Tuesday, June 12, 2012

Bertemu kembali

Cewah post tak boleh tahan. Biasa la missing in action sebentar. Tak busy pon tapi entah la. Saya rasa macam nak bertapa kejap dalam gua. Ewah

Hidup ini penuh dengan onak dan duri. Kemain ayat puitis. Weeeiii taktau nak tulis apa.

Disaat ini perasaan nak beli scooter mebuak-buak. Adakah ini petanda bahawa saya akan pandai bawak scooter? Maka haruslah belajar balik rumah nanti. Sesungguhnya manusia mana larat asyik kena tipu dek pemandu autorickshaw tu.

Sekarang posting medicine. Rasa bebal, penat dan sebagainya. Baru minggu kedua. Dan semoga dapat menjalani posting dengan gembira. Eh ada ke orang gembira time posting? Mungkin time melepak minum chai ( teh tarik gelas kecik ) dan makan vegpuff atau samosa. Dalam kelas semua serius. Ouch rasa mungkinkah kita ini split personality? Mungkin benar. Orang suka sentap-sentap kena cekalkan hati. Bidang ini untuk berjiwa kental kerana bermain dengan emosi. Emotional orang kata. Belajar juga menjadi orang sabar dan toleransi. Itulah kuncinya.

Sekian.