Friday, March 29, 2013

Hyper?

Nyaris-nyaris but I know the trick! :D well well...

Sedih tak cuti sebab semua hospital lain and kolej pun cuti. Which mean we are the 26 most lucky person on Earth. Urmm begitulah. Junior 3rd year and senior final year pun cuti. Tenang aje di hospital itu. Harapnya

Oh kepada semua jaga kesihatan. Penyakit stroke berleluasa sekarang. Penyakit lain pun sama jugak. Jaga kesihatan sekarang, nanti tua-tua insha Allah sihat :)

Oh no, masa untuk bersiap ke hospital!

Till then, bye! =D

Monday, March 25, 2013

quoted

"Please be by my side, even if we meet again, it might not be what we used to be, but I'll still treat you well,"

Brown eyed soul -love ballad-

Rasa itu dari hati

Kadang akal ini terfikir yang TOLONG LAH JANGAN HIRAUKAN AKU. Bukan dalam D&T tapi dari segi jahiliyah. Jahiliyah mainan perasaan. Benarlah orang kata jangan perasan. Tak ingat kisah mana tapi pada zaman Rasulullah dahulu ada la kes puji-pujian dan orang yang dipuji tu marah. Yela kalau dipuji depan-depan tak ke jadi sedikit riak disitu? Kau perasan kau hensem. Kau perasan kau cantik. Kau perasan kau memiliki hidung yang mancung. Tapi itu semua bukan kau yang punya. Paham? Ada sebab kenapa kita diciptakan begini. Dan kau, yang terjerumus dalam lembah maksiat tolonglah jangan menarik saya lagi. Semua orang fikir maksiat itu perkara-perkara keji walhal ianya bermaksud penderhakaan atau perbuatan yang menentang, melawan dan tidak taat kepada Allah. Paham tak? Kau dating tu pun maksiat. Kau couple pun maksiat. Kau tak solat sah-sah la maksiat jugak tu. Manusia ni macam-macam, ada yang begitu ada yang begini. Ada yang kita boleh masuk, ada yang kita tak boleh masuk. Tapi sampai bila nak judge orang. "eh Kiah (bukan nama sebenar) kau ni tak pandai so takleh kawan dengan aku" kata Aminah (bukan nama sebenar juga). Amboi suka benor ye judge orang. Kalau kita buat baik pun orang kata jugak. Well mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Pepaham saje. Itu pasal Allah menciptakan dua mata dua telinga dan satu mulut supaya kita banyakkan melihat dan mendengar tapi kurangkan bercakap. Okay diri sendiri un bercakap sampai mengah so lepas ni boleh la kurangkan. Insha Allah. Disini nak menegaskan bahawa manusia ini perlu ada sikap " Be analytical not judgemental " Come on lah, kau agak-agak kalau kau perangai macam ni kau boleh maju? Tu belum lagi resolusi untuk ummah. Pongpang pongpang cakap tapi tak buat pun tak guna jugak. Let us be the person who 'action speaks louder than words'. Dan sampai bila kau nak berada di comfort zone itu dimana kau tak perlu susah-susah mencari ilmu. Alasannya, harta mak bapak I banyak lewww. I tak perlu la nak usaha lebih sangat ye dak? Abang kakak semua dah kerja. Toknek tokwan ada sawah bendang berhektar luasnya. Perghhh kaya wacakapsamalu. Maybe not being born with a silver spoon itu lebih memberi ketenangan kerana ianya mengajar kita erti susah. Bila susah insha Allah kita mencari Allah. Di situ tarbiyah itu berlaku dan kita memandang semua dengan kaca mata Islam.

Mungkin sudah sampai untuk kita serius. Serius dalam segala hal. Hal makan pun dimasukkan sekali. Yela kalau tak serius kau makan makanan tak berkhasiat nanti. Minumlah susu Ensure. Eh? Serius menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, serius dalam urusan dan macam-macam lagi. Kau ingat  dunia ni segala-galanya? Kau tak nak berusaha ke dapatkan syurga? Memang la orang akan cakap macam-macam kalau isu ini. Tapi as a Muslim, we deserve Jannah itu. Buatlah kebaikan, ajaklah orang lain dan sebarkanlah. Terkadang itu, pada masa kita ingin membuat kebaikan maka datanglah ujian. Jadi positif ini bagus tapi kena la fikir disebaliknya. Positif berlandaskan ketuhanan, dimana kita fikir Allah ingin mengajar kita sesuatu. Bila dah tahu perkara yang perlu dibaiki itu maka berusahalah. Diri ini cepat emo kalau orang yang malas nak usaha. Nak dapatkan sesuatu tapi pemalas ya amat, ibarat seperti nak Ferrari tapi taknak kerja. Kes lain kalau kau anak orang kaya. Kau kaya, lantak kau. Kaya dunia tak bermaksud kaya di akhirat. 

Panjang jugak dok tulis. Sebenarnya penat baru balik program. Dah la penat, diuji pulak dengan sesuatu. Bila penat saya tend to irritate easily. Agak-agak la kan nama takda dalam list baucer buku tu. Den nak jugak shopping buku. Orang  lain yang dah ambil kat Shah Alam pun still ada nama baucer diorang kat India ni. Apa kes? Orang yang handle tu dah balik Msia lepas tu dia boleh cakap 'kalau nama yang takda tu takleh nak buat apa' ni lagi apa apa kes? Siap kau unibersiti bunga raya kalau takleh jugak balik Msia nanti den serang unibersiti bunga raya ini. Harapkan bangunan je dah lawa. Ni la orang Melayu, bukan nak tolong bangsa sendiri. Kau agak-agak la kan kalau yang takde nama dalam list baucer tu guna akal please nak pelik sikit. Kerajaan pilih-pilih student ke. Ke saya ni bukan student medic. Eh tapi elaun, matric no, slip exam semua ada. Apa ini semua? Bukan saya seorang, ramai lagi. Walaupun den tak guna sangat tapi den nak kasi adik den la yo. 

Siapa-siapa nak kutuk ke komen ke takyah la. Kalau takda orang baca belog ni pun lagi bagus. Penulisan terabur. Typo lagi la. Takpe each one of us pun tak perfect. Gelakkan saya, saya tak kisah. Kisah hidup saya lucu bagi awak, tapi bukan bagi saya. 

Sekian wasalam.

Tuesday, March 19, 2013

Sudah tak tahan

Lately asyik je terpikir dan bergelumang dengan masalah yang 1 ni. Masalah betul kalau semangat membara nak baking tapi takleh baking :( how sad.. due to some reason, I need to hold it till April. Eh banyak sangat reason kau ye Liza. Well... everything happened for a reason. At least A REASON! kekeke. Lately ni jugak asyik je download apps recipe/ baking and everything. Senang-senang je resipi kak kiah hoii. Ni yang tak sabau ni. Niat nak bukak bakery macam membuak-buak pulak. Tengah cuti ni asyik je pikir cake cake and cakesss. Kalau tak gemuk takpe la nak makan kek banyak pun. Omnomnom.

Brownie Cheesecake

Kau tengok. Cantik kan? Sedap kan?

New York Cheesecake

Namanya New York Cheesecake. Tapi bahan macam bukan dari NY je. kekeke. Ni kalau baking rasanya takde la rupa cantik macam ni kan. *coughcough*

Chocolate Cake with Ganache

Chocolate cake with ganache. Ni memang takkan buat la kot. Susah bebenor.

Double Cheesecake

Ni namanya Double Happiness. Happy sangat la kalau dapat buat yang ni. Dapat makan lagi happy. Hihi

Tak sabar nak pergi beli barang baking. Ain dengan qili dah request kek. Kalau tak sedap mintak ampun siap-siap. Presentation kek pun rasanya takde la segempak macam dalam gambar ni kan. Well, I'm a slow learner.

Ehem.. semua ni ambil kat blog http://mykitch3n.blogspot.in/ Thank you menjadikan hari-hari saya ceria sebab tengok makanan sedap awak :D yeayy!

Sunday, March 17, 2013

Eh cuti ke?

Ye tengah bercuti seminggu plus plus sebab universiti bagi cuti. Exam sungguh urm urmm sukar diungkap dengan kata-kata. Semoga semuanya cemerlang. Insha Allah.. risau sebenarnya tapi takpe tawakal saje. Well cuti-cuti ni takde ape sangat nak buat selain tengok movie, makan dan tidur. Oh ye solat jangan dilupakan. Hihi. Amira dah pergi airport and sekarang ni mesti tunggu nak departure or plane tu sampai :'( tinggal sorang je kat rumah. Dah mula rasa bosan ni. Ikutkan memang nak balik sekali tapi atas sebab tertentu maka tak jadi. Awal lagi tak nak countdown balik for raya? Hee..

Tengah takde keje and lapar ni so I nak listkan la food yang perlu dimakan balik nanti. Heee meroyan nak makan banyak. Well aritu pegi makan dekat Harima pun sampai waiter tu tercengang tengok kitorang order makanan. Sampai 7 dishes padahal dua org je makan. Kejap-kejap makanan sampai and last-last dah macam fear factor nak habiskan makanan. Ye la makanan mahal tak elok membazir. Hahaha

1. The Loaf
2. Cheesy wedges KFC
3. Satay
4. Bubble tea dekat Giant Putra Height (paling sedap wei!)
5. Ikan bakar, kerang bakar dan segala seafood.
6. Dominos pizza
7. Secret recipe
8. Nasi dagang dan nasi kerabu
9. ABC, cendol dan seangkatan dengannya
10. Big Apple
11. Nandos (?) kat sini pun ade. Hihi
12. Seoul Garden (sebab ade orang request so layan sajer)
13. Ikea meatballs (dah pernah rasa and takde la addicted sangat)
14. Nasi lemak (?) tiap-tiap breakfast pun makan nasi lemak. hihi
15. akan ditambah dari semasa ke semasa.

Takpe la gemoks. Bukan senang nak balik Malaysia. hehe. Ni gambar makanan kat Harima. Terbaik! Den dah la suko makan sushi. Yang mentah lagi den suko. Yang paling best Bento (lunch set) sebab comel je. Ade 4 jenis lauk and boleh pilih 2 lepas tu nasik semangkuk and sup semangkuk. No wonder Japanese badan lawa sebab makan nasik semangkuk je lepas tu lauk pun berkhasiat. Tak berminyak. Kitorang serumah berjahat nak mengamalkan gaya hidup sihat macam Japanese. Makan nasik pakai chopstick so mesti penat kan nak kaut nasik tu. End up makan sikit aje. Tak gitu? muahaha


Edit-edit sikit muka spicy tuna rolls ini. 


Unagi, Mushidori, and Bento with tamago and grilled chicken with teriyaki sauce


Salmon sushi, Sashimi moriawase, Ebi no tempura and spicy tuna rolls.


Monday, March 11, 2013

esok exaaaammmmm!!!

esok MCQ tapi tak berapa nak MCQ sangat lah kan. True false questions. Kalau salah tolak 1 markah. Betul dapat 1. Let say, betul 3 salah 2 so markah 1 je la dapat T___T. Mencabar betui. Esok ada 7 subjek nak menjawab. Heol... berharap supaya malam ni tak tidoq. Tapi macam tak mampu. Caffeine pun dah overdose. Start esok super overdose. Tachycardia la jawabnyeee. Dah la dengan anxiety nak exam. Haa ni dok tulis sebab tengah berehat. Biasa la setadi depan laptop. 

Rindu waktu 1st and 2nd year yang 1 subjek sehari. Kalau 2 papers 2 hari la. Walaupun takda gap in between (isnin-sabtu,then sambung balik isnin tu) tapi takde la kelam kabut dah terkonfius maklumat dalam kepala otak ni. Hurrmm

Serius tak suka exam... tapi nanti tak serius la pulak nak belajar. 

Semoga dipermudahkan semua. 

Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman

Friday, March 8, 2013

Not OK!

My mood is not so good right now. Dari haritu sampai la sekarang. Dengan emergency-nya Ya Allah sabaq saja lah :( kali ni memang saya taktau pasaipa teruk sangat. Dah jadi budak kecik pulak merengek nak balik. Tu belum kantoi dengan doktor lagi. Selamba je dia gelak. Sekeh jugak karang. Hoihh nak exam pulak tu kan. Daku sungguh penat. Lepas tu dengan tarikh exam kucar-kacir. Ni semua salah kampus dekat Shah Alam. Sabaq la nak habis dah belajaq kat uni ni. Sabaq jugak dengan tempe. Setahun setengah lagi lizaaa. Lepas tu kawen. Oppss penipuan sajer. Redah sajer la exam ni. Tadi lepas OSPE Community Medicine. Alhamdulillah.. Semoga minggu depan dipermudah jugak. 

Tadi kawan cakap, patut la mendung je cuaca. Rupanya sorang-sorang nangis. Haa saya termasuk sekali. Pasaipa la ayaq mata ni takleh nak menahan. Tulaa best kan hormon ni. Emosi kacau memang kaw-kaw. Rasa macam nak makan orang. Sobss :'( 

Tadi pegi beli bawang kat pakcik sayur tu. Lepas tu dia cakap "Study hard madam, get the gold medal. You are born to make that gold medal come to you". Walaupun ayat dia macam tempe sebab dia memang tempe tapi boleh paham lagi la. Baguih kan disamping beli bawang dapat motivasi free. OKAY PAKCIK, SAYA STUDY HARD SEKARANG JUGA. Lepas bayaq terus chow balik rumah masak nasik dan ayam black pepper. Mano setadi-nyo? Hmmm

Apa la post ni sungguh takda motif. Stress nak exam, stress tak dapat balik Malaysia, stress sebab stress stressssss. Lagi stress lagi rajin masak, lagi rajin makan. Orang lain usaha balik setadi je. Terbaik la diorang ni.

p/s : gold medal dapat time graduation kalau tiap kali exam dapat distinction. 

Wednesday, March 6, 2013

Read

Read! In the Name of your Lord, Who has created, Has created man from a clot, Read! And your Lord is the Most Generous, Who has taught by the pen, Has taught man that which he knew not. (Al-Alaq, 1-5)

I MUST READ NOW. READ QURAN AND READ MEDICAL BOOKS. OTHER BOOKS AFTER EXAM BECAUSE I DIDN'T BALIK MALAYSIA :( I MISS U SO MUCH MALAYSIA. Food, environment, air, traffic, mall. Walaupun panas daku tetap sayang padamu <3

Monday, March 4, 2013

mengantuknya

Sekarang pukul 2.06 am. Oh soooo sleeeppyyy! Takleh nak celik sangat dah tapi kena meng-edit report yang super annoying ini. Dah lama tak buat report kot. Selalu buat case saje. Haaa patah pinggan dok kat kerusi. Dari celik Subuh tadi sampai sekarang tak abes lagi. Assignments dah settle. Alhamdullilah. Report ni ya Allah..... sabaq la. Ni belum lagi edit report second. Harini pergi Anganwadi (ala-ala taska) OMG REPORT LAGIIIIII ;( belum lagi nak start study exam minggu depan. Rasa nak mencekik orang. Maybe sebab PMS (err tak maybe) kot. Nasib Sarina ajak makan aiskrim terus hilang sakit kepala. Bawak moto pun tak tenang last-last Sarina bawak. Haa kesian Sarina okeh!

Den mahu sambung buat report. 

Saturday, March 2, 2013

Fish Spa

Thank you Allah for today. Saya masih ada family dan kawan-kawan di sisi. Ewah ayat macam nak kasi ucapan. Osce emergency medicine selesai dan sekarang tawakal saje. Tinggal osce orthopedics yang entah bila. Oh sekarang saya posting community medicine. Tak minat sangat tapi takpe ku redah jua demi bangsa dan negara. lol. Selesai je osce pergi makan dekat mall. Yang bestnya harini pergi try FISH SPA!!! Ya Allah takut teruja semua ada. 10 mins je and memang scary gilos. Orang tu cuci kaki pakai sabun then prepare la apa yang patut. Pergi kat kolam yang banyak ikan tu tengok dorang macam piranha ok. Sumpah tak tipu! Dah timbul-timbul nganga mulut. Makkkk nak balik ;( Sarina cakap isokay jangan risau. Rasa macam kena elektric current je. Lama sangat dok takut sampai kena paksa. Assistant tu tolak-tolak gak kaki bagi masuk pastu tarik naik atas balik. Haaaaaa. masuk tumit pun tak mampu. Sampai kena panggil kawan dia lagi sorang and dok calm kan saya yang penakut. Ya Allah sungguh aku berhati ayam (chicken-hearted). Baru ku tahu. sobss. Last-last Sarina dah habis session lepas tu alamak abes la ikan-ikan ni semua datang kat den. Kalau ada 2 orang maka mereka boleh share ye dak? sedih kembali dan assistant yang baik tu dia cakap okay nanti saya masuk kaki kita join sama-sama. hee baik sangat.


Ni ikan ape ni? Nampak orang je kemain eksited. Isk iskk. Dah masuk kaki lagi laaaa.

Time ni ade akak tu join sekali so ikan takde la banyak sangat. Sekali akak tu x join dah Ya Allah nak nangeh ok! Ade magazines banyak atas tu pastu ape bondo eh nak baca magazine tengah dok ikan vacuum kaki den. Lagi dalam letak kaki lagi kemain ikan tu. Rezeki kau la ikan dapat kaki den yang sodap dan berlemak ini. Pengalaman yang best tapi taktau la nak try lagi ke tak. Sarina cakap camane nak buat skywalk and bungee jumping ni? Gulp. Daku tidak tahu. 

Lepas tu minum dekat Gloria Jean's coffee. Saya suka lagi Coffee Bean and Tea Leaf. 


Friday, March 1, 2013

esok osce dan saya bersedih

OSCE itu bermaksud Objective Structured Clinical Examination. So saya ada osce emergency medicine esok. Risau pulak sebab tak prepare apa-apa lagi ni. Dah la tengah sedih. Oh sedih cari sendiri so tanggung je la kan? Tapi takpe orang berkenaan takkan baca blog saya lagi dah kot. So saya boleh meluahkan disini. Rindunyaaa tapi nak buat macam mana. Saya jenis orang cepat menyesal tapi benda ni ada banyak kelebihan jugak. Saya terpaksa berkorban la. And saya jenis orang straight forward. Kalau saya suka or tak puas hati saya cakap je. Kali ni, terima kasih kerana memahami. Biarlah sakit sekarang dari sakit nanti. Lagipun BFF awak banyak so ketiadaan saya tak memberi effect apa-apa. Saya pun nak berubah ke arah yang lebih baik. Benda yang saya ludah saya tak boleh jilat balik. Kalau nanti terjumpa dekat mana-mana mungkin boleh kawan balik. Saya tahu saya salah sebab on and off persahabatan tapi saya dah tak sanggup lagi berada di posisi sebelum ni. Sakit  sangat :( eh saya ni menulis macam orang hangover saja. Ok la nak setadi.