As salam..
Kenikmatan itu kenikmatan apakah? Ceritanya bermula dimana seorang kawan sedang tanya-tanya saya. Macam taaruf la gitu. Bukan taaruf nak kawen tu ye.
(Jikalau ada yang tahu saya cemana memang dia hebat sebab saya pun tak berapa nak paham diri ini. huehehe)
Alamak perut bunyi2 dah ni. Haaa -____-
Kenikmatan itu kenikmatan apakah? Ceritanya bermula dimana seorang kawan sedang tanya-tanya saya. Macam taaruf la gitu. Bukan taaruf nak kawen tu ye.
Kawan kita : Liza liza.. awak tak makan buah ape ye?
Kita kita : Liza tak makan durian, langsat, duku, rambai, tembikai merah, mangga masam, nenas dan list goes on. Certain buah je makan.
Kawan kita : Laaa yeke liza hoii. Hilang kenikmatan dah tu.
Kita kita : Alaaaa hilang keee?
Kawan kita : Makan laksam tak?
Kita kita : Tak. Tak sedap pon. *senyum kambing*
Kawan kita : Lizaaaaa apekah ini. Banyak sangat nikmat makanan hilang. Banyak jugak makanan yang liza tak suka ye
Kita kita : Eh betul la. Suka makan tapi banyak betul benda yang tak makan jgk. Suka makan banyak koottt
Kawan kita : Tau dah liza camane. Hee
Kita kita : Cemane ye?
(Jikalau ada yang tahu saya cemana memang dia hebat sebab saya pun tak berapa nak paham diri ini. huehehe)
Makan itu nikmat. Ye betul la tu nikmat. Tetiba teringat surah Ar-Rahman. Hee suka sangat surah itu dan maksudnya :D Makan pun nikmat Allah ye dok? Memang diri ini suka makan tapi baru tadi tersedar yang banyak je yang tak makan. Memang tak berapa sangat dengan buah and prefer sayur lagi, tak minum air gas or manis sangat sebab suka air mineral, ada certain makanan tu ikut tekak jugak la. Tapi tapiii memang takleh resist la kalau benda yang diabetes seperti kek coklat, pastries, aiskrim coklat ( vanilla out! ) dan pelbagai lagi. Mana tak gemok mok mok :'( Badan ni jenis takleh makan full 3 meal. Japgi mula la aihh aihhh *nangeh*
Tapi disebabkan tak memilih makan sangat maka tercampak kat India ni pun boleh lagi makan capati, parota, masala dosa, egg dosa, egg puff, vege puff, samosa dan macam-macam dosa lagi. Dosa tu tosai kalau kat Malaysia. Ohh betapa ku merindui mu Malaysia. Tunggu la kepulangan anak perantau ini bulan 9 nanti ye. Nak bedal makanan Malaysia banyak-banyak.
Disebabkan sudah mengantuk, maka saya letak la gambar makanan di post ini. Koleksi makanan yang saya makan di bumi India. Ayat nak skema saje je kan.
Ni ais kepal Go Gola. Boleh campur perisa apa yang kita nak. Sedap boh! Tapi manis -_-
Ni burger kat Chili's. Nama apa lupa dah
Ni gobi manchurian. Gobi tu kobis bunga. Favourite sangat ni tapi takleh makan byk sbb ni bole buat thyroid level rendah. Sebab segala family kobis ni goitrogen!!! -_-
Ni chicken beriyani meal and sekali dengan capati (?) Kuah putih tu ape tah tapi sedap
Yang ni set combo. Kanan tu masala dosa. Kiri kembung tu poori. Yang putih dalam kari tu Idly saiz kecik. Yang macam donut dalam kari tu Vadaa.
Ni chicken kabab
Gobi manchurian lagiiii. I've told ya I super like this one
Egg fried rice
Ni desserts makan dekat Mainland China MG Road.
Ni itik masak ape tah. Kat Mainland China Orion Mall
Ni Thai fried rice. Banyak sangat boleh kongsi 2-3 orang
Ni Tandoori chicken steak dekat Ice spice
Ni apa tah nama dia tapi dekat 20feet high. Gatai orang tu buat love dekat straw saya -_- orang lain taknak buat pulak
Chocolate cake dekat 20 feet high. Takmau tulis I love you ke tempe? LOL
Andra Pradesh chili chicken dekat Mantri Mall. Basically cili hijau je wei. Pedas level 8 tapi sedap.
Ni milk tea kat Lan Thai. Orang Malaysia panggil teh ais. Haha
Ni beef masak apa tah dengan rice. Pakai pilih je tak penah nak ingat nama apa -_-
Yang gelas kecik tu Chai. Ala macam teh tarik je tapi tak tarik. hehe. Mangkuk kecik tu kuah dhal.
Ni poori. Sekali tiga dalam 1 pinggan. Kan dah kata Indian sini makan banyak. Ni dekat Pai Vihar sebelah hospital posting saya. Selalu nampak doktor makan sini
Ni somtam udang dan sotong. Terbaik sangat!
Ni kat Krispy Kreme. Yang original glazed terbaik sangat tapi tiada dalam gambar.
Ni nama apa tah kat ice spice.
Ni pun kat ice spice
Malangnya tak ingat sangat nama menu yang di oder -____- pakai pilih je and nama depa pun megah2 so susah nak ingat. Ni je yang mampu letak. Letak banyak2 jenuh nak scroll sampai bawah. Yang besnya dok India ni sebab ada nasik, mostly depa vege and kalau non-vege pun depa tak makan pork maka senang nak dapat makanan halal. Tapi jaga-jaga jugak dengan arak ok. Kedai mahal je la kot. Kat tempat lain dengar cerita susah nak dapat nasik. Kat Europe la kot. Syukur. Tula mai dok sini naik terus berat. Hoih mendadak naik kot time first year. Sampai sini saja kita menjamu mata dengan kenikmatan makanan. Nomnom kan suka makan. Omnomnomnomnom.
Alamak perut bunyi2 dah ni. Haaa -____-
No comments:
Post a Comment