Soalan common 'dapat berapa A?' tu bukan setakat mommy daddy tanya, jiran sebelah rumah pun sibuk-sibuk. Kawan-kawan abang kakak makcik pakcik atok nenek semua nak tanya. Sampai rasa malu nak cakap. Part kenduri pun sama jugak. SPM sangat dibanggakan oleh semua orang. Tak paham. Kalau berjaya SPM tak semestinya berjaya di universiti atau lebih penting di akhirat kelak. Allah tak pandang pun slip SPM kita. So takyah la sedih-sedih kalau dapat result tak kena dengan target. Yang penting usaha berterusan. Dapat result okay lepas tu lenggang kangkung dekat uni pun tak guna jugak.
Ok lah. Tu saje nak tulis. Tak online sangat sebab balik je penat. Posting medicine sangat memenatkan. By the way ada sorang doktor ni suka sangat ambil berat pasal saya. Hee. Sedih pulak kalau tak tahu time dia tanya. Maka ayuh berusaha la kan.
No comments:
Post a Comment