Saturday, November 26, 2011

Sobsss sobsss

Semalam masuk OT lagi. HOD Surgery saya performed surgery tu so dapat la chance nak masuk. Lepas siap siap kelam kabut pakai baju hijau tak berapa lawa tu, tunggu la kat luar bilik OT nombor 1.

Pesakit berkenaan nama lupa, umur 43 tahun, procedure Exploratory Laparotomy. This is an emergency case ! kata nurse tu. Eh saya ingat lagu lagi srub nurse nama Sr Fathima. aih Muslim rupanya :D Begitu ramai orang dalam OT ada la dalam belas belas? Tengok anaesthetist pun mak aih ramai. 

Dr Challani buat midline incision then bukak la semua. Then selepas tu korek korek sekejap jumpa la usus kecil ( small intestine ). Nampak la sudah hitam dan bau pun kurang menyenangkan. Doktor panggil suruh tengok tapi tak berani la nak ambil gambar ke apa tapi ada je doktor ambil gambar berkeping keping. Lepas tu dengar doktor cakap " nothing to be done, we;'re closing it'. Dia ada wet gangrene of intestine dan dah merebak ke caecum. MAK AIH APE KAU RASA KALAU KAU PESAKIT TU? nak meleleh air mata tengok. Serius ja muka kitorang student innocent ni. Doktor rileks sembang gelak gaduh kejap. Doktor tanya apa yg dia tengah jahit. Saya blur then nurse ni bagitau RECTUS MUSCLE. hoho Nasib saya berfikir selepas berdas-das soalan tertembak dekat muka. Jawapan sebenar ialah LINEA ALBA. Terima kasih otak kerana berfikir :)

Saya tak sure pesakit tu hidup berapa lama. Time tu teringat cerita Scent of Woman. Lee yeon jae pun ada masa 6 bulan je untuk hidup. Realiti hidup memang pahit dan saya pun tak tau nak cakap macam mana kalau saya di tempat orang orang sedemikian. Allahu a'alam 


Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali hanya

sedikit(Al-Isra:85)

Sunday, November 6, 2011

Incomplete


sweet enough to be expressed by words ^_____^ 

Clinical Posting

Hari apa tah lupa pulak saya ada masuk OT. Bukan OverTime ye tapi Operation Theatre. Ya Allah seronok betul. Lagipun bukan senang nak join senior sebab mostly senior final year je yang akan masuk OT selalu. Hari tu memang rezeki la. Susah nak digambarkan. Senior cakap doktor akan tanya soalan dalam OT nnt tapi redah je la janji nak masuk kan. Bukan tak pernah masuk tapi yang dulu tu masuk as a patient. Ni kau masuk as a future doctor. Saya takde dalam gambar sebab mana bole camwhore sorang sorang.haha.. nnt doktor campak keluar.





Oh by the way that operation was HERNIOPLASTY. Pesakit tu yang senior pergi examine time dia datang free camp dekat Jain Hospital. Pakcik tu ada Benign Prostatic Hyperplasia ( BPH ) which require him to do TURP first. TURP stands for Trans Urethral Resection of Prostate. So guys aka men, please bear in mind that you have the highest chances to het HERNIA - protrusion of abdominal viscus due to weakness of the abdominal wall. Please google the etiology for the weakness of abdominal wall.hehe.. Kesian jugak pakcik tu sebab dia under EPIDURAL anaesthetic - ala ala orang nak beranak punya bius kot sebab dia bukak lagi mata and tengok tangan dia bergetar getar. Maybe nervous la kot. Tapi I'm sure dia tak berapa nak sedar sangat and maybe tak nampak kitorang la kot sbb kesan bius tu. Khayal je..hihi. Hey entah la tak belajar lagi bius bius ni. Nanti dah belajar I'll tell you guys.

Seronok jugak posting ni tapi penat sebab maybe kena present dua kes sehari. My posting schedule 8 am till 5 pm. Wei hectic sangat !!! Balik tu rasa macam kena beli mesin urut Ogawa supaya senang muscle ache hilang. Oh terlupa nak bgtau yang saya posting SURGERY dulu. haha.. yela surgery masuk la OT. Kalau OBG kau jumpa orang bersalin and boleh pengsan tengok darah banyak. Semoga saya tak pengsan. Hospital Jain tu FULLY VEGE and tak boleh bawak non vege langsung. Nanti kena badi. Oh tipu sajeee =P Kena respect agama and kepercayaan dorg je la.

Lagi satu menyampah sebab kena pakai formal. Tapi saya pakai jugak la jeans and shirt. Boleh je cover dengan coat putih tu. Ye cover cover pun nampak la seluar jeans kaler nak hijau sikit. Tak suka skema skema ni.huhu..


Wednesday, October 19, 2011

DREAM ( S )

I've been dreaming that someone really good-looking would come into my life. Gotcha! ^_^

Tau tak semua baby bermimpi semasa dalam perut ibu. Comel bukan ? Oh patut la ada baby yang tersenyum masa tido. :D 

“Dreams are the touchstones of our characters.” – Henry David Thoreau ( googled somewhere)

Lately ni asyik bermimpi je. Mimpi ni complex sangat la. Kadang-kadang rasa takut and doa Ya Allah jangan bagi aku mimpi ye malam ni. How pathetic it was ! I'm not joking, but it happened all the times. Tak kira la pagi ke malam ke siang tengahari buta ke. for sure 80 % akan mimpi. Yep, dreaming is one of the body proses. Tapi pelik la kalau mimpi tak pernah jumpa orang tu then kita jumpa.

Kadang-kadang pikir jugak, roh-roh kita berkeliaran sana-sini ke? Orang cakap jangan percaya mimpi. Tapi kan T___T huuuu nak menangis la. Contohnya, dalam situasi malam tu kau tido then mimpi la makan karipap, tup tup esoknya mak kau beli karipap then kau pun makan. Time makan karipap kau teringat, eh aku mimpi makan karipap la semalam. Thanks emak ! waaa seram kau. Agak-agak mcm psychic tak ?

Ada sekali tu kan, saya ada la suka kat sorang ni. Malam tu mimpi dia hantar SMS meluahkan perasaan. Hepi la kan dalam mimpi tu berbunga-bunga. Lepas tu fikir ni mimpi je. Tarak papa lah. Tengok-tengok lepas dua tiga hari dia confess face to face. Wei kau nak cakap apa ? Rasa macam eh bestnya mimpi tapi macam mana kalau mimpi buruk ? Oh kalau boleh tak nak mimpi. Dulu time nak dapat result SPM pernah mimpi jugak. Ada dua subjek A2. okay I memang tak bape cerdik sangat kan. huhu.. Skali kau tengok la SPM betul-betul ada A2 T__T subjek je la lain dalam mimpi and real result tu. Benda ni macam terbalik sikit la tapi ada la hint-hint tu. Tapi memang dari dulu tak pernah amek kisah bab mimpi ni sebab memang jarang mimpi kan.

Tapi mimpi ni dah berkembang dengan jayanya dalam otak fikiran. Sampai mimpi kena kawen paksa la, nak kena rogol semua ada. Wei fantastic gila macam drama kau tau ! EH betul ke orang cakap mimpi ular ada orang masuk minang ? Bagi saya mimpi tu la paling tak boleh pakai. Orang lain betul la kot. Entah. Lepas tu mimpi mati tu mesti ada. Ya Allah.. takutnya. Macam real kot. Nak menangis bangun tu. Yang peliknya, mesti ingat punya la mimpi ni. 

Ada la sekali tu mimpi soalan exam. Lecturer patho bagitau soalan bocor. Ape lagi dalam mimpi tu kelam kabut kot salin. Tapi tak ingat yang lain and last skali dia cakap 'part myocardial infarction - enzymes '. Wohooo sekali keluar kau ! soalan 5 markah short essay. T____T nasib la baca sebab kot la masuk. Lepas ni jangan ada orang datang mintak soalan exam pulak ye. Kang nangis saya nak perah otak.

Bab kawen pun tak terkecuali la. Mimpi ada anak, tunggu laki balik keje, mimpi mengandung la. Entah anak sape pun tak tau. Eh scary la wei T___T bangun-bangun tu terus macam, bila masa aku kawen ? Tapi balik cuti haritu ada mimpi kena kawen. Siap tengah bersiap pakai tudung nak g akad nikah. Tak kenal plak sape laki tu kan. Dialog dirahsiakan. Muahahaha. Pastu dalam mimpi tu kawen tak panggil pun kawan baik. Terkejut ke hape tah. Pastu berenti. Mimpi tergantung. Sekali in reality bukan saya kawen tapi kawan saya. Oh dia tak bgtau pun dia nak bernikah. Fuhh lega la kan bukan diri sendiri kawen. And memang dia tak jemput kawan-kawan pun. Ok ada hint jugak tu. Ada jugak mimpi kawan saya kawen. Kepada kawan yang berkenaan, jangan percaya ye mimpi ni. Maybe orang lain la tu. hehehe. Karang tak pasal kena tuduh tabur fitnah ke hape. Kadang-kadang kalau mimpi tu best sampai kau rasa berbunga-bunga kot. Rasa macam real gila perasaan tu. Mimpi dalam mimpi pun ada jugak. Aihh. Macam Inception pulak kan. 

Dah la pasal mimpi. Nak tido and berharap tak mimpi. Ok jangan percaya mimpi ni liza oiii.. Percayakan Allah s.w.t. He is the one you should believe in. 

Thursday, October 13, 2011

SEOUL GARDEN

Haiiipppp...

Teman nak kabor yang teman balik Malaysia aritu teman naik 5kg! Ni gara-gara makanan sodap-sodap haaa... Teman makan aje ler XD 




Alkisahnya saya pergi makan kat Seoul Garden ( SG ) selepas dapat jemputan makan free daripada kawan baik saya. Yeay terima kasih cik Yam. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. hehe. Then tidur la dekat rumah dia di JB. Oh jauh sungguh JB tu tau ? Sebenarnya ni first time jugak la makan dekat SG. Jakun sungguh! SG ni ada dekat Penang, Melaka, JB  ( City Square & KSL City ). Rasanya KL ada kot. Tengok dekat business kad yg dicilok aritu dia tulis yang tu je.  Takpe kat KL tu berlambak tempat makan best-best. Kau dah tak ingat dah SG tu hape. muahahaha


Dekat SG ni makanan dia ala buffet. Pesanan, wajiblah puasa sunat kalau nak makan dekat situ. Makan time bukak puasa or jangan makan pagi/ malam before tu. Oh jahat pulak tak bagi orang makan tapi tu la hakikatnye. Nak duit burn terbakor ke nak kenyang? I nak konyang jah. Lagi 1, dekat situ takde toilet. Kalau keluar makanya bayor lagi skali la yek. Pastikan dah buang segala yang patut kang nyesal lagi skali. Dekat mall yang saya pergi ni dia jenis beratur kat luar. Ke semua sama je? eh lantak la. Pastu bayor dlu then cakap la nak sup ape. Memandangkan cikyam dan saya kipas susah mati korea so kitorang pun beriya amek sup kimchi tu :D Sup kimchi lagi better dari kimchi sayur.


Ni dah start masak. Macam main masak-masak pulak rasanya XD kat tepi tu la kan tempat feveret sebab bakor-bakor. Kite bakor kite bakor!


Segala jenis seafood ada kat sini. Kitorang amek pakai bedal je letak dlm 1 pinggan. Dah tu jenis amek banyak-banyak sebab nnt malas nak amek dah.



Part daging ni yang best. Kalau tgk cite korea or variety show especially Running Man kan, banyak dorang bakar-bakar korean beef. Ni Malaysian beef punya version. Ala boleh la jugak..hihi





Sape-sape yang terer pakai chopstick tu pakai la. Kau boleh eksyen dekat orang sebelah kau yang berbangsa cina tu. Ape dia ingat Melayu tak reti ke makan pakai chopstick ? muahaha. eksyen tau orang sebelah asek dok usya kitorang makan. tah pape


Ni versi daging black paper ke hape. Lupa dah. Macam-macam perisa daging.


Ni cikyam. Sempat lagi tu. Tengok la penuh meja tu




Sebenarnya ada banyak gila makanan kat situ just tak sempat nak tangkap. Yela sibuk makan.hehe. Kalau nak buat ala-ala ramen tu pun boleh. Pegi je amek bahan ape yang nak letak then nnt campak-campak je. Kate main masak-masak :P


Takyah cover sangat lah kan. Lapaq weyh


Muka pacat kekenyangan. Haruslah bergambar kenang-kenangan XD thanks cikyam! lebiu memuahhhhh 


Cikyam pesan dekat sini makan relek-relek je. Jangan kalut. Agak kalau penuh tu berehat sebentar. Amek banyak gila kot. Pastu  kitorang jahat g letak balik dengan cara buat-buat macam nak amek kan. Nakal sungguh tp best..hahaha. Ada jugak eskrem kat situ. Siap ada toping suka hati kau nak letak apa. Boleh la dua round makan eskrem. Tiap round cedok 3 eskrem. Kata kat cikyam, bahagian eskrem dalam perut muat lagi ni. Hehe. Ingat lembu ke ada 4 perut? HAHAHA. Harga kat SG ni gerenti sangat murah. Student pun mampu. Jakun kot tengok harga murah rasa mcm tak caye. Over-lah.

Till then, Assalamualaikum


content-less post

-some of the posts had been deleted due to some reason-


Seriously I don't know how to write a post. Muahahahaha..


Till the, Assalamualaikum


p/s : ada je idea but tak habis taip lagi. Peace yo! 

Wednesday, July 27, 2011

=.=" exam's syndrome

ekhemmmm ada masa la pulak sini.

exam ni buat saya stress. Siapa suka exam dia tak normal. Sila terima hakikat.lol

Pre-exam's syndrome :

1. Tido banyak dengan alasan karang dah start exam kau tido tak cukup.
2. Makan banyak sebab stress tido banyak dan banyak tak baca lagi =.=
3. Kau kelam kabut nak baca mana satu. Time ni kau tamak sikit ye liza. oh oh
4. Banyak dugaan contohnya internet memang laju kalah Formula 1. eh tipu :P time ni jgk la sume subbing keluar. Time free taknak pulak diorang sub ye.aiyaaa
5. Homesick!! arghh ni paling tensi. Kau tensi sampai duit habis call rumah. Kalau bole pagi petang siang malam kau nak orang teman kau. Lagi-lagi sugar daddy kau dengan dearest sister kau.
6. Mengidam makanan tempatan ni dugaan jgk. Yela mana nak cari sini. Kau nak masak pun malas dengan alasan sibuk setadi. yeke?? urmm (~_~")

Ni je la. Bukan tak larat nak baca tapi tak larat nak mengingat semua. Baca yang ni yang lagi 1 lupa. Oh ulang-ulang la kejanya. Bila la saya nak genius ni? hukhuk

I just wanna pass this exam so that pihak sponsor dan rakyat Malaysia tak sia-sia hantar saya belajar. Balik nanti saya nak terjah semua shopping mall nak pergi jalan-jalan and makan-makan. hehe. Saya habis exam lepas raya. Sebulan exam mana tak stress. Tu pun nak bagi compact lagi jadual tu. Pengsan pengsan. Rasa 4 tahun yang lepas saya lagi rajin dari sekarang. #_#

Hope for the best lah ye :D Semoga peperiksaan dibulan Ramadhan diberkati. Tak lupa juga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA =D JOM TAMBAHKAN PAHALA!




Monday, July 25, 2011

TAFSIRAN CINTA DI MATA GURU-GURU?

ehemmm..selalu kita dengar/paham ahli falsafah je kan tahu pasal cinta. Haa yang ni saya dapat dari facebook group Srikandi2 Islam :)






BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^__^

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMAJGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA..

Tuesday, July 19, 2011

BERSIH 2.0 VS KOTOR 2.0

Okay Okay nak gelak dulu bole? Bangun tido td bukak fb then nampak sorg kawan ni post video dekat wall dia. Tajuknya KOTOR 2.0. Dijelaskan disini saya tidak menyokong mana2 parti lagi dek kerana tak cukup umur. Sekian :)



HAAA INI LER VIDEONYER. Lawaks okeh. Saya nak baca buku pun bole tergendala sikit. Tak habis godek lagi channel dorang ni tapi rasanya mcm cooolll jek :D Nice la kan. Ada yang tak bole belah pakai tuala ye buat demo? KAH KAH KAH. Kang terlondeh tuala tu naya bang.Ada komen bertanya adakah dia berjalan 1 kampus pakai camtu? wahaha betul bole tak? alasannya x perasan. Terus jadi video 18 &^*^%$  nnt..isk isk.

Tapi apekes pegang poster ROBIN VAN PERSIE ? LOLOL.. kecian plak saya tengok yang kena terjah dalam kereta tu. Wei muka korang tak tahan la wat saya nak gelak. Haaa kepada sapa2 yang neutral bole la sokong parti ni memandangkan parti ni baru lagi kot kot kot..HE HE HE. Walaupun nama parti je KOTOR tapi aktiviti gila ah siap ada shuffle,zapin etc etc.

Ni kampus mana hah? Sibuk nak tau ni..Kecian budak2 pompuan tepi jalan nuh.

Okeh saya nak setadi. Tadi tido petang kene gigit semut tanda amaran suruh bangun setadi. SEKIAN lagi sekali.

Saturday, July 16, 2011

Selamat Hari Raya!

Saya dan rakan-rakan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat keluarga yang berada di Malaysia.

HAHAHA. Puasa pun tak lagi dah nak raya. Hari Jumaat, haa semalam la tu walaupun kitorg mcm sedih lagi tp takpe sbb sume semangat tangkap gambar raya. weee XD suka gila. Ada video sekali tapi tanak upload. Nanti dorg nak hantar dekat tv3. erk tataw la btol ke tak. rasa mcm tak.hihi..

Hal exam dah selesai. Alhamdullilah.. so exam still 1 ogos :D


Ini batch saya. Nama official ROYAL BEE. Muka raya tak? hihihi :P Saya berdiri barisan hadapan sebelah kiri tudung hitam. Sila cari!

Friday, July 15, 2011

Ya Allah..help us please.

Yesterday I cried...my tears tak bole nak control dah. Mata lebam2 sambil mengenangkan nasib apakah yang terjadi ini? sobsss

 Time saya masuk kelas praktikal forensic medicine, kawan2 ckp ' minggu depan exam'. I was like ' ur kidding ni'.. dlm hati je la. Then muka yg bagitau tu serius benar semua. Cuak dah dup dap ni haaa. Takpe, tahan dulu. Exam 3rd Internal Assessment supposed to be on 1st August kot. All of us redha and dah beli tiket after raya. So what? nama pun study jauh terpaksa la berkorban kan tak balik raya. We don't even care bout it sgt pun, kalau ada yang sedih2 tak dapat balik lumrah la. Sape tak sedih? Ramai mencarut and org innocent pun dah tak innocent. We're human beings yang lemah and sentiasa ada kekurangan. Hati dup dap macam nak terkeluar jantung ni biasa la kan. Sape tak terkejut hari Khamis bgtau then Isnin ni exam? haiyaaa... jgn la buat org tachycardia >.< sedih ni.

Nak dijadikan cerita semua la berkumpul. Actually dean dtg campus sini and handle meetings with HOD's of all department. Then dia nak selaraskan semua. HOD's pun cuak la sbb semua tak ready lg. Even pharmacology portion pun baru habis td. Tu belum consider sape tido lg tu, dgn assignment tiap2 minggu. Ok assignment sgt menolong :P Ramai la jumpa and berdepan dgn HOD kegemaran masing2 meluahkan perasaan. Tak lupa juga kepada sapa yang berani berdepan dgn Dean. I'm scared you know.kekeke. Just diam and pray is all I can do. Hope for the miracle to happen. Insha Allah. Tak sempat nak cover the whole year topic kot kalau this weekends je yang tinggal. Dah la setiap paper takde gap in between and portion lg banyak la kan dari SPM dlu2 pun. urmmm kalau dah terpaksa maybe la kene rebus semua. Mau2 periuk kawah kot sbb suma tebal. Tak pun kita rebus nota seniors. kekeke. Lecturers jenis tak bg soft copy slides. Buat sendiri or sape nak kena mintak la. Ala baik buat sendiri lg best :)

Lepas tu mula la spamming di-twitter mahupun facebook. Haa fb la meriah sbb twitter saya x follow byk sgt. Even our seniors pun trkejut. Ya Allah..kalau mcm ni dorg buat kat kitorang what did u expect for the future? tell me tell me. sobss. Then semalam ramai la ketua batch and high committee discussed dgn Dean. Tup2 dgr kata dorg still dgn keputusan exam next week. gulp :-/ telan air liur pun rasa mcm telan batu. tercekik dah. Mula2 tanak call bapak sume. Then adik call and sayu sgt. Dia tak pernah call kot. Yela baru darjah 6 enset pun mana ade. Bapak comfort-kan. weheee mcm comforter gitu. LOL

Lepas bape jam, dorg ckp pulak tak jadi. Merayu camane tah dorg ni. Tp petang ni baru nak finalise sume. Tp td ketua batch kitorg dah ckp kalo mnggu depan jugak ade plan akn dilancarkan. Maybe Bersih 3.0? sape tahu? LOLOL..semua batch berganding bahu. hoyeahh. Tolong la paham kitorang, tiket dah beli kot and mahal nak tukar tarikh. Lgpn sume beli promo kot. Mane ade duit nak beli tak promo. Dok dlm flight bkn best pun. Dok umh g best dpt tido tilam empuk. Saya tak mau panjang lebar ape reason yang dorg bg supaya exam diawalkan. Nanti ade pihak tak berkenaan cakap saya provoke dorg. tergugat la plak kan pihak superior ni. Haaa I mmg inferior. But for me the only superior is Allah. Tak perlu la nak mengaku diri superior and tak perlu nak buka aib org lain especially ur hubby, wife,kwn2 or etc etc. Haaa ni mcm dah nak terbukak cite tp x mo cite! huhu. Mulut kene jaga and saya pun kena adapt. Nnt dah jadi doktor kena layan pesakit yang mcm2 ragam and doktor2 pakar lg. Mulut org tak bole tutup,mulut tempayan bole tutup. Sekian. * tulis panjang2 ni mcm membebel* uishh

Wednesday, July 13, 2011

frustrated.

geram dengan diri sendiri! huh.. dah nak exam ni macam2 la bermain difikiran. Tolong la liza.. dah beli tiket pergi melancong then kena la study elok2! *bercakap dengan diri sendiri*

Ok nnt sy pegi melancong. Tak sabar nak tulis dalam blog.heee kalo ade masa la kan :P

Saya akan setadi! :)

Adios!

Thursday, July 7, 2011

the so-called full time student

Yes I'm a full time student.sigh.. Most of the people said that being a student is the most exciting time in their life. Maybe i'm not experiencing it yet but i hope that my degree time could be like that too. Yes i'm busy, preparing for tutorials and assignments the whole week yet still have time to chat and surf the net. I'm not discipline enough to be called medical student. Please remind me if you are one of my friends. &gt;.&lt; Sekarang dah berubah sikit sbb nak exam. Kenapa eh tiap kali nak exam baru nak berubah. Ok I hope this perubahan will last long.

Esok saya ada test tapi saya ada masa nak tulis kat sini. Mmg lumrah kan kalau busy ade je keja nak buat selain study. Takpe, baca pun tak masuk sekarang sebab dah tepu. Erk banyak sangat cacing2 nak dibaca =.=" tak baik mengeluh sebab ni baru sedikit dari ilmu Allah. Saya harap apa yang saya baca bole diingat. Exam finals ada lagi dalam 3 minggu. Sekejap je masa berlalu and after this i'm going to enter 3rd year. Doakan saya ye :) Saya tak sabar nak masuk clinical posting walaupun ramai seniors mengeluh sebab penat. Penat tu kan best walaupun pahit. Ye ye aje. LOL. Oh nak bagitau hari Khamis merupakan hari yang paling tidak digemari oleh saya mahupun sekalian budak batch saya. Merana dengan hari yang penuh tutorials and anda kena bercakap/menjawab dengan microphone dengan gelabah2 sambil belek buku. Then lecturers akan melihat dengan peliks then bertanya 'don't uolls study last night?' and yes we all said "we studied but don't remember it well sir/madam". Siapa nak disalahkan? Balik pun dah pukul 4 ptg and kena struggles untuk baca semua. Kalau tak tanya sorang2 tak da la takut sangat kan? hehe.



Ini merupakan meja yang semak. Laptop terbuka sebab nak tgk updates twitter sbb kadang2 dorg discuss soklan dekat situ. Maju kan maju kan? wahahaha

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Kepada bapaku sayang..

Selamat Hari Bapa diucapkan dari anakmu yang jauh diperantauan.Walaupun jauh bapak tetap berada dekat dihati.Jangan risau dan gundah gulana kerana bapak tetap muda dimata anakmu ini.Liza ingat lagi tahun lepas liza buat jugak entry yang sama sambil nangis-nangis.Serius sedih dan tersedu-sedan mengenangkan hati ini yang rindu padamu bak gunung Himalaya.

Maaf bapak jikalau Liza tak pernah menjadi anak yang baik,ada terkasar bahasa,tersalah bicara.Ketahuilah bahawa anakmu mencintai dan menyanyangimu.Kau lah lelaki pertama yang hadir dalam hatiku. *maaf bakal suamiku kerana anda insan kedua*huhu... walaupun tak pernah ada calon dan lambat lagi tapi nak tulis juga.Jangan salah sangka :)

Liza juga nak minta maaf kerana selalu malas.Ye dengan adanya post ini maka semua rahsia akan terbongkar.HAHA..liza juga jarang call bapak sekarang kerana kredit selalu habis cepat dek kerana liza boros menggunakan kredit IDD/STD call.Lagi satu,minta maaf juga kerana sepanjang Liza lahir kita pernah beraya beberapa kali je.Boleh kira guna jari :( Lastly Liza berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Terima kasih juga kerana selalu mendoakan Liza disini.

Post ini macam ucapan Hari Raya.Tapi inilah luahan hati Liza

With love,

Liza.




Saturday, June 4, 2011

Assalamualaikum =D

Dah lama rasanya tak menulis sampai lupa la ada blog.Ni semua sebab sibuk exam and cuti.Time dekat rumah mana la nak online and mostly keluar je memanjang.Yeah of course it was fun baby =D having family besides you,precious Malaysian food and also beauty of Malaysian scenery ^_____^ saya x menyesal nak balik rumah sebab saya rasa saya boleh EXPLODE study sini sebab tekanan.Well you know people often told me not to go home and encouraged me to go holidays(except go home la =P).Yes I agreed with them sbb banyak berjalan luas pemandangan.Nanti dah kerja susah nak dapat cuti.Tapi mmg susah nak cuti so nak sangat2 balik rumah hirup udara segar.HAHA..ok fine x segar mana pun tapi compare dgn sini ianya lagi bagus.And lastly we need break to freshen up our mind. 

Balik aritu mmg la best.Dapat balik kampung dekat Johor,Penang,Kedah and KL of course! I dont remember how much I spent in KL.HAHA..pokai..asal balik je banyak la nak shopping.Tu belum masuk transport nak berjalan.Jangan harap la parents nak bagi dah besar2 ni.Independent yawww tp pandai2 la nak cover balik duit. Tapi naik AirAsia je dik oii.Domestik mahupun international.MAS nnt tunggu promo.eh2 lepas raya nnt naik MAS okeh  =D pastu domestik kite pau duit bapak sbb dia syg kite lebih *muka riak* HAHAHAHA... sedih betul balik lepas raya tp xpa sbb pengorbanan tu yg membawa kite kepada cita2. 

Dekat kampung banyak kot aktiviti nak buat smpai malam2 x sempat tgk tv pun sbb penat sgt smpai tido awal.Kenduri lagi,kemas rumah,pergi Gunung Ledang,rumah sedara-mara, etc..makan x terkecuali sbb dah lama tahan tekak nak makan mcm2 smpai dah muak.Sedap kot teh tarik mamak =D kat sini lain ok.Yang best lg sbb dapat bercuti dgn adik2.Sorg cuti lepas SPM and sorg lg buat cuti sendiri.hehe..kakak tersayang balik mesti kena sacrifice sikit.Lepas tu dekat Kedah asyik jalan je hantar saree.Senang cakap smpai nak pegi kedai gunting rambut pun x sempat sbb asyik terlupa.Mcm org tua.kekeke


buah hati(s) <3


 ce teka ce teka =D




buah hati yg telah lama terpisah <3


atok sayang <3

adik sayang dgn farhan <3


belakang tu toilet kfc okeh! *peace*

 buah hati(s) pengarang jantung <3



 bekalan ayam goreng kfc setahun.kekeke


this is what we called free style >.<


the  part of my love that can be seen <3






haha.Angah nak buat klip video =P


ok ni serius sedih.Ni flight pagi nak pegi KL. TT__TT

ok adios <3


Wednesday, March 23, 2011

sarees for sale

Mari mari pacik macik datang dekat..beli saree dari saya..hikhik =P *pandai promote x?*
Saya ada jual saree..material Bangalore silk saree,Bangalore gorgette,Bangalore saree,Crape saree. Grab it now..sape cpt dia dpt.Sila click di fb saya.Everyone can see that album.Tempoh jualan dr smlm smpai sy balik Malaysia awl bulan 5 nnt.Everything akn sy inform nnt.so inbox me guys kalo berminat >.<

Preview :











selebihnya kat fb.okie babai ^^

Friday, March 18, 2011

OIII OIII MAKANAN

sape ckp KFC sedap angkat kaki? muahahaha... jilat jari lerrr.apa daa. sedap kan makanan? sy mmg suka makan. Baru je lepas buat entry nak kurus cite lak pasal makanan.Ok sy dedikasi entry khas ni utk cousin sy yg comel2 belako.ohhhooo anda mmg kiut lah! sanggup susah2 tangkap gambo byk2 pastu tulis kat belog awk.sy suka.hahaha. by the way sape masak tu? bibik eh?

Lauk bermacam-macam tu hanya sy dpt tgk time nak bukak puasa.tp skrg bkn bulan puasa.makan besar agaknya.hehehe. Bak kata Kim Sam Soon, nak buat mcm mana makanan dlm dunia ni suma sedap. X dapat nak disangkal lagi.ok2 pasni makan cket2 je. Kepada Kak Fatin, Mira, Maksu, Paksu, Angah, Kak Dewi, Kaklong, Abg Zaini,Alang, Aisyah,Umayr...and bibik I miss u sooo much! Terima kasih salu bg nasihat and tunjuk ajar.Terima kasih sbb belanja sy mkn sedap2 n menjadikan sy sehat belaka.hahaha..xpe x kisah.Terima kasih jgk sbb salu hantar sy pegi airport,beli tudung,beli kfc mcd,tgk wayang,bwk pegi kenduri sedara mara yg sy x kenal pun.ok xpe janji makan free.sy janji belajar sungguh2 pasni.Ok? hehe.miss miss u all <3
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, March 1, 2011

NAK KURUS!!!!!

woi woi sape x nak kurus? Unless la kalo awk tu dah keding. ^^ Saya nak kurus sbb nak sehat nak muda sentiasa ( wlpn saya sedar saya muka tua ) nak bergaya ( tp xla berlebihan) nak bg sedap mata mak bapak adik beradik kawan2 memandang.ahhh poyo! Dari dulu niat ada tapi x nak usaha. malas malas malas...

skrg berat tetttt pastu nak turun bg 15 kg smpai tetttt..ok berat adalah rahsia perempuan plg utama selepas rahsia relationship status dia.wakakaka. Tapi org ckp saya xde la gemuk tp hakikatnya.uhuk2..dah naik 4/5 kg okeh since raya aritu.ni sume pasal dah penat diet dlu2.poyo je nak diet nak bg sume macik2 pacik2 jiran sepupu sepapat sume tegor kata ko dah kurus.ahhh skrg xde lg alasan tu.skrg da besar da taw cmne nak jaga kesihatan.

Hari ni dokter nak cerita pasal beberapa jenis diet dan bentuk2 badan yg sinonim dgn org2 bertubuh besar mcm saya. Badan utk org ehem2 gemuk XP ada 2 jenis.Ni yang saya taw je la. Apple and Pear!

ni contoh gambar : 

anda yang mana? saya yang tetttt...ah malu lagik >.<

Dulu2 saya penah kurus sekejap.Pastu nak exam dia x bole study kalo perut lapar so x diet la..Ape ini diet? Diet bg saya,awk makan ikut proportion piramid makanan? bkn piramid Giza.Kalo ikut piramid Giza patut la gemuk kan kan? ok memain jek ^^ Ada setengah org diet ni untuk kuruskan badan.Bagi saya,saya terima dua2 sbb kalo awk makan ikut piramid makanan then automatik nnt badan awk pun sihat.Oh badan sihat mana gemuk.Orang2 kalo ckp badan kau sihat la..maksudnya dia doakan awk sihat.Mana ada badan org gemuk dalaman sihat.Skrg saya takut sangat kalo gemuk2 dpt penyakit senang taw x? 

Ada beberapa jenis diet.

1.Diet ikut produk.Haaaa tang ni cek nak habaq lah kan mmg femes.Lagi2 doktor Rozmey hak mai from Jitra nuu..I bukan nak komen pape bcoz it depends on how ur body can respond to it.Ada la testimoni hat turun 10-20kg..ada hat x turun (ni bkn testimoni paper metro,ni kwn abg cek mai dok cita). Tapi kan,org hat amek menda ni kena jaga makan jgk.Just JM5 as a booster to enhance ur weight loss. Lagi 1 ramai dok sebut Herbalife.Ok hat ni cek suka la jgk sbb dia produk nak kurus,maintain & naikkan bdn hg.Serba boleh org ckp la.Lgpn dia bole provide nutrisi untuk badan.Bagus tp produk bgus2 ni mahal la oiii.

2. Diet kurang kalori.Org ni dia makan ja nasi lauk minyak tp dia kontrol dia pnya kalori.Of course la kalo berminyak2 ni dia kurang sikit makan.Nama pun diet.hahaha.Diet ni bagus sbb dia makan ikut piramid makanan.Sayur ayam ikan suma cukup! okie cek suka XD Progress depend dekat org tu.Kalo dia bersenam lg cepat la.Kalo x lambat cikit.eh2 tapi ada jgk org yang x bersenam cepat jgk.Dah ckp td badan org lain.Mungkin cells badan dia terkejut cikit.hehehe

3. Diet low carbs high protein.Selalu muscle builder or athlete je yg consume diet cmni.Tapi skrg sume pun diet cmni sbb dorg ckp lg cepat.Kalo hang eksesais cepat la kot sbb hang dah provide protein banyak then hg bina lg muscle lg cepat bang oiii..Tapi hang jaga2 cikit sbb protein ni mmg la baik tp kalori dia banyak la jgk.Cuma dia x convert jd fat tu je.Baik x? Ohh org ada penyakit buah pinggang kena mintak nasihat dokter dlu *eh bukan saya la* hikhik

3. Diet Atkins.haaa diet ni dia low carbs but high fat.Reasons dia spnya badan hang tu kenal fat jah.so akan digest fat2 n fat2 yang terselit bwh kulit skali.FYI,fat metabolism sgt lambat taw.Kalo x mkn carbs or low intake of carbs,bdn akn process glycogen bagi perabes,then kalo dah abes glycogen dia amek lak protein so hg keding2 xdak muscle ketui2,kalo abes gak protein dia baru nak amek fat.Padahal kit nak buang fat tu cpt2 kan? Saya penah jmpa org amalkan diet ni and congratz to him coz dia berjaya.Alhamdulillah.

4. Diet puasa. Ni lebih kurang mcm 2 in 1.Hang buat pahala smbil hang pasang niat nak kuruih.Haaa dgn syarat hang x melantak la time bukak posa.Salu diamalkan oleh perempuan2 dan ada jgk lelaki2 :) Mmg kurus tapi 50% je maintain pastu.X caya tanya la jiran hang.hehehe.besa la time raya mmg mknn free byk.Kalo fat free jgk xpe la kan.Ni minyak2 sume.Dah besar ni baru saya sedar yang mknn Malaysia penuh dgn santan,minyak etc etc.Tapi sedap wooo~~ XDDD Tah ape2 la saya mkn dlu2 smpai gemuk cmni..hukhuk

okie tu je lesson utk arini.Kalo nak details pegi google.Kot2 la saya salah cakap or trtinggal point penting.Saya lepas ni nak amalkan diet high protein.InsyaAllah.ingat2 15 kg weiii..bkn ciput dowh. *cries* sekian :)

Sunday, February 27, 2011

SAYA BANGGA DENGAN KEDAH =)

Can you guess why i said so? Well basically all of us should be proud of ourself then to other-self.haha..mengarut la ayt saya.Sebenarnya saya nak cerita yang saya bangga dengan org Kedah ( ohh ni x bermakna saya bangga dgn diri sndri sbb sy org Kedah) kerana org Kedah ada loghat yang comel! Ok org Kelantan n Terengganu pun sama.oooyeahhhh Malaysia majmuk berbilang bangsa! Sape kenal Matluthfi? Anwar Hadi? apa persamaan dorg tu? well dorg bercakap bahasa yang sama loghat yang sama belajar negara yang sama! Mula2 skali sy kenal matluthfi (bkn kenal tp taw kewujudan video dia je).Lepas tu Anwar Hadi.


Video mula2 sy tgk SELAMAT HARI IBU.Wahhh trhibur n x sangka ada org buat video mcm tu.Matluthfi lawak,comel2 dia pnya watak.Lama kelamaan ramai org tahu dia ni.Sekarang saya suka video dia yang baru...sila tgk bawah :)


one of my fav XDDD




Anwar Hadi pulak,dia punya English mak datokkk bagus.Yela org amek TESL.btol x Anwar Hadi?? sila la jawap kalo anda jengah ke blog saya.Tapi rasanya smpai mimpi pun x kan sampai.sob3...saya baru je nak awak jadi tutor english saya.lemah byk ni.Dah brkarat2 dah.


Mula2 skali tgk video tajuk EWWW..ingtkan video geli2 geleman.wahahaha...rupanya bukan.Lepas dia buat mcm tu trus trpop-up kat minda saya yg awk ni skema.Pape pun BAHASA JIWA BANGSA :) video Anwar Hadi sila jengah ke SINI



Anwar Hadi ni telah membuatkan saya gelak guling2 tgk video EWWW ni.Kwn2 saya pun suka!


Kepada mereka diluar sana,tgk la video mereka kat youtube.Saya bkn promoter mereka dan bukan juga promoter cuti2 Kedah >.< see u again~

SYUKUR YA ALLAH

Randomly I made this entry because there's something I want to share with you guys. But beware because the video might contains something we called 'LUCAH'. lolzzz






Geli tengok video ni.Tapi ape kes la org tu nak tukar jantina.Kepada org diluar sana,janganlah sesekali terfikir untuk menukar jantina anda.Biarlah org tu sotong ke ape janji x wat cmni.Saya x kisah awk sotong ke kurita ke or cacing tanah ke janji awk tahu jantina asal awak.Saya penah je tgk org tu lembut2 ya awwwww tapi pegi je semayang Jumaat.Bagus la kalo awk sedar tanggungjawab awak sebagai hamba Allah. :)


Ok..jom jadi hamba yang bersyukur.Syukran Ya Allah XD

Thursday, February 24, 2011

Demam Cerita Melayu

sebenarnya saya tengah mengantuk ni tapi kena stay up sbb esk ada tutorial pathology. x baca lg sbb td pegi jumpa dentist pastu balik masak sedap2 pastu tgk star king dgn kwn. x sedar dah lewat.padan muka! huhuhu

Semalam saya marathon cerita melayu.Omaigodddd memang best-lah! Ni semua disebabkan nak sgt tgk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Jujur saya cakap (eh jgn marah eh) saya takut nak tgk cerita hantu so kena ajak kawan tgk skali.Lepas tu dia ckp "errr bosan dowh!" saya cakap " agak r...tp lawak la jgk.just geli geli tgk sape tu USOP pnye tangan!" time tu dah part 6 out of 7! Ntah la sy kurang sense cket tgk cerita tu.Tgk sbb kwn2 kata best n sampai diorang sume wat profile picture facebook gamba kak limah tu.ape kes la..seram org nak stalk page ko! *eh bagus jgk la kan?* teeeeehhhhhhhhheeeeeeee XDDD

After tgk HKLBR saya tgk cerita LU'LU.Anda kena sebut betul2 siap dgn (') tu! tekan cket bunyi tu.HAKHAKHAK...comel la cerita tu.omaigoddd FARID KAMIL menarik hati dan jantung okeh! wataktipulu! hehehehe.Mula2 x suka sgt sbb pegi redah tgk AKU MASIH DARA!. makkk tolong cerita tu urmmm urmmm tataw nak ckp camana.Dia pnya mesej biasa2 aja.Hey,sy x kondem cerita melayu saya just tulis apa yang sy rasa.Maaf kepada sapa2 yang terasa.But as you all can see the title is DEMAM CERITA MELAYU.What's that mean hah??? Saya suka ok! Just not for all movies lah.I still strongly ever after a KOREAN lover! 사랑~~~~ comel kan?

Finished watching LU'LU,saya tgk APA KATA HATI. This is my fav part. Nak cerita cket. Its all about jeng jeng FARID KAMIL again! HAHAHA. Mula2 teruja sbb ada Awal Ashaari but then my eyes keep on watching Farid okeh! Blame my eyes XDDD He's got misai but not that bad.He's still got the charming-ness part *only his fans can see.lol* He's tall,handsome,sweet,muka baik,pandai buat muka jahat,muka innocent pun boleh,ahhh macam2 la.Also2 he's fair! hahaha. XD Tapi 1 je...pls jgn simpan rambut panang coz it looks messy la dear.Pandai je saya nak bg nasihat.Bukan dia dengar n tahu pun.erk!

Satu lagi, I love Farid's coz he can express his feeling naturally.Tapi dalam APA KATA HATI tu dia mcm ewww ewww at first coz I thought he's character is kinda per**** or something with Raja Farah. Dalam cite tu dia ada ckp, KALAU RINDU PANDANG LA KLCC. SATU AWAK SATU SAYA!!!! lol.. I keep on dreaming.teeehheee XDDDD

I SUKA U LA FARID OIIIIIIII...satu-satunya pelakon Melayu yang saya suka! *innocent look* ^______^ Farid ni org KEDAH okeh.Eh senang la kita nak kahwin nnt.kahkahkah...lawak je. =P awk byk sgt tua dari saya.Tapi kalo awk propose sy tataw la nak ckp apa.Diam tanda setuju yek?? *berangan* @_@


ok la x de la serabut sgt rambut panjang. XDDD





Nak datang raya rumah I ke?? kahkahkah.





I love this style.wink2 *_*

Nak habiskan tgk semua cerita Farid!!! Jom2..segar ni haaa mata den dok tulih psai si Farid hero cerita Melayu saya.Ok bole baca buku dah.tata

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

saya harap saya tabah

sekarang tengah runsing sangat.Maybe I shouldn't write this entry because its too personal.Cukup la saya kata SAYA HARAP SAYA TABAH.Blog ni bukan untuk luahkan perasaan sedih2 or marah2.Setiap manusia x minta dijadikan begini tapi apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.Kita hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh.Saya percaya yang perjalanan hidup saya semuanya tidak sia-sia kerana pasti ada sebab kenapa ianya berlaku.


SESUNGGUHNYA SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. XD

Sunday, February 20, 2011

saya x suka bila....

Okay murid2 harini cikgu nak cerita apa benda yang cikgu x suka.HAHA...berangan kejap nak jd cikgu sbb ni cita2 time kecik2 x tau benda. Pernah x rasa meluat? Minggu ni saya meluat dengan sorang pensyarah sy yang suka perli2 bagai.Ok x baik gaduh2 sbb kena respek.Chill man! teeehheee XDDD *siap la nnt saya skor subjek awk okeh!*


Ni nak cerita benda yang sy x suka.Saya tau sy mmg pelik.Tapi x pe,kot2 la kita sama kan2? :)


Bila balik je mesti ada org cakap "eh2 ni anak cik peah (bkn nama sbnr) eh? bila balik? blaja doktor kan? nnt bole la bg rawatan free kat macik eh." Saya jawab : errr eerrr insyaAllah macik..teeeheee >.< *muka x pndai cover*


saya x suka macik2 @ pacik2 ckp cmni.Saya x jnji taw nak bg rawatan free.Tapi paling murah bayar la seringgit kat hospital kerajaan @ klinik2 desa tu.Ala seringgit pun nak brkira ke? Lain la kalo awak pengsan tepi jalan saya buat la CPR.Yang tu free eh XD


Bila balik je mesti ada org ckp cmni,ok paling kurang bapak saya ckp. "Liza, aku sakit belakang la.Sakit ape agak2 eh?" or "Liza,ubat ape eh kalo aku sakit lutut?" 


Saya x suka mcm ni sbb agak2 la dorg nak tanya budak yg baru belajar.Clinical year pun taun depan.Jujur saya ckp banyak lg benda saya x belajar lagi.Saya kan budak baru belajar.HEHEHE.Nanti saya dah abis belajar korang tanya la saya x kisah.Sekarang je kisah sbb sy x start lagi belajar mcm mana nak diagnose orang ye.Karang dibuatnye macik2 @ pacik2 tu dengar ckp saya x ke naya.huuuuu~~~ saya x bersalah.


Bila balik @ x balik @ chatting dlm skype/fb/ym mesti ada org ckp cmni : "Liza ko jumpa x Shah Rukh Khan/Maduri Dixit/Juhi Chowla etc etc...?" Saya jawab : TAK!


Ni memang mcm nak kena tempeleng.Aiihhh tmpt saya ni bukan tempat pelakon2 Hindi! Pelakon Hindu ade la.KAHKAHKAH.Saya x kenal kot.Bajet saya dok Mumbai je padahal dah taw yang saya belajar kat Bangalore! Ni kes sedara mara la ni.X paham!


Bila balik je mesti tnya : "ni dah ada bf ke?mesti bf hero Tamil/Hindustan..." Saya jawab : eh2 tolong sikit.x main la bf2 ni okeh!


Ni sure sape2 yang fly ke oversea x kira la negara mana mak2/bapak2/pacik2/macik2/ sedara etc etc trmasuk kawan baik sndri ckp kan2? Ok saya x lalu dengan org sini.maaf.enough said.


Ada la macam2 lagi situasi.x larat dah sbb nak tido ni.Dah pukul 1 pagi waktu sini.




Sape2 tanya saya lagi soklan2 diatas saya sekeh! ok memain.saya diam seribu bahasa tanda x dengar bole? Nota kaki :


Sape2 nak suruh saya carikan gf/bf utk korg maaf la saya x pandai nak matchmaking-kan org.Saya sendiri x trcari.HAHAHA.ok x nak ckp banyak XP




Friday, February 18, 2011

GIGI OH GIGI


Baru-baru ni saya sibuk sikit sbb ada appointment dengan doktor gigi.hehe.mesti nak cakap gigi saya brlubang la tu?? yela, I taw gigi I x lawa.sob3.. :"( ok fake gila! takde nak sedih2 okeh.Banyak lg benda nak sedih.muahahaha


Mula2 bukak internet carik klinik mana da best kan.Tu la padahnya kalo ade internet.Klinik gigi depan kolej ko x pandang la kan? Eh, sebenarnya baru taw depan tu ade klinik gigi.KAHKAHKAH.busuk gila perangai x sedar diri.Pastu jumpe la klinik ni.nama dia ALL SMILE. okay, saya bole jadi duta.Klinik ni femes la jgk tp hampeh la jauh.xpe,like the slogan said 'invest in your smile'.Its a part of my responsibility yawww~~~ isn't it?


Firstly nak buat braces.Gedik gila sbb gigi dah rata.But but but...i want it! Doktor gigi ckp x perlu pun.ok akur.Just kena buat fillings.Hah,ape itu filling? Sape yg amek BDS or doktor2 gigi konfem taw la kan.Filling tu dalam bahasa melayu mudah kita panggil palam atau simen.Simen tu sbb dia fill dgn simen la kot.Ala,kaler ala2 simen tu.Tapi saya fill guna composite filling.Baru buat 2.Baik,tamau bagitau kena filling bapa.Malu ah! kekeke


Lepas filling abes kena buat implant.Haaa ape itu implant? Tu mcm tanam gigi sbb gigi ko takde.Kantoi dah xde gigi saya ni.Biar r wei,dulu kecik2 suke sgt makan eskrem BASKIN ROBBINS!oh tipu jek. Ada 2 options kalau gigi xde,either impant or bridge.Baik implant sbb lagi tahan la kot.Lepas tu nak buat whitening.oh saya macam2 nak buat macam nak kawen plak.Bajet la korg kalau nak kawen baru nak buat kan?silap2 duit hantaran guna utk gigi.ade ke?HAHAHA.


correct definition for implant
A replacement for one of your missing teeth. The implant is different than a bridge in that the implant is permenantly attached into your jaw.


Kena jaga gigi dari sekarang.Lawa x senyuman saya?





MAK AIHHH SANGAT TIPU OKEH!






NI ADA TIPS UNTUK GIGI CANTIK MACAM SAYA *tipu tipu* ok2 mcm gigi gambar atas tu



  • Gosok gigi sekerap mungkin
  • Floss pun kena kerap2 jugak
  • Berkumur la dengan LISTERINE or pape yang sewaktu dengannya
  • JAUHI minuman berkarbonat
  • JANGAN MEROKOK @ ROKOK DAUN @ KUNYAH SIREH!
  • Jangan makan chewing gum sbb dia byk gula.DENTINE boleh.
  • Ambil makanan berkhasiat
  • Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
ok la, x berapa pandai bab gigi.I bukan doktor gigi.Jumpalah doktor gigi anda.sekian wasalam :)

Friday, January 28, 2011

MEMORIES OF 2009/10

I'M SAD OF COURSE! I MISS BEING IN THE DISSECTION HALL WITH THE SMELL OF FORMALIN AND ALSO OUR 'PAKCIK' CADAVER.HE'S SO BIG YO..dlm ati ckp org India besar2 jgk ye.kekeke. I MISS CLASS ON FIRST YEAR TOO.X PADAT AND I ALMOST SPENT MY DAYS WITH SHOPPING.STOP STOP IT RIGHT NOW BECAUSE U'RE NOT TURNING BACK.


even his leg is big! pertama kali masuk bilik penuh mayat masyaAllah trkejut nasib x pengsan je.
muka happy gila.
our pakcik turn into this!
berdiri tegak2 nak amek gambar.
I'm hungry!
Don't smoke!
Dissect-mates.Happy always
Full version of the brain.
Pakcik at the back.


Enough about dissection.So i'm going to tell you bout my trip to Kerala,Mysore and Ooty. Not much pictures.
Kuil ape tak tau nama
Mysore palace
Mysore palace again.

Serius x bau pape.
Gajah India.
Saya bajet mcm ada salji.KAHKAH
Best bot ni.Tido 1 mlm je.
India's waterfall
Bunga apa tah
Guna kamera enset so x bape lawa.Takde duit nak beli kamera mahal.HAHAHA


That's all.For second year xda banyak gamba sbb kitorang xde posting kat hospital.Sepatutnya ada tp disebabkan our degree dah tukar jadi 5 tahun so xde la posting.Sedih tp best jgk sbb bole grad awal cket.Isk isk kalau ada posting konfem la saya bergambar byk2 kat wad org sakit tu.Tak pun pegi operation theater, tengok org bersalin live punya,oohhh cepat la abes second year!