Monday, January 28, 2013

Oh eye bags *nanges*

Baru perasan yang eyebags mcm bag luggage dah. Huwaaa nanges :'( camane nak hilangkan ni? Tulaaa kecik-kecik dah kuat setadi (mcm tipu tapi ok betul la tu tido lewat sangat dulu). Ke banyak tengok tv? Ke byk nangis? Teori banyak nangis tu betul la kot. Sobss. Ah biarlah eyebags ni. Nak buat camane orang dah tak lawa. Hueh.




Ni la eyebags. I guess left side is more prominent. iskk T__T

Well baju OT macam-macam version ada. Kahkah tergelak tengok dah macam pengawas. Baju OT pinjam ni. Lupa pulak nak bawak tadi. Liza tak beretika. Dah jangan kawan dengan saya.




Saturday, January 26, 2013

Kenikmatan itu

As salam..

Kenikmatan itu kenikmatan apakah? Ceritanya bermula dimana seorang kawan sedang tanya-tanya saya. Macam taaruf la gitu. Bukan taaruf nak kawen tu ye.

Kawan kita : Liza liza.. awak tak makan buah ape ye?

Kita kita : Liza tak makan durian, langsat, duku, rambai, tembikai merah, mangga masam, nenas dan list goes on. Certain buah je makan.

Kawan kita : Laaa yeke liza hoii. Hilang kenikmatan dah tu.

Kita kita : Alaaaa hilang keee?

Kawan kita : Makan laksam tak?

Kita kita : Tak. Tak sedap pon. *senyum kambing*

Kawan kita : Lizaaaaa apekah ini. Banyak sangat nikmat makanan hilang. Banyak jugak makanan yang liza tak suka ye

Kita kita : Eh betul la. Suka makan tapi banyak betul benda yang tak makan jgk. Suka makan banyak koottt

Kawan kita : Tau dah liza camane. Hee

Kita kita : Cemane ye?




(Jikalau ada yang tahu saya cemana memang dia hebat sebab saya pun tak berapa nak paham diri ini. huehehe)

Makan itu nikmat. Ye betul la tu nikmat. Tetiba teringat surah Ar-Rahman. Hee suka sangat surah itu dan maksudnya :D Makan pun nikmat Allah ye dok? Memang diri ini suka makan tapi baru tadi tersedar yang banyak je yang tak makan. Memang tak berapa sangat dengan buah and prefer sayur lagi, tak minum air gas or manis sangat sebab suka air mineral, ada certain makanan tu ikut tekak jugak la. Tapi tapiii memang takleh resist la kalau benda yang diabetes seperti kek coklat, pastries, aiskrim coklat ( vanilla out! ) dan pelbagai lagi. Mana tak gemok mok mok :'( Badan ni jenis takleh makan full 3 meal. Japgi mula la aihh aihhh *nangeh*

Tapi disebabkan tak memilih makan sangat maka tercampak kat India ni pun boleh lagi makan capati, parota, masala dosa, egg dosa, egg puff, vege puff, samosa dan macam-macam dosa lagi. Dosa tu tosai kalau kat Malaysia. Ohh betapa ku merindui mu Malaysia. Tunggu la kepulangan anak perantau ini bulan 9 nanti ye. Nak bedal makanan Malaysia banyak-banyak.

Disebabkan sudah mengantuk, maka saya letak la gambar makanan di post ini. Koleksi makanan yang saya makan di bumi India. Ayat nak skema saje je kan.



Ni ais kepal Go Gola. Boleh campur perisa apa yang kita nak. Sedap boh! Tapi manis -_-


Ni burger kat Chili's. Nama apa lupa dah


Ni gobi manchurian. Gobi tu kobis bunga. Favourite sangat ni tapi takleh makan byk sbb ni bole buat thyroid level rendah. Sebab segala family kobis ni goitrogen!!! -_-


Ni chicken beriyani meal and sekali dengan capati (?) Kuah putih tu ape tah tapi sedap 


Yang ni set combo. Kanan tu masala dosa. Kiri kembung tu poori. Yang putih dalam kari tu Idly saiz kecik. Yang macam donut dalam kari tu Vadaa. 


Ni chicken kabab


Gobi manchurian lagiiii. I've told ya I super like this one


Egg fried rice


Ni desserts makan dekat Mainland China MG Road.


Ni itik masak ape tah. Kat Mainland China Orion Mall


Ni Thai fried rice. Banyak sangat boleh kongsi 2-3 orang



Ni Tandoori chicken steak dekat Ice spice


Ni apa tah nama dia tapi dekat 20feet high. Gatai orang tu buat love dekat straw saya -_- orang lain taknak buat pulak


Chocolate cake dekat 20 feet high. Takmau tulis I love you ke tempe? LOL


Andra Pradesh chili chicken dekat Mantri Mall. Basically cili hijau je wei. Pedas level 8 tapi sedap. 


Ni milk tea kat Lan Thai. Orang Malaysia panggil teh ais. Haha


Ni beef masak apa tah dengan rice. Pakai pilih je tak penah nak ingat nama apa -_-


Yang gelas kecik tu Chai. Ala macam teh tarik je tapi tak tarik. hehe. Mangkuk kecik tu kuah dhal.


Ni poori. Sekali tiga dalam 1 pinggan. Kan dah kata Indian sini makan banyak. Ni dekat Pai Vihar sebelah hospital posting saya. Selalu nampak doktor makan sini


Ni somtam udang dan sotong. Terbaik sangat!


Ni kat Krispy Kreme. Yang original glazed terbaik sangat tapi tiada dalam gambar.


Ni nama apa tah kat ice spice. 


Ni pun kat ice spice


Malangnya tak ingat sangat nama menu yang di oder -____- pakai pilih je and nama depa pun megah2 so susah nak ingat. Ni je yang mampu letak. Letak banyak2 jenuh nak scroll sampai bawah. Yang besnya dok India ni sebab ada nasik, mostly depa vege and kalau non-vege pun depa tak makan pork maka senang nak dapat makanan halal. Tapi jaga-jaga jugak dengan arak ok. Kedai mahal je la kot. Kat tempat lain dengar cerita susah nak dapat nasik. Kat Europe la kot. Syukur. Tula mai dok sini naik terus berat. Hoih mendadak naik kot time first year. Sampai sini saja kita menjamu mata dengan kenikmatan makanan. Nomnom kan suka makan. Omnomnomnomnom.

Alamak perut bunyi2 dah ni. Haaa  -____-

Saturday, January 19, 2013

Tired

I'm tired of being me. I'm tired being like this. And why am I like this?

Banyak sangat dugaan melanda. Penat, sangat penat. Nak ignore segala masalah boleh?

Banyak sangat air mata keluar. Boleh tadah jirus pokok tak?

Bila nak jadi optimist macam-macam la nak jadi. Nak jadi pessimist boleh?

Orang kata hidup ini sukar. Memang betul pun kan?

Serabut sangat la kepala ni. Rasa nak balik Malaysia boleh?

Rasa ada masalah anhedonia sudah. Boleh jadi pesakit psychiatry ke?

Masalah terjadi sudah melebihi 2 minggu. Depression ke hah?

Lately rasa tak kuat, lembik, lemau, dan lain-lain. Dah macam biskut masuk angin.

Senang cakap tapi susah nak buat. Kan kan?

MUNGKIN INI STARTING POINT. SUDAH TIBA MASANYA. LETS MOVE FORWARD. O ALLAH, PLEASE GUIDE ME :'(


p/s : tolong jangan annoy dengan segala post duka lara penuh perasaan. berperasaan lebih orang kata.

Saturday, January 12, 2013

Sabtu oh Sabtu

It's not the usual Saturday. Saya pergi hospital seawal jam 9 pagi. Haha takde la awal benor. Hajatnya mahu teman kawan sebab dia ada benda nak buat. Hari Sabtu yang tenang, takde student lain, orang memang ramai.

Casualty takde patient sangat. Yang ada pun pesakit kena langgar. Luka sikit je. Then move on to labour room and NICU. NICU ada la 3 pre-term babies and 1 term baby. Dalam labour room ada 40+1 weeks term baby LSCS pagi tadi, berat 3.9 kg. He is baby boy. Baik sungguh. Apa lagi eksited kemain :D


Kemain kan? Baby kan bau sedap. Hehe. Baik je baby ni tak nangis. Rasa nak bawak balik tapi mak dia kat sebelah tu. Nasib cakap bahasa melayu takde la mak dia nak terasa sedih ke ape. 


Kesian baby nak tido. Meh la doktor letak balik kat kat katil tu. 

Dah jadi babysitter pulak dengan Sarina. Atur selimut la, bedung dengan kain la. Kesian baby tergolek kiri kanan. Maaf la sebab kite takde skill. Muahaha. Kite suka tgk awok hisap jari. Kite buat la rooting lepas tu awok mcm nak hisap jari kite pulak. Awok lapar lagi yeh? Lepas tu nak buat Moro reflex tapi awok ngantuk dah. So tak jadi. 



Lepas tu masuk ICU. Takde banyak patient tapi ade la sorang tu doktor tengah buat Endotracheal (ET) intubation. Sekali flat line muncul kat monitor. Hamek kau kelam kabut semua. Sape suruh masukkan ET tube lama sangat. Sampai berdarah gigi patient tu. Patah la kot. Doktor dok buat CPR. Haa seram kau! Lepas tu cakap kat Sarina, eh kite salah tengok monitor ke? Monitor tu la yang ade wave tuu. Hahaha. Parah kau liza. Well kat monitor lagi 1 tu pun macam nak flat line jgk kottt. Ayat taknak kalah. Konfius dah banyak sangat monitor nak tengok. 

Balik je singgah minum coffee jap. Akhirnya jumpa cafe macchiato!!! Yeayy. 


Taktau la nama kuih tepi tu. Macam bahulu. Dasar kampung bak kata Sarina. Haha

Wednesday, January 9, 2013

My memory

Tengah tunggu kawan ajak keluar makan, tiba-tiba terbukak la 1 blog ni. Post dia siap ada background music gituu. Dah lama jugak tak dengar lagu ni. Even dengar piano instrumental pun dah tau yang ala-ala feeling sedih. Zaman mula-mula layan korea. Tajuk post ni my memory sebab lagu kat bawah ni. Epic jugak kisah cinta ni. Well, kalau jodoh tak kemana ye dak? Kau pergi oversea ke, hilang ingatan ke, bercinta dengan orang lain ke kalau dah jodoh kau dengan someone tu tetap la jodoh.




This song reminds all the memories I had 11 years back. Now I am 23. How time flies really fast. Masa tu ada la ramai kawan. Tapi disebabkan bukan zaman teknologi, maka pakai tulis biodata and nombor fon rumah je makanya hilang la kan. Masa sekolah rendah saya rapat jugak dengan Nazhrah. Lepas tu masuk darjah 6 cikgu letak duduk sebelah Amir -__-" .Cikgu memang biased, kawan-kawan pun. Saya ingat lagi geng-geng pengawas (which is confirm la hot sebab cikgu pilih based on appearance) tak kawan sangat dengan saya. Saya kawan dengan budak-budak belakang. Amir is kinda hot (at that time) and habis je UPSR dia terus kawan dengan geng pengawas. Basically orang tak kenal sangat saya sebab muka dah lain (maybe?). Ohmai dulu sumpah serabai and entah la. I just don't have the typical women affections (perhaps?)  Derr 12 years old dah fikir affection? HAHA. No lah, just kidding! Lepas dapat result UPSR saya masuk form 1 dekat SMK Dato Bijaya Setia. OH GOD! that school memang teruk. No offense. Saya kawan je dengan budak-budak nakal tapi tak terjebak la kan. I am very matured at that time. Syukur! 3 bulan lepas tu masuk sekolah convent. Time tu kan sibuk-sibuk orang masuk boarding school. Time tu saya nak mintak jugak tapi takut tak dapat nak sesuaikan diri. Kat convent la saya jumpa Sarah & Mariam. Mereka baik sangat :'( rindu pulak. Sekarang masing-masing busy. I love uolls till jannah (heart). 

Dan mula la kenangan-kenangan kanak-kanak ribena menyentuh hati dan perasaan. Yela dulu-dulu cakap tak sabar nak membesar tapi bila dah membesar alahaiii rindu zaman kanak-kanak. Lately pun kerap teringat bestnya kalau kita kenal dari dulu? Kenal in term maybe kau kawan dengan someone padahal banyak je similarities and probabilities yang kau boleh kenal dia dari dulu. Did u get what i mean? Tapi perancangan Allah tu yang lebih baik. And mungkin kita akan stumbled upon with this type of question "If we met each other today, would we become friends?" By the way, I am grateful to know you now. Maybe our friendship began just a few years ago compare to your other friends which nearly a decade. Kita mungkin selisih dulu-dulu, maybe pergi kedai ke yawata ke pasar ke tapi dah tak kenal kan. Saya ada je pergi sekolah awak dulu sebab saya masuk Choral Speaking. Time tu jumpa lagi dengan budak-budak lain, tapi still saya tak kenal awak kan. Mungkin, ada je kita pergi makan kat kedai makan yang sama, pergi tesco yang sama dan lain-lain. 

Kalau saya nak kawan dengan awak dari sekolah rendah, awak nak kawan dengan saya tak? Saya selalu jugak pergi perpustakaan pinjam buku. *tetiba*


Ni sekolah kita kan? :)) Jom masuk sekolah rendah balik ! OK lawak sajer


Saya rumah Juara dulu. Awak? 


Amboi dah maju. Dulu zaman kita mana ada bumbung kat tempat perhimpunan ni kan awak?


Awak bestari, saya efisien. Cebik muka budak tu. Haha



Alahai rindu tesco. Selalu beli potato bun yang murah tu


Awak pergi Giant tak? 


Selalu jugak saya pergi sini. Saya tak jumpa awak kat kedai santan pun :(


Pasar malam ni pasar malam favourite saya :)

Then, saya masuk satu universiti swasta ni buat foundation, sekarang baru saya tahu yang awak pernah belajar kat situ jugak. Saya naik bas merah, awak naik bas rapid ye? Hihihi. Takpe la awak ada duit, saya naik bas free je kot :)) See? banyak sangat tempat yang boleh jumpa tapi tak jumpa-jumpa jugak. Alahai.. kalau saya tau saya boleh sekeh and buli awak puas-puas. Hiks.


Ni je gambar yang jumpa dan malangnya dah terbakar. Awak suka tak? Hehe



Kesian awak naik bas rapid :P

Sudah lah mengingati masa lampau. Biarkan ianya berlalu. Cewahhh. Takpe sekarang pun much better than dari tak kenal langsung ye dak? I just hope no matter what happen, we will still be friends. Jangan lupa saya walaupun awak banyak lagi kawan lain. Kalau awak sakit, datang la dekat hospital yang saya kerja nanti. Kalau isteri awak nak bersalin pun datang jugak tau. Kalau papa dan mama awak sakit pun datang jugak. Kemain saya kan padahal awak boleh pergi private hospital. In case kalau saya lupa awak, ingatkan la saya. Hee. Kbai.

Post ini sungguh tak berguna. Dok ingat masa lepas macam la doraemon wujud nak kasi mesin masa kat saya.

Wednesday, January 2, 2013

Beauty (?)

Something really opened my eyes widely. Something that I really wanna do it, instead one of my resolutions is to be BEAUTIFUL. Inside out preferably.

What is the definition of beauty to you?

What is/are the main criteria(s) to be beautiful?

My doctor once said that people nowadays think that if that person is beautiful then he/she is successful, in which this statement might go wrong. They tend to do all kinda plastic surgeries to fix what-they-might-think-not-beautiful. Sounds scary but the truth is they should be consulted with psychiatrist first. One more, people always and always think that having a fair, smooth? and non-acne face is beautiful. Media is just too overwhelmed with all those ads just to make all these people(especially girls) to spend money on all sorts of creams.




Maybe I should change my resolution. I don't care what people might think of me, because I am who I am. I know that I'm not that beautiful but I can change my attitude to be beautiful so that everyone is happy with me, near me and having me in their life. Be thankful on what we have today, and the day after. Sometimes we just don't realized how lucky we are until Allah take it away from us. And lastly, beauty lies in the eyes of beholder. So girls, be who you are and confidence is the key. Change your attitude. I'm saying this to myself too.

This is only from my perspective.