Monday, May 27, 2013

funneh


Found this on instagram. I think married couple should apply this :D hahaha

Sunday, May 26, 2013

Going back to my 2nd home

hello.... harini balik India :'( well hari Selasa lepas balik kampung then Jumaat balik KL shopping. Tu pun tak sempat nak pergi Low Yat. Sentap betui. Ade je la plan yang tak menjadi ni. Tapi nasib baik ade PC Fair dekat Mid Valley. Alhamdulillah.. sesak dan ramai orang. Lepas tu makan dengan Mariam dekat Manhattan Fish Market. Plan nak makan makanan korea dekat Dubu-Dubu Restaurant. Haha salah naik flight terus pegi US instead of Korea :D

Nothing much to tell. Mungkin takde mood sebab nak balik India dah. Oh, bila dekat KL rasa insecure sebab takut terserempak/ ternampak/ terjumpa somebody that I used to know. Erk

Ok nak tidur. Esok confirm tido nyenyak dalam flight.


Sunday, May 19, 2013

update Malaysia

hello everyoneeee... poyo je entah takde sape baca blog ni. hahaha

well... haritu sampai Malaysia lambat. Ikut route mana la plane tu. Dengan ngantoks ya Allah... dari take off sampai landed dok asyik tidoq. Sampai Malaysia kena tahan kastam sebab bawak barang kena cukai. Dugaan lagi tu. Ya Allah... padahal barang orang lain. Taktau lak dia bawak barang bercukai.

Pagi tu kul 11 ade wedding kat De Palma Hotel Shah Alam. Obviously bukan wedding I lah. Haha.. First time rasa poyo kat wedding event. Hahaha.


simple je pelamin. I likeee


Malu den time ni


sebenarnya tutup jerawat yang menepek tepat di hidung. Besar sangat. Dah try picit, boh colgate, ubat jerawat sume takleh gak hilang. Pasrah je :(



we are family tapi muka lain-lain



muahaha jerawat seketoi merah. Rasa nak pakai tag POST EXAM JERAWAT. JANGAN TEGUR.

sekian :)


Thursday, May 16, 2013

post exams

It's very tiring and disappointing day :( I finished my exam, viva and osce. The worst part is osce. Okay, the fact is that whatever you learned in class, ward work sessions and bedside teaching are all important. Plus it's easy to remember something that we see rather than read it alone. But I know my effort is not hard enough in this posting. My method of study also changed. Orang kata nak menggoreng ni kena critical thinking sikit. Otak kena pick up laju laju. ABOVE ALL, TIDUR KENA CUKUP. Ni la masalahnya. Till we meet again Medicine, and say Hi to Surgery. Oh I hate surgery.

Kadang tu jeles dengan housemate sebab hospital dia kalau exam amek kes sehari sebelum. Cek punya hospital harapan sajer lah. Tadi dengar kes CVS rasa nak terkeluar jantung. Alhamdulillah dapat abdomen case :)

Tukar tiket buat kali yang ketiga! But hey, I will hirup udara Malaysia tomorrow! :D Nak makan nak makan.... hehehe. Tak ingat bila last time makan nasik lemak.

p/s : hey in spite of rindu malaysia, family and makanan (obviously), saya rindu awak jugak!



Sunday, May 12, 2013

Homesick

Takde mood nak stadi. Hati ni homesick sangat. Fikiran dah terbang melayang kat tanah tumpah darahku. Dugaan apakah ini? Dengan nak end posting exam Khamis ni pastu takleh fokus stadi. Ya Allah... :( Posting Medicine dah la susah. OSCE hari yang sama pulak. Case write up tak buat lagi. Sobss sayu hati den

Hari Ibu ni sayu sangat. Air mata boleh tadah siram pokok bunga kaktus kecik rasanya. Tsk tsk. Balik ni kena balik Johor! Dah bertahun lamanya tak makan masakan mak, so balik ni nak makan masakan atok.


Friday, May 10, 2013

May

Since Mother's Day is on May, I really get sensitive over this issue this time. Not like the years before which I barely remember when was the last time I celebrated Mother's Day with my mom. But whatever it is, whatever might come in the future I always said to myself that "O Allah, I accept whatever happen in my life" Bukan ayat nak sedapkan hati tapi kekuatan sebenar lies deep in yourself. 

The truth is you don't know that you are strong enough until you face the situation.


Sayangi ibu anda :)

But I love this May too coz I'll be going home. I'm coming home I'm coming home tell the world I'm coming home. 

Tuesday, May 7, 2013

PRU-13 dan ECG

Tahniah kepada BN yang menang PRU-13. Untuk yang tak menang next time cuba lagi yek. Hihi. Sebenarnya saya tak mengundi pun, undi betoi-betoi atau undi pos. Maaf Malaysia, cek tak dapat balik and lagipun cek tak mendaftar pun lagi. Hakhakhak. Ya ampun... rasa teruk la jugak tapi takpe la next time cek akan berdedikasi mengundi. Hee. 

Alkisahnya, Karnataka ni pun mengundi jugak sama dengan Malaysia. Tapi yang peliknya, sini tak blackout ye. Kihkih. Maaf la post ini sungguh mengundang sensitiviti sesetengah pihak tapi apakan daya umur dah meningkat maka hak untuk bersuara atau menulis pun sudah perlu ditonjolkan. Cewah gituu. Okay sambung, memang India ni suka sangat blackout, tak caye meh dok sini meh. Elok je election kat sini. Takde gaduh-gaduh tapi haritu ade la bom sikit. Eh eh kemain main bom. Main mercun sudah la kan. Malaysia jangan main bom okay, mercun bola sudah la tu pun time raya je la.  

Teman nak kabor la kan bahawa teman ni idok la menyokong parti-parti *cough* tapi teman nak ler nengok perubahan kat Malaysia. Tapi entah ler teman pon idok mengerti. Corruption akan tetap berlaku (bukan la nak pessimist) sebab manusia ni kalau diberi harta dan pangkat susah sikit nak ingat Tuhan. Lagi-lagi manusia akhir zaman ni Allah tak balas directly lagi la kemain kan. Segelintir tu insha Allah ada yang tak corrupt. Bab fitnah lagi astaghfirullahalazim.. jawab la di akhirat kelak. Manusia kan tak perfect, setiap orang pernah buat salah. Kadang tu konfius dah taktau nak sokong mana. 


Dan sebab PRU la saya tak siap homework ECG. Pergh banyak sangat nak kena interpret sampai pening. Eh takde kena mengena sangat la kan. Tapi sebab eager nak tau keputusan sampai tak siap. Kepada anak muda, pi setadi bagi perabih dulu. Hak nak memilih tu ada tapi jangan la sampai emosi sangat. Saya tau semangat orang muda ni camana. Kadang tu sampai nak bergaduh pon ada. Haihh.. be more mature sikit. Kalau betul nak lakukan perubahan and sokong, make something yang useful. Make your action speak louder than your words. Tak gitu? Bangkit tegakkan Islam dan Melayu. Ini tidak, pemalas ya amat lepas tu time pilihan raya semangat pongpangpongpang dok kutuk-kutuk. Ber-double triple la dosa ekau dapat. And please, dont condemn other people just because they dont into the same party as you. Rasa malu la sikit. Tengok makcik-makcik kat kampung senyap je pastu tanya undi apa, diorang cakap undi adalah rahsia. Over tau. kihkih.. diam-diam ubi berisi orang kata. 


Ada banyak lagi nak tulis tapi takpe la. Kena setadi la uolls nak exam sudah. Jom jom setadi supaya kita dapat bangkit menjadi Melayu yang berilmu bukan Melayu yang layu. 

Saturday, May 4, 2013

Menjadi diri sendiri

Orang selalu cakap jangan hipokrit. Jangan! Jangan! Tapi kadang tu hipokrit penting. Use your brain to think the examples. Sometimes being yourself is too mainstream. Terlebih perasan, terlebih perasaan, terlebih segala benda. And sometimes you don't know that ada je orang sayang you tapi sebab you are trained to be independent then you tak sedar benda tu. Sayang tu family dan kawan-kawan la ye. Sayang benda lain boleh belah. I'm not into couple thing. Perempuan pun banyak sangat emosinya. Di hari yang tertentu pada setiap bulan (errr) perasaan sangat tak betoi. Semua benda tak kena. Semua benda nak fikir negatif. But at some point, being pessimist is okay because it will teach you that do not put high expectation on something in which you might get sad when you can't get that thing. Agree? But some may say, put your aim high up to the sky so that if you don't get it you might fall among the stars. Eh betoi ke tak den tulis. I agree both. The former is to teach you being a humble person, the latter is to train you to work hard to achieve your dreams.

Hidup ini penuh onak dan duri. Hoi puitis kemain. Takpe la tu tanda Allah sayang, dan mesti Allah nak dengar rintihan hamba-Nya. Ye kita ni hamba sahaja, jangan nak berlagak sangat kat dunia ni. 

Wednesday, May 1, 2013

random

Taktau nak tulis ape. Harini nak buat roti sebab tengok macam senang and memang tak pernah buat. Sekali tak jadi :( mungkin sebab dry yeast tu dah lama sangat dok dalam peti ais. Eh ke memang dry yeast takleh tahan sejuk? Buntu jugak. Last-last jadi donut. Ok la jugak boleh dimakan. Tengok la nanti nak belajar buat roti sampai dapat. Nak buat roti hotdog, roti kopi, pau. Eh berangan je. Practise make perfect! Sebab aritu praktis hula hoop sampai dapat jugak walaupun slow je benda tu gerak. Tapi tak jatuh :D yeayy.

Kadang tu rasa malu sebab budak lelaki kelas saya lagi pandai masak. Karipap dia lagi sedap dari karipap ku. wuwuwuwuuu. Nak belajar dengan dia la. Hahaha. 

Daku berdebar-debar nak balik tanah air ni. Hoiii kalah orang nak kawen. Kekeke. Bukan ape, berdebar sebab segan la kat kenduri kawen. Apehal pulak la den ni. Berdebar nak tengok kak aten kawen. Lepas ni takde la orang nak teman tido, teman pegi beli barang, teman pegi shopping, teman makan-makan. Mira pun dekat hostel. Kalau dok umah maksu nanti dengan bibik and tiger je la. Hurmmm... sungguh cepat masa berlalu. Kadang tu segan sangat sebab selalu menyusahkan maksu. 

p.s : best jugak layan lagu kawen ni.