Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 dan ECG

Tahniah kepada BN yang menang PRU-13. Untuk yang tak menang next time cuba lagi yek. Hihi. Sebenarnya saya tak mengundi pun, undi betoi-betoi atau undi pos. Maaf Malaysia, cek tak dapat balik and lagipun cek tak mendaftar pun lagi. Hakhakhak. Ya ampun... rasa teruk la jugak tapi takpe la next time cek akan berdedikasi mengundi. Hee. 

Alkisahnya, Karnataka ni pun mengundi jugak sama dengan Malaysia. Tapi yang peliknya, sini tak blackout ye. Kihkih. Maaf la post ini sungguh mengundang sensitiviti sesetengah pihak tapi apakan daya umur dah meningkat maka hak untuk bersuara atau menulis pun sudah perlu ditonjolkan. Cewah gituu. Okay sambung, memang India ni suka sangat blackout, tak caye meh dok sini meh. Elok je election kat sini. Takde gaduh-gaduh tapi haritu ade la bom sikit. Eh eh kemain main bom. Main mercun sudah la kan. Malaysia jangan main bom okay, mercun bola sudah la tu pun time raya je la.  

Teman nak kabor la kan bahawa teman ni idok la menyokong parti-parti *cough* tapi teman nak ler nengok perubahan kat Malaysia. Tapi entah ler teman pon idok mengerti. Corruption akan tetap berlaku (bukan la nak pessimist) sebab manusia ni kalau diberi harta dan pangkat susah sikit nak ingat Tuhan. Lagi-lagi manusia akhir zaman ni Allah tak balas directly lagi la kemain kan. Segelintir tu insha Allah ada yang tak corrupt. Bab fitnah lagi astaghfirullahalazim.. jawab la di akhirat kelak. Manusia kan tak perfect, setiap orang pernah buat salah. Kadang tu konfius dah taktau nak sokong mana. 


Dan sebab PRU la saya tak siap homework ECG. Pergh banyak sangat nak kena interpret sampai pening. Eh takde kena mengena sangat la kan. Tapi sebab eager nak tau keputusan sampai tak siap. Kepada anak muda, pi setadi bagi perabih dulu. Hak nak memilih tu ada tapi jangan la sampai emosi sangat. Saya tau semangat orang muda ni camana. Kadang tu sampai nak bergaduh pon ada. Haihh.. be more mature sikit. Kalau betul nak lakukan perubahan and sokong, make something yang useful. Make your action speak louder than your words. Tak gitu? Bangkit tegakkan Islam dan Melayu. Ini tidak, pemalas ya amat lepas tu time pilihan raya semangat pongpangpongpang dok kutuk-kutuk. Ber-double triple la dosa ekau dapat. And please, dont condemn other people just because they dont into the same party as you. Rasa malu la sikit. Tengok makcik-makcik kat kampung senyap je pastu tanya undi apa, diorang cakap undi adalah rahsia. Over tau. kihkih.. diam-diam ubi berisi orang kata. 


Ada banyak lagi nak tulis tapi takpe la. Kena setadi la uolls nak exam sudah. Jom jom setadi supaya kita dapat bangkit menjadi Melayu yang berilmu bukan Melayu yang layu. 

No comments:

Post a Comment