillah selamat sampai bangalore. Post raya nanti la ye. Haha pemalas.



Maksu cek dia super excited dengan camere 360 ni. So layan kan aje. Hihi. Kuih raya rendang semua ada. 

Jadi student balik. Argh.

Thursday, August 8, 2013

Pre Eid 2013

Dalam erti kata lain malam raya la lebih kurang. Haa malam raya part tak best takdak ayaq. Sabaq je la. Rasa bagus kalau balik Johor ni. Haha. Alhamdulillah air ada lepas kitorang balik dari uptown. 

Yang peliknya raya tahun ni, everyone is over excited dengan inai. Yes, I also bring Indian henna. Dekat uptown ada la kedai inai bercorak-corak? Kaya la rasanya makcik tu. Ni dah macam nak kahwin je. In term of baju raya pun orang sekarang dah overrated. For me, cukuplah beraya dengan keluarga. I did not buy any baju raya, kasut raya, tudung raya. Nothing! Dulu kecik-kecik mungkin lah excited nak raya sebab serba serbi baru. 

Malam raya jugak lah dapat advance birthday treat. Alhamdulillah.. thank you Keon. Tudia advertise nama kat sini. Keon memang baik walaupun jarang mesej dan bersembang. He is the typical boy lah kalau bersembang. Grr selalu sentap gak dengan dia. Sanggup bersusah payah harini walaupun busy sedara mara datang. Pergh ni tahap bosan dah ke dok umah tok? Just hope that one day you will marry the one that you love. For Keon, I will describe him as good, intelligent, and gegeh guy. He always gegeh dari dulu. Haha. He gegeh-ly sent me snowballs dekat ym after tahu i tak dapat Ireland. I sentap tahu? He gegeh-ly nak tumpang after interview petronas but then taknak sebab malu. He gegeh suruh kirim salam and asyik je minat perempuan cun. Bila tanya cun hang tu macam mana? He said i dont know. Gegeh sangat. He gegeh-ly said unnecessary things about kahwin but then I know la sapa dia suka. Gegeh nak buat scandal. He gegeh-ly cakap dia pemalas padahal rajin je kot. Kat mrsm dapat pointer 3.5 above every sem! Sekarang dah pandai lock whatsapp. Perghh berahsia sangat dengan Miss B dia tu. Hahaha. Omg I just realized selamba badak je I check phone dia. Gulp. Okay dia yang over bagi. Haha. Dia tak pernah check phone I pun. Tudia rileks sangat kan dengan dia ni? I pakai selekeh lagi la dia tak kisah. Tak pernah cover. Enough with Keon. Tanya khabar pun sebulan sekali. Tu la the only pemalas dalam diri dia (eh bersebab jugak tu)  Habis kalau dia baca ni -__-

Sambung part raya, ketupat pun order. Ya Allah, raya tahun ni lain sikit la. Huhu. Esok balik Changlun wehoo.
As I describe one of my friends, that does not mean that yang lain jahat. Lain tu baik jugak, but then as one of my friends said to me, every person lain-lain kan :) SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Hee budak Bangalore raya lambat sehari. *gelak jahat*

Monday, August 5, 2013

Monday blues


Monday blues sangat la kan padahal takda maknanya nak blues clues ini. Saya terpegun(?) terpersona (?) menyukai (?) quote di atas. Gituu bahasa melayu dah macam bahasa asing. Walau apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan. 

Saya sedar saya banyak kekurangan, tidak mengapa lah. Mungkin ini tandanya saya perlu berusaha memperbaiki diri. Saya perlu kuat! 

Be happy self, because you might not know what in front of you. Be happy, be lawak like you always do. Because there are a lot of people that love to see you smile, rather than a person that makes you cry.

Do not compare your life with other person that higher from you, instead compare it with the same or lower than you then you will bersyukur for what you have in life.

Life isn't that great, life gives you pain and Allah is the one that cures the pain inside you. 

I keep on telling myself, Everything happens for a reason.

Everything happens for a reason, do not stop reminding yourself. Have faith in Allah.

I want to be great, not just good. Oh Allah, please help me through.

I swear I wont cry. Even as tears fill my eyes I swear I wont cry

Be happy wehuuooo

Saturday, August 3, 2013

Thee

How time flies really fast. Rasanya macam baru sekejap je raya tahun lepas dan sekarang nak beraya lagi. Banyak juga la episod-episod gembira duka dan lara yang dihadapi. 

Macam tak percaya I've been through all this thing. First time. Yes everything has their first time moment. And everything happen for a reason. Hopefully the reason behind this is big enough.

When someone else's happiness is your happiness, that is love -Lana Del Ray-

Please be happy walaupun kawan dengan saya membuatkan awak tak berapa happy. Furthermore, I only know how to 'emosi' and break your heart.

Walaupun saya pernah penat kawan dengan awak, that does not mean that I hate you. Sometimes we can't have everything in our life. And sometimes I dont understand my heart either.

I have this sixth sense kadang-kadang. Mostly betul. You dont need to hide from me.

If you want me to be your friend, please know that I still have to struggle for 'you know what it is'. 

Kadang tu saya berharap awak benci saya supaya saya boleh pergi jauh dari awak. Supaya saya tak kacau awak lagi, dan supaya everything back to normal.

Mungkin saya yang bongoks tak dapat membezakan apa itu cinta dan persahabatan. I'm trying to know it slowly.

Awak tak perlu menjaga hati saya sangat. Saya memang perlukan kebencian dari awak. Saya emo teruk-teruk so that awak bencikan saya.

Saya tak pernah bosan dengan awak, kalau bosan takde la saya buat macam-macam kan?

This is the first give up in my life. Tears are coming down, I cant continue to write. 

Love you forever, dear friend.

Thursday, August 1, 2013

Malaysia

Tiap kali balik title post mesti malaysia gituu. Tak plan nak balik tapi balik je la homesick sangat. Dah besar pun homesick sungguh la berjiwa kanak-kanak. Flight okay saja sebab MAS kan. Part makanan tu macam alahai beriyani pulak -__-

Cerita banyak pun bukan ada orang nak baca pun or takde orang concern kat hang pun liza oi. Tapi tadi pergi terawih pakai la baju tidoq full set. Pakai telekung takpa lagi. Sekali jalan kaki kerr. Malu je lintas traffic light tu semua pakat tengok seluar ku yang comel. Kau hado? Kat India pun tak pakai baju tido p terawih ni kat malaysia terbaik la pulak kan.

Redah saje. Dalam hati comel kan baju ku? Hahaha

Sekian.

Sunday, July 28, 2013

Emosi kaw kaw

Hari-hari rasa nak sentap. Entah pasaipa la dengan diri ni. Dugaan bulan puasa agaknya. Nak balik raya :'( Ni belum lagi malam raya. Malaysia raya awal sehari. Mau lah den sentap tahap dewa nangis mengenangkan nasib diri di perantauan. Lepas tu ketupat rendang pun takdak. Hari raya masak nasi ayam je la kot. Ke nasi lemak? :(

Mak.. liza rindu mak. sobss

Nak makan ketupat, nasi impit, soto, rendang.

Nak buat kuih raya dengan family.

The only raya yang saya rasa paling best ialah kat Johor. Somehow I hate raya kat Kedah. Just feel like I dont belong to Kedah. No I am not Kedahan (walaupun IC alamat kedah). I am proud to be Johorean. Orang Kedah pelik la time raya sebab tak makan nasi impit. Masa tahun bila entah tak ingat tapi ada ke malam raya tu tanya la mama (mak tiri iolss) tak buat nasi impit ke? Pastu anak dia jawab, orang tak makan nasi impit la hari raya. Hoiii sentap kau. Sumpah tu first time raya dengan bapak den dan mak tiri den. Pecaya? Kalau raya kat Kedah pun selalu raya dengan abang and kakak which culture Johor, makanan Johor tetap ada. Kitorang tak cakap Kedah pun kat rumah. Kadang tu bapak den selalu perli cakap KL dengan den. Den kan Kedah celup. Somehow untung jugak la tak balik sebab takde la kena perli. Hidup ku yang penuh duka lara. Sobss

Taktau nak cakap apa lagi. Dok jeles dengan kawan-kawan lain balik, or kawan-kawan yang memang kat Malaysia tu. Bestnya diorang. Please jangan sentapkan saya lagi. Mohon sangat. Dulu kecik-kecik orang selalu cakap, liza anak yang malang (due to some reasons). Malang sungguh la kot ni beraya kat sini. U_U

Sabar je la. Ada jugak mogok pergi hospital hari raya nanti. 

Friday, July 26, 2013

Balik raya?

Actually confuse dah nak balik raya ke tak ni? Tiket MAS tengah murah gilos. Murah pun seribu ringgit jugak la kan. Isk isk... tapi sebab seminggu je lepas tu kalau raya Rabu / Khamis so berapa hari je la kat Malaysia untuk raya. Nak kena balik KL dulu before balik India. Aihh.. berbaloikah? Bab study okay je kot sebab dulu nak SPM pun boleh je study time raya. Haha. Gigih disitu. Ramai orang balik :( semua pun brainwash suruh balik.

Besides, I still have something to do with that money. More confusing here.

Enough said. Need to think wisely.


You can take everything I have 
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows, still are broken, but I'm standing on my feet

Good night and assalamualaikum.

Wednesday, July 17, 2013

Tears again

Today's story is kinda similar from yesterday. A female child around 8 years old came with her father. She's having cold and flu. Rupanya budak ni pernah stay dekat Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Berat dia time tu 860 grams! Tak leh percaya mula-mula. Aishh takleh nak describe la perasaan sedih ni. Ayah dia cakap la she's not eating well. Then doktor Shivaleela cakap ' if you dont wanna eat, then I'll put a tube from your mouth to your stomach. Then your mom need to push the food inside that tube (while showing the stets tube) and you need to go to school with that tube plastered around your mouth'. haaa ayat macam tak berapa nak sedap tapi caring kot. Tskk tersentuh I ni yang tengah emosi. Hormon ni urghhh. The conversations went on. Comel je budak tu.

Adakah ini bermaksud I need to be a peadiatrician? Mixed feelings. I love OBG. Oh Allah. Compare to third year, sekarang baru boleh adapt for each postings (except orthopedics).

Budak-budak memang penyeri hidup :) Tak sabar nak jadi mak-mak. Hahaha

Dang

Tuesday, July 16, 2013

Paeds

Today is my second day in Peads posting. Somehow hati rasa sayu je. tsk :( tengok budak-budak sakit memang tak best. Lagi-lagi negara susah. Tengok parents muka susah hati anak tak sihat. Muka mereka pun macam terpancar 'ye doktor tolonglah rawat anak saya, saya tak kisah berapa pun kena bayar. saya sanggup bergolok bergadai' Dari budak berapa bulan sampai la budak besar sikit. Ada satu patient dekat out-patient department (OPD) tadi. Dia sebenarnya in-patient tapi sebab pre-operative check-up so datang la dia ke OPD. Ya Allah.. budak ni senyum je walaupun dia ada cleft lip and cleft palate. Some of you might not know what it is. Okay I will show you the pic (not that kid la). Terfikir jugak dengan macam tu dia senyum je. Sayu je tengok :( :( Terfikir jugak kita ni macam tak bersyukur dilahirkan sempurna. Kita pandang orang yang cantik dari kita (me lah of course) sedangkan ada budak-budak lain yang berharap untuk hidup macam kita, makan sama macam kita, etc etc. 



Budak tu besar dalam 8 tahun. Pakcik google tunjuk gambar baby je. So bayangkan budak tu sampai 8 tahun membesar dengan defect macam tu. Tak ke sedih? Mesti susah nak makan, minum, bercakap and interact with other kids kan? :'(


Hari ni first time rasa sedih tengok budak tu. Nak jatuh dah air mata tadi tapi sebab kawan-kawan ada dan doktor pun 3 orang dalam tu takkan la nak nangis. Nekad balik rumah nanti nangis. Ni tengah nangis la ni. Tiba-tiba datang satu keazaman. Dear kid, if you are my future patient someday I will treat you whole-heartedly, with so much love and help you unconditionally. InshaAllah.. now I know exactly what am I going to be in the future. Berharap semoga saya dapat menjalankan tugas ini dengan amanah dan buka kerana duit. 

I can't write anymore sebab air mata ni penuh sangat. I bet this week gonna be an emotional week for me. Emo yang nangis bukan yang mengamuk. Kalau mengamuk pun nangis gak. Tskk :'( semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau orang lain lebih, mungkin rezeki dia. Rezeki kan datang dari Allah dan Allah kan Maha Adil.



Saturday, July 13, 2013

Bye surgery and hello Peadiatrics!

Habis sudah exam surgery semalam. I think my brain ni takleh la nak function sangat kalau tak tido. I tido la tapi not sound. Senang terjaga and cepat-cepat study. Penuh la buku kat katil. Lepas tu bila jawab paper OSCE lajuuuu je jawab walaupun sepuluh soalan dalam 5 mins. Tapi bila jawab oral mak aih nak kena force my brain. Ade ke dah proceed to past history then teringat jawapan kat history of presenting illness. Haha nasib doktor baik.

I think I'm not very lucky tapi somehow I fikir apa la sangat dengan luck kan? Allah dah tetapkan I dapat kes hernia. Budak lain dapat kes thyroid yang memang wei gila senang! Tapi takpe, I can do it too. Allah knows that I can do it. Maknanya kena la study kan kes apa pun. Takleh nak pilih pesakit nanti. I kagum sangat dengan doktor sini and I nak jadi macam diorang. Cakap pasal doktor, ada la sorang doktor ni even dah tak posting dengan dia tapi dia sengih la sampai ke telinga bila nampak I. Hihi comel. Ada la I pergi consult dengan dia haritu and tiba-tiba sesi kaunseling je banyak. Hahaha. Dia ni pakar motivasi la. Dia ajak pergi kampung dia kat Hyderabad. Hahaha kemain. Nanti la nak pergi. Nak jalan-jalan India before habis belajar. 


Like seriously doktor sini baik sangat. Yang garang tu ade la tapi sebab nak mengajar kan. Kalau tak garang tak belajar la. Macam abang-abang je tau. Hihi. Umur pun 25 above je. Lepas ni masuk Peadiatrics dapat tengok baby comel. Yeayyy. Tapi I tak minat paeds sangat sebab dia macam medicine. OBG is my last posting. Sigh. Then final year here I come. Hehe. I promise nak jadi student yang rajin. I promise ni. See my left hand. Cewah... macam video couple tu pulak. Hahaha. Sebab my job is to serve people and treat them. Hey nanti kena angkat Hippocratic Oath :)

Friday, July 5, 2013

Short post

Just a short post. Nak dekat end of posting surgery. Wuuu berdebar tapi takde effort nak merajinkan diri lagi ni. Sigh. Okay from now onwards la. No facebook, twitter, and all those stuffs. Tengok fatin liyana study gila-gila rasa berdebar pulak. Yela tak lama dah nak final year.

I feel so distracted these days so maybe I won't be able to layan all those perasaan lah! LOL. Focus on finishing this MBBS dulu.

Lepas ni masuk Peads. Habis la kau budak! Grrr.. err cakap pasal budak, saya ni tak pandai sangat layan budak. Boleh la layan tapi tak sepandai adik saya. Maksu saya siap cakap liza ni nanti mesti dapat anak lambat. WHAT?? Ok nak kahwin sekarang jugak. Sentap hatiku tau. Tau la tak berapa nak ehemm (laku?) Sobss :'( Lately semua pun suruh kahwin. Kalau la kahwin tu semudah ABC confirm esok pegi akad nikah dah. Haha


Friday, June 28, 2013

Sayang-sayang

I guess if I draw my family tree here, no one will ever understand. The uniqueness of being in this family from birth, I feel grateful. Alhamdulillah :) I can not live without my family. Well buli tu biasa la kan sejak kecik. Abang-abang la basically. Kakak-kakak jaga bagai anak sendiri. Sejak lahir, kakak dah kahwin. Haa jenis kahwin awal diorang ni. Not in my case I guess. But who knows? Hehe. After all, memang dah pass of their age of getting married pun. Sigh.

That day, when I called my sister (Uda) and I tak tahan melepas segala isi hati ini dari sekecik-kecik benda hingga ke masalah sebesar dunia. I cried. After 1 hour then uda cakap 'Liza, akak tak pernah dengar Liza nangis teruk sangat macam ni' Hoi sebak lagi la. Tak pernah eh? Maybe I tak pernah cerita masalah besar kat family. Kalau ada pun alahai masalah study yang boleh diselesaikan dengan study la kan and doa banyak-banyak kat Allah. And ayat paling best didengari, You are always a child in my eyes >.< 

After mak takde everything changed. Mungkin la dulu tak suka, tak merasai, tak perasan tapi mana kita tahu future tu macam mana. Semua pun Allah dah atur dengan teliti. No kebetulan. Kalau makcik-makcik tu sembang, 'eh kebetulan aku nak ke kedai runcit tu haa aku singgah ler kat umah kak peah tu. Sian kat dia tak makan tula nasib aku lalu kan. isk isk kebetulan sangat' ngehehe drama sangat ayat ni. Tapi ingatlah pertolongan Allah tu la yang datang dari makcik tadi ni untuk kak peah tu. Auww sho sweet. Kalau rasa tak disayangi dan tak dipeduli, ingat la yang family kita ada, Allah lagi la ada :)

Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi. Surah Al-Qamar : 49

Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak. Surah An-Nisa' : 19

Dan boleh jadi jika kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah : 216
p/s : pesanan kepada diri sendiri ni. huehehe

Wednesday, June 26, 2013

You and I both

Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing
But often times those words get tangled up in lines
And the bright lights turn to night
Until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of the love, the love that I love.

See I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages for words
More words then I had ever heard and I feel so alive

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now,
Oh love, no
You and I, you and I
Not so little you and I anymore, mmm...
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I'm free, oh, I'm free

And it's okay if you have to go away
Oh just remember the telephone works both ways
And if I never ever hear them ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang

Cause you and I both loved what you and I spoke of
and others just read of and if you could see me now
well then I'm almost finally out of.
I'm finally out of, finally, deedeeededede
well I'm almost finally, finally, out of words.


Not related to me but I love this song. Live version is better than the mv. 

:(

Monday, June 24, 2013

confession

Two days back dapat confession from a patient. Adoih malas nak layan. Umur 21 je pun dah menggatal. Tu belum lagi kes abang kedai bakery. Abang??? Arghh tak kuasa nak panggil abang. Umur sama je pun. Hahaha. Dia kacak kot. Ala-ala pelakon hindi gituuu. Saya dengan kawan selalu sangat pegi beli roti kat kedai dia. Roti lembut la nak compare dengan kedai lain. Dah lama sangat jumpa sampai ramah. Ada sekali tu tercakap pasal cerita hindi. Sekali dia ajak tengok wayang. Kitorang taknak sebab bukan ade subtitle pun. Dia siap cakap takpe nanti dia translate kan. Hahaha masalah betol. Last-last kitorang setuju je padahal dalam hati 'eh dia main-main je kan?' Sampai hari yang dijanjikan tu kitorang dah konpius, and decide taknak la pergi nanti ade pulak kantoi dating ke ape. Oh lupa dia kaya okay. Hahaha dasar anak orang kaya suka berpoya-poya. Entah-entah playboy. Sampai harini kitorang dah tak pegi kedai dia. Takut pulak and nak cakap ape nanti kalau dia tanya. Aih serba salah. Nasib tak tukar no fon ke ape. Peramah sangat tempe ni.

Kes cikgu yang suka hantar mesej menggatal pun ade jugak. Last-last memang kena sound la kan. Lepas tu tak jumpa dah. Alhamdulillah.. Kes pergi kedai nak beli barang tiba-tiba ada orang bagi  salam. Budak lagi tu.

Urm dok cerita ni bukan la nak kata memuji diri sendiri kiranya saham tinggi. Aishh. Nak katanya lelaki ni memang menggatal eh? Rasa macam semua lelaki ni typical je. Menyampah kadang tu. Pesakit jangan kata la. Okay lepas ni takde la nak terkejut sangat kan kalau pesakit cakap 'Do you like me?' or 'I like you' HAHAHA. Hanya mampu gelak layan gelagat diorang. Tekan luka tu sampai menjerit karang baru tau. Hihi

p/s : I've decide to be friend again with you. Tolong jangan jadi macam dulu lagi. Kadang tu terfikir gak awak ke yang sent mesej tu sebab awak tak pernah nak tulis macam tu. Tolong jangan jadi lelaki macam cerita kat atas tu okay? Be a good and faithful muslim, a good son, a good and loving  husband, a responsible and caring father to your childs :) Jaga hati pihak lagi satu jugak tau.

Saturday, June 22, 2013

confuse again

Dah entah la den tak paham. Den rasa nak unfriend tapi rasa bersalah. Rasa nak start over macam baru kenal. Lupakan kisah silam. Boleh?

Konpius. Lemme think first. 

Friday, June 21, 2013

Argh apekah?

Ape la liza hoi. Terdelete post before ni. Dok pakai apps blogspot pastu tak prasan pulak. Takpe la..

Well i'm a bit shocked tgk friend request dekat fb. Tu pun tgk before tido. Hurmm this make me think is this truly the person that i know or your *yeah you know who it is* ??? Adoih pegi approve la kan. Lets see. Maybe tomorrow no more on facebook. I think if you dont wanna get hurt better unfriend me first lah. Isnt it? Naah I dont mind. Either way is also can lor.

Im sleepy. Ape la mengarut ni. Hope for a better tomorrow. Oyasuminasai

Saturday, June 15, 2013

Surgery

Sekarang ni posting Surgery. Okay boleh la posting ni takde la minat sangat. Haha boleh pulak main minat-minat. Well, doktor-doktor baik so minat la jugak. Tak stress macam Medicine yang mana dah macam houseman dah rasanya. Setiap hari Jumaat kitorang boleh masuk OT. Kenapa hari Jumaat? Sebab hari-hari lain kitorang kelas. Hari Jumaat je yang leisure takde kelas sangat and basically memang operation patient dekat camp tu buat hari Jumaat. By the way hospital ni ade free camp. Maklum la negara susah sikit, tapi bukan senang-senang nak masuk free camp ni. Tengok diagnosis jugak.

Pakcik haritu ada Hydrocele. Sapa-sapa budak medic paham la kot. Nak terang camana eh bahasa pasar? Air berkumpul di dalam kantung scrotum (tunica vaginalis) ? Eh scrotum dalam Bahasa Melayu apa? Kahkahkah memang fail nak cerita dekat orang. Okay cerita briefly pasal history pakcik ni. Dia datang dengan swelling of left scrotum since 10 years and swelling of right scrotu since 2 years. Tu pun doctor accidently perasan swelling belah kanan tu. Kedua-dua swelling tu tak sakit. Dah besar baru nak mai hospital. Biasa la lelaki. Cuba perempuan? Haha



 Yang kecik atas tu ialah testis. Perasaan  paling tak best ialah time cauterization. Eww bau terbakaq. Camana ntah nak describe bau tu tapi unpleasant la. Dalam OT tu macam-macam gelagat ada. Boleh pulak PG anaesth buat seminar sambil dok monitor patient. Anaesth la paling tak banyak keja boleh duduk tapi surgeon buat keja. Kalau nak keja senang jadi la anaesthesiologist.

Sekian :)

Monday, June 10, 2013

Hello Fighto

Fighto is my new pet. He is a fish. Pandai-pandai je HE entah-entah betina. Tak tanya pulak orang kedai tu tadi jantan ke betina. Fighto is a fighter fish and belongs into Betta type of fish. Gold and golden dah mati :'( rest in peace both of you. huhu. Orang cakap fighter fish tahan lasak. Hopefully Fighto begitu jugak. Tapi fighto ni penakut. Tak biasa lagi kot. Susah nak amek gambar. Hihi

Sunday, June 9, 2013

wrong ong ong

Something feel so wrong. Err.. Taktau nak tulis macam mana. But it feels like please don't end up with my friend. Don't mess up with my life again. Sedih la kot kalau terjadi. Tapi entah entah entaahhhh. sobss. Gedik gilos ayat, tapi kalau hakikatnya begitu redha je la yang mampu.

....

='(





Thursday, June 6, 2013

Resipi pulut mangga untuk Iftar

Tajuk macam wahh wahhh baiknya kau. Well iftar ni kena la meriah sikit baru best. Mengeratkan silaturrahim orang kata. Eh cek pun kata begitu jugak. Alkisahnya tak plan pun tapi sebab mood nak buat pulut mangga menjadi-jadi tu pasal la jadi meriah. Menu simple je, nasi goreng kampung, pulut mangga, nuggets dan tiramisu. Saya sebenarnya paling suka masak nasi goreng. Junior pun dah kenal Kak Liza nasik goreng. Ok lawak sajer. Padahal rumah ni tak siap lagi kemas boleh pulak rajin memasak. So harini nak berkongsi resipi. Hahaha macam terer pulak kan. Ni versi Doktor Liza. Eh takyah nak doktor sangat padahal bukan sihat pun resipinya.

Resipi  Pulut Mangga (ni dah kena ubah oleh Liza bajet terer)

1. Resipi pulut : 1 cup beras pulut
                         1/2 cup air
                         santan pekat 
                         garam secukup rasa
                         1 sudu minyak

cara-caranya : 
-rendam beras pulut tu ikut la lama mana, ade kata 4 jam ade kata semalaman tapi saya kata boleh je 1/2 jam. Nak cepat kan. 
- toskan dan letak santan pekat (ala macam nak buat nasik lemak tu), garam secukup rasa, air dan minyak. Kenapa letak minyak? sebab nak kasi pulut kau shiny glowing-glowing sikit la. Ingat muka je kena glowing? haha. Kacau-kacau kasi sebati semua tu.
-kukus la sampai masak. Nak tau masak tu senang je, kau rasa la pulut tu sikit. Eh before air kering tu jangan lupa kacau. 

2. resipi mangga : buah mangga masak ( jangan mangga muda pulak)

cara-caranya : ala kau potong-potong je mangga tu. Ade orang buat bentuk bunga la, kapal terbang la (tipuuuu). Ikut kreativiti masing-masing

3. resipi kuah santan : santan pekat 1 cawan (ikut la cawan ape nak pakai)
                                  gula perang ( sini takde gula perang, i pakai gula pasir. redahhh)
                                  garam secubit
                                  air + tepung jagung
cara-caranya
-letak santan pekat 1 cawan dalam periuk, bukak api kecik je. Kacau kasi jangan pecah santan
-masuk gula perang/gula pasir ikut la kalau nak manis letak la banyak, garam secubit, dan air yang dicampur tepung jagung (sebab taknak clumping nanti tak cantik)
-kacau sampai pekat dan gula dah larut.


see? simple je benda ni. Kat sini beras pulut mahal, so pulut mangga pun mahal la kat kedai orang Thai tu. Cekik darah je. Buat sendiri lagi senang. Haritu buat jugak seri muka, Japanese cotton cheesecake and kek coklat. Alkisahnya kek coklat tu dari batter yang tak jadi untuk buat cotton cheesecake tu. Tak baik membazir. Kalau cek rajin cek tulis resipi cotton cheesecake tu. Macam resipi pavlova je. Pavlova tu masyaAllah senang betui nak buat. Hihi. 


Nampak tak kek tu? Itu Japanese cotton cheesecake. Tapi ter-burn sikit atas dia. Hihi. Ni masa buat birthday party kat mentor kitorang, Dr Bindu iaitu doktor emergency medicine yang paling best di dunia :D


Ni pulut mangga. Dah habis baru teringat nak snap. Haha. Kuah tak termasuk dalam gambar.

Sekian melaporkan dari dapur ku yang cantik. Hahahaha





Wednesday, June 5, 2013

Pindah rumah

Sesungguhnya tempe ini memang kuang hajaq. Itu la nak untung sangat kan. Tengok la takat mana boleh mempermainkan perasaan ini. Bila dah kaya jadi tamak, lepas tu menindas. After pindah rumah yang VERY SPACIOUS AND WATSOEVER LAH SANGAT KAN (TIPUUUU) daku akan berpindah ke rumah kolej pulak. Its okay one more year je pun sebab dah tak tahan nak deal dengan kau. Cakap kau je betul, kau la tempat kitorang meminta tolong. Rasakan balasan neraka kelak. Bulan depan nak kasi notis nak pindah, mungkin guna alasan nak kawen. Ahh suka hati la kan sapa suruh nak pindah tak kasi. Kalau tak boleh jugak daku pegi la berdrama bawak bakal suami (mintak tolong kawan ke). Drama drama hidup ini penuh dengan dramaaa. Yang penting taknak ber-owner dengan kau yang tamak.

Membuak-buak pulak marah ni. 

Sekian. 

Saturday, June 1, 2013

Gentleman's Dignity

Well hello!!!

Alhamdulillah mood baik saje harini. Bestnya perasaan ni... hihi. Maybe sebab tengok drama Gentleman's Dignity. Love all the pakcik(s) in that drama. hehe. Paling suka Attorney Choi and Kim Do Jin <3 aih dah lama sangat tak tengok cerita yang ok lawak la jugak.


Lagu ni sweet sangat >_< cek rasa la kan pakcik-pakcik ni sure romantik kan? patut la boleh kawen dengan perempuan muda. hahaha. Lagi tua lagi bergaya. Life begins at 40. LOL

Monday, May 27, 2013

funneh


Found this on instagram. I think married couple should apply this :D hahaha

Sunday, May 26, 2013

Going back to my 2nd home

hello.... harini balik India :'( well hari Selasa lepas balik kampung then Jumaat balik KL shopping. Tu pun tak sempat nak pergi Low Yat. Sentap betui. Ade je la plan yang tak menjadi ni. Tapi nasib baik ade PC Fair dekat Mid Valley. Alhamdulillah.. sesak dan ramai orang. Lepas tu makan dengan Mariam dekat Manhattan Fish Market. Plan nak makan makanan korea dekat Dubu-Dubu Restaurant. Haha salah naik flight terus pegi US instead of Korea :D

Nothing much to tell. Mungkin takde mood sebab nak balik India dah. Oh, bila dekat KL rasa insecure sebab takut terserempak/ ternampak/ terjumpa somebody that I used to know. Erk

Ok nak tidur. Esok confirm tido nyenyak dalam flight.


Sunday, May 19, 2013

update Malaysia

hello everyoneeee... poyo je entah takde sape baca blog ni. hahaha

well... haritu sampai Malaysia lambat. Ikut route mana la plane tu. Dengan ngantoks ya Allah... dari take off sampai landed dok asyik tidoq. Sampai Malaysia kena tahan kastam sebab bawak barang kena cukai. Dugaan lagi tu. Ya Allah... padahal barang orang lain. Taktau lak dia bawak barang bercukai.

Pagi tu kul 11 ade wedding kat De Palma Hotel Shah Alam. Obviously bukan wedding I lah. Haha.. First time rasa poyo kat wedding event. Hahaha.


simple je pelamin. I likeee


Malu den time ni


sebenarnya tutup jerawat yang menepek tepat di hidung. Besar sangat. Dah try picit, boh colgate, ubat jerawat sume takleh gak hilang. Pasrah je :(



we are family tapi muka lain-lain



muahaha jerawat seketoi merah. Rasa nak pakai tag POST EXAM JERAWAT. JANGAN TEGUR.

sekian :)


Thursday, May 16, 2013

post exams

It's very tiring and disappointing day :( I finished my exam, viva and osce. The worst part is osce. Okay, the fact is that whatever you learned in class, ward work sessions and bedside teaching are all important. Plus it's easy to remember something that we see rather than read it alone. But I know my effort is not hard enough in this posting. My method of study also changed. Orang kata nak menggoreng ni kena critical thinking sikit. Otak kena pick up laju laju. ABOVE ALL, TIDUR KENA CUKUP. Ni la masalahnya. Till we meet again Medicine, and say Hi to Surgery. Oh I hate surgery.

Kadang tu jeles dengan housemate sebab hospital dia kalau exam amek kes sehari sebelum. Cek punya hospital harapan sajer lah. Tadi dengar kes CVS rasa nak terkeluar jantung. Alhamdulillah dapat abdomen case :)

Tukar tiket buat kali yang ketiga! But hey, I will hirup udara Malaysia tomorrow! :D Nak makan nak makan.... hehehe. Tak ingat bila last time makan nasik lemak.

p/s : hey in spite of rindu malaysia, family and makanan (obviously), saya rindu awak jugak!



Sunday, May 12, 2013

Homesick

Takde mood nak stadi. Hati ni homesick sangat. Fikiran dah terbang melayang kat tanah tumpah darahku. Dugaan apakah ini? Dengan nak end posting exam Khamis ni pastu takleh fokus stadi. Ya Allah... :( Posting Medicine dah la susah. OSCE hari yang sama pulak. Case write up tak buat lagi. Sobss sayu hati den

Hari Ibu ni sayu sangat. Air mata boleh tadah siram pokok bunga kaktus kecik rasanya. Tsk tsk. Balik ni kena balik Johor! Dah bertahun lamanya tak makan masakan mak, so balik ni nak makan masakan atok.


Friday, May 10, 2013

May

Since Mother's Day is on May, I really get sensitive over this issue this time. Not like the years before which I barely remember when was the last time I celebrated Mother's Day with my mom. But whatever it is, whatever might come in the future I always said to myself that "O Allah, I accept whatever happen in my life" Bukan ayat nak sedapkan hati tapi kekuatan sebenar lies deep in yourself. 

The truth is you don't know that you are strong enough until you face the situation.


Sayangi ibu anda :)

But I love this May too coz I'll be going home. I'm coming home I'm coming home tell the world I'm coming home. 

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 dan ECG

Tahniah kepada BN yang menang PRU-13. Untuk yang tak menang next time cuba lagi yek. Hihi. Sebenarnya saya tak mengundi pun, undi betoi-betoi atau undi pos. Maaf Malaysia, cek tak dapat balik and lagipun cek tak mendaftar pun lagi. Hakhakhak. Ya ampun... rasa teruk la jugak tapi takpe la next time cek akan berdedikasi mengundi. Hee. 

Alkisahnya, Karnataka ni pun mengundi jugak sama dengan Malaysia. Tapi yang peliknya, sini tak blackout ye. Kihkih. Maaf la post ini sungguh mengundang sensitiviti sesetengah pihak tapi apakan daya umur dah meningkat maka hak untuk bersuara atau menulis pun sudah perlu ditonjolkan. Cewah gituu. Okay sambung, memang India ni suka sangat blackout, tak caye meh dok sini meh. Elok je election kat sini. Takde gaduh-gaduh tapi haritu ade la bom sikit. Eh eh kemain main bom. Main mercun sudah la kan. Malaysia jangan main bom okay, mercun bola sudah la tu pun time raya je la.  

Teman nak kabor la kan bahawa teman ni idok la menyokong parti-parti *cough* tapi teman nak ler nengok perubahan kat Malaysia. Tapi entah ler teman pon idok mengerti. Corruption akan tetap berlaku (bukan la nak pessimist) sebab manusia ni kalau diberi harta dan pangkat susah sikit nak ingat Tuhan. Lagi-lagi manusia akhir zaman ni Allah tak balas directly lagi la kemain kan. Segelintir tu insha Allah ada yang tak corrupt. Bab fitnah lagi astaghfirullahalazim.. jawab la di akhirat kelak. Manusia kan tak perfect, setiap orang pernah buat salah. Kadang tu konfius dah taktau nak sokong mana. 


Dan sebab PRU la saya tak siap homework ECG. Pergh banyak sangat nak kena interpret sampai pening. Eh takde kena mengena sangat la kan. Tapi sebab eager nak tau keputusan sampai tak siap. Kepada anak muda, pi setadi bagi perabih dulu. Hak nak memilih tu ada tapi jangan la sampai emosi sangat. Saya tau semangat orang muda ni camana. Kadang tu sampai nak bergaduh pon ada. Haihh.. be more mature sikit. Kalau betul nak lakukan perubahan and sokong, make something yang useful. Make your action speak louder than your words. Tak gitu? Bangkit tegakkan Islam dan Melayu. Ini tidak, pemalas ya amat lepas tu time pilihan raya semangat pongpangpongpang dok kutuk-kutuk. Ber-double triple la dosa ekau dapat. And please, dont condemn other people just because they dont into the same party as you. Rasa malu la sikit. Tengok makcik-makcik kat kampung senyap je pastu tanya undi apa, diorang cakap undi adalah rahsia. Over tau. kihkih.. diam-diam ubi berisi orang kata. 


Ada banyak lagi nak tulis tapi takpe la. Kena setadi la uolls nak exam sudah. Jom jom setadi supaya kita dapat bangkit menjadi Melayu yang berilmu bukan Melayu yang layu. 

Saturday, May 4, 2013

Menjadi diri sendiri

Orang selalu cakap jangan hipokrit. Jangan! Jangan! Tapi kadang tu hipokrit penting. Use your brain to think the examples. Sometimes being yourself is too mainstream. Terlebih perasan, terlebih perasaan, terlebih segala benda. And sometimes you don't know that ada je orang sayang you tapi sebab you are trained to be independent then you tak sedar benda tu. Sayang tu family dan kawan-kawan la ye. Sayang benda lain boleh belah. I'm not into couple thing. Perempuan pun banyak sangat emosinya. Di hari yang tertentu pada setiap bulan (errr) perasaan sangat tak betoi. Semua benda tak kena. Semua benda nak fikir negatif. But at some point, being pessimist is okay because it will teach you that do not put high expectation on something in which you might get sad when you can't get that thing. Agree? But some may say, put your aim high up to the sky so that if you don't get it you might fall among the stars. Eh betoi ke tak den tulis. I agree both. The former is to teach you being a humble person, the latter is to train you to work hard to achieve your dreams.

Hidup ini penuh onak dan duri. Hoi puitis kemain. Takpe la tu tanda Allah sayang, dan mesti Allah nak dengar rintihan hamba-Nya. Ye kita ni hamba sahaja, jangan nak berlagak sangat kat dunia ni. 

Wednesday, May 1, 2013

random

Taktau nak tulis ape. Harini nak buat roti sebab tengok macam senang and memang tak pernah buat. Sekali tak jadi :( mungkin sebab dry yeast tu dah lama sangat dok dalam peti ais. Eh ke memang dry yeast takleh tahan sejuk? Buntu jugak. Last-last jadi donut. Ok la jugak boleh dimakan. Tengok la nanti nak belajar buat roti sampai dapat. Nak buat roti hotdog, roti kopi, pau. Eh berangan je. Practise make perfect! Sebab aritu praktis hula hoop sampai dapat jugak walaupun slow je benda tu gerak. Tapi tak jatuh :D yeayy.

Kadang tu rasa malu sebab budak lelaki kelas saya lagi pandai masak. Karipap dia lagi sedap dari karipap ku. wuwuwuwuuu. Nak belajar dengan dia la. Hahaha. 

Daku berdebar-debar nak balik tanah air ni. Hoiii kalah orang nak kawen. Kekeke. Bukan ape, berdebar sebab segan la kat kenduri kawen. Apehal pulak la den ni. Berdebar nak tengok kak aten kawen. Lepas ni takde la orang nak teman tido, teman pegi beli barang, teman pegi shopping, teman makan-makan. Mira pun dekat hostel. Kalau dok umah maksu nanti dengan bibik and tiger je la. Hurmmm... sungguh cepat masa berlalu. Kadang tu segan sangat sebab selalu menyusahkan maksu. 

p.s : best jugak layan lagu kawen ni. 

Sunday, April 28, 2013

Malaysia I miss you

Ikutkan sekarang ni tengah berjimba dekat tanah tumpah darahku :(


p/s : am glad that you are fine.

Saturday, April 27, 2013

Birthday Amira

Harini birthday housemate aka bestfriend saya. Haha.. HAPPY BIRTHDAY NUR AMIRA SYUHADA BINTI ALIAS. Semoga dengan meningkatnya umur ini, meningkatlah juga amalan kamu :) semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Actually, saya tak tahu definition bestfriend tu ape. Some may say that the one that close to you and can share everything. Bagi saya, tak semua rahsia saya amira tahu, and tak semua rahsia dia saya tahu. Kadang kita kena simpan jugak aib or rahsia orang kan. Takkan nak cerita hal tak berkenaan. Mungkin sebab dah kenal lama, ada up and down, and semua lah. Kitorang gaduh je, tarik muka je, berdengki je, wei normal la tu. Mungkin sebab itu saya anggap dia bestfriend. Orang yang kita selesa akan nampak baik buruknya kita and still dia tetap kawan dengan kita. Kan? Yela orang pun cakap, try duduk serumah nescaya semuanya terbongkar. Konsepnya sama dengan laki bini la, time bercinta kemain aih lepas kawen dan duduk serumah tahu la segalanya tentang pasangan kita. Tapi mana ada manusia yang perfect, anggap itu sebagai pelengkap kita la kan. Ecewah dah macam pakar motivasi pulak. Kuikui

Bagi saya, ada certain cerita saya share dengan amira, ada benda yang tak patut saya share dan mungkin kena share dengan orang lain. Dan ingatlah, share dengan Allah lagi bagus sebab dia Maha Mendengar. Mungkin korang ada definisi besfren sendiri. 

Oh tadi saya nak buat surprise. Haha.. tapi 80% je kot success. Pergi bakar kek kat rumah junior sebab cik amira tengah tengok tv. Adoihh. Pastu takde mancis, terpaksa nyanyi lagu besday pastu p dapur pasang lilin. haha okay la jugak kan? dan lagi satu, kalau kamu betul-betul kenal kawan kamu, kamu boleh tau/agak dia suka apa. Macam amira, saya tahu dia suka kek kukus, tak makan sangat cheese and suka strawberries atas kek. Makanya cek buat kek coklat kukus. Alhamdulillah.. walaupun kelam kabut buat sebab ada hal tadi, tapi takpe that effort yang count not the taste. Nampak sangat kek kali ni hambar. Lantak la janji boleh makan :) to amira, ukhuwahfillah, from 2008 till jannah :D


Tuesday, April 23, 2013

Post ke-100 (memori HK & Macau)

Yeay.. kemain baru 100. Bukan 1000 pong. Saje nak menulis walaupun kekeringan idea. Disebabkan harini saya rajin (okay tengok rajin ke tidak) so saya nak tulis pengalaman pergi Hong Kong. Yeayyy.. Over tau dah dekat dua tahun baru nak tulis. Patut ke? So akan ada la benda yang tak ingat kan sebab dah lama and tak buat note apa-apa pun. Pakai kotak memori je. LOL

Saya dan housemate bercadang pergi HK & Macau time habis exam final 2nd year. Tiket pun promo masa tu pegi Macau so alang-alang dah dekat dengan HK kitorang decide pergi HK naik feri. Kitorang tak amek travel agent dan memang pergi berdua. Rasanya better pergi ramai lagi kot sebab takut parents risau kan. Parents kitorang sporting. Tu pun kena pujuk ler cakap ala tiket dah beli. Nak buat guano? Kitorang dok 5 hari je kat sana.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pergi la ke Macau dari Malaysia. Tak ingat pulak berapa haribulan tapi India-KL naik MAS and sampai pukul 6.30 pagi. Then KL-Macau naik Airasia pukul 11.30 pagi tak silap. Dengan nak demam tu sabar je la sebab buat permit pagi before bertolak ke KL. Tiket pergi Macau dalam RM800 return including baggage and meal semua. Oh ye Macau dan HK ni takyah visa. Hee. Kitorang sampai nervous dalam flight nak sampai Macau tu kot la kena visa. Sungguh tak prepare sebab busy final exam. Pastu ada incident pakcik tu ingat kitorang nak p gambling kat Macau. Amboi pakcik sesedap rasa je eh. Flight dalam 3 jam lebih. Timezone pun tak banyak beza so takyah la nak tukar waktu.

Sampai je Macau kitorang terus book hotel  untuk the last 2 day sebab kitorang nak g HK terus pastu. Kat HK takde masalah sebab dah book awal tapi kat Macau ni kad kredit ade problem sikit. Kalau kad kredit platinum insha Allah takde masalah. Haha. Lepas tu chow pegi HK la walaweii. Feri besar so senang la angkut luggage besar.

Kat HK kitorang stay dekat guest house, ala tak ingat pulak nama apa. Malam tu jalan-jalan area HK je. Esoknya baru pergi Disneyland!!! Terbaik sangat. Senang je kat HK ni sebab kecik and ada MRT. MRT pun laju je takyah tunggu lama. Disebabkan kitorang dah research pasal HK ni sikit, so kitorang beli Octopus card untuk naik MRT. Convenient sangat. Kalau dah taknak guna redeem la kad and baki kat mana-mana stesen MRT berhampiran. Gituuu dah macam spokesperson dah.

Pergi Disneyland teruja ya amat sebab tiba-tiba housemate belanja tiket. Weeehooo :D Kau agak-agak berapa tiket masuk tu? hihi. Ok la malas nak cerita banyak. Banyak sangat cerita menarik kat HK & Macau ni :D rasa nak pergi lagi sebab dah tau selok belok negara kecik ni. Hee. Eh nak pergi Europe tour dulu kot taun depan. Lepas tu nak stay kat London lama sikit. Insha Allah.


Ni dalam feri otw pergi HK



Lapar lepas tu nampak chocolate ni teruja terus. Kat Malaysia macam takde je.


Disneyland here we go!





Comel je train Disneyland ni :D


Budak teruja. Haha. Panaih time ni. 







Ni canteeekkk sangat. Malam lagi la lip lap. Tapi kitorang tak dok sampai malam.





Tunggu disney show





Payung pun den shopping. Lepas tu ada bapak budak tanya kat mana beli. Eh kite beli kat entrance la pakcik. Jawab kite. Hihi




Ni best sebab angin ade air tu. Nak mandi rasa


Tarzan house atas pokok tu. Ni dalam raft. Hutan sangat kan? Hihi



Ni menjelajah hutan. Ade la jumpa segala binatang. Alah bukan betoi pon. Haha




Show lagi. Tarzan show tak silap.



Malam pulak jalan-jalan beli souvenirs kan. Pastu ada dorang ni menari-nari tengah jalan. Layan je la


Pakcik ni mesti penat. Hihi


Ini tempat perempuan je mengerti. Kikiki






Semua ni makanan den. Hihi. Ni kat Muslim restaurant dalam Masjid. 


Otw p Ocean Park


Patut la diorang semua cakap kitorang ni Indonesian. Tengok la. Haha


Turun je stesen nak p Ocean Park tu ada kaunter beli tiket bas and tiket entrance sekali. Mudah sangat







Beli selipar sebab menyesal tak pakai kasut sedap. Tempat ni berbukit sangat uolls









Roller coster ni betul-betul atas laut. Perghhh. Lepas tu time beratur ditakdirkan kitorang depaaaaannn sekali. Rasa trauma pulak






Ni best. Tapi panaih sangat tabah saje la


Kitorang jumpa pakcik Jackie punya tapak tangan. Haha jangan jeles



Scenery belakang tu cantik sangat. Ada la kedai gambar tepi-tepi ni bole suruh diorang amekkan gambar kita. Lawa dan tak shaky ofcoz





Kat HK kitorang punye bilik 1/3 dari bilik ni. Ni kat Macau. Katil den yang ada teddy tu. Gigih bawak dari India. LOL





Kalau tengok running man mesti tau ni.. malangnya kitorang tak buat bungee la kan malam-malam buta ni


Ni kat Venetian. Awan semua fake tu. haha tapi cantik macam Venice kan?




Gondola ride. Terbaik!



Macam ni je outfit masuk tempat 5 bintang. Den pun pelik apesal den pakai macam ni. Kahkah




Night life in Macau. 



No we dont go inside





Macau egg tart yummeeehhh. Siap tapau 3 kotak ni bawak balik






Bye Macau. Otw balik tu kitorang pindah tempat belakang and tido dengan nyenyak. Tido baring terus sampai pramugara pegang kaki sebab tak sedar dah sampai -__-

Kalau dekat HK ni senang sebab bank negara diorang HSBC. Memang withdraw je duit kat sana kalau agak-agak tak cukup. And kalau dekat Macau, matawang dalam pataca tapi kita boleh guna HK dollar. Sama value. But Macau pataca takleh guna kat HK. Paham? kat HK semua pun mahal. Nasib baik bawak gardenia and megi banyak.

Ok sekian.