Kadang akal ini terfikir yang TOLONG LAH JANGAN HIRAUKAN AKU. Bukan dalam D&T tapi dari segi jahiliyah. Jahiliyah mainan perasaan. Benarlah orang kata jangan perasan. Tak ingat kisah mana tapi pada zaman Rasulullah dahulu ada la kes puji-pujian dan orang yang dipuji tu marah. Yela kalau dipuji depan-depan tak ke jadi sedikit riak disitu? Kau perasan kau hensem. Kau perasan kau cantik. Kau perasan kau memiliki hidung yang mancung. Tapi itu semua bukan kau yang punya. Paham? Ada sebab kenapa kita diciptakan begini. Dan kau, yang terjerumus dalam lembah maksiat tolonglah jangan menarik saya lagi. Semua orang fikir maksiat itu perkara-perkara keji walhal ianya bermaksud penderhakaan atau perbuatan yang menentang, melawan dan tidak taat kepada Allah. Paham tak? Kau dating tu pun maksiat. Kau couple pun maksiat. Kau tak solat sah-sah la maksiat jugak tu. Manusia ni macam-macam, ada yang begitu ada yang begini. Ada yang kita boleh masuk, ada yang kita tak boleh masuk. Tapi sampai bila nak judge orang. "eh Kiah (bukan nama sebenar) kau ni tak pandai so takleh kawan dengan aku" kata Aminah (bukan nama sebenar juga). Amboi suka benor ye judge orang. Kalau kita buat baik pun orang kata jugak. Well mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Pepaham saje. Itu pasal Allah menciptakan dua mata dua telinga dan satu mulut supaya kita banyakkan melihat dan mendengar tapi kurangkan bercakap. Okay diri sendiri un bercakap sampai mengah so lepas ni boleh la kurangkan. Insha Allah. Disini nak menegaskan bahawa manusia ini perlu ada sikap " Be analytical not judgemental " Come on lah, kau agak-agak kalau kau perangai macam ni kau boleh maju? Tu belum lagi resolusi untuk ummah. Pongpang pongpang cakap tapi tak buat pun tak guna jugak. Let us be the person who 'action speaks louder than words'. Dan sampai bila kau nak berada di comfort zone itu dimana kau tak perlu susah-susah mencari ilmu. Alasannya, harta mak bapak I banyak lewww. I tak perlu la nak usaha lebih sangat ye dak? Abang kakak semua dah kerja. Toknek tokwan ada sawah bendang berhektar luasnya. Perghhh kaya wacakapsamalu. Maybe not being born with a silver spoon itu lebih memberi ketenangan kerana ianya mengajar kita erti susah. Bila susah insha Allah kita mencari Allah. Di situ tarbiyah itu berlaku dan kita memandang semua dengan kaca mata Islam.
Mungkin sudah sampai untuk kita serius. Serius dalam segala hal. Hal makan pun dimasukkan sekali. Yela kalau tak serius kau makan makanan tak berkhasiat nanti. Minumlah susu Ensure. Eh? Serius menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, serius dalam urusan dan macam-macam lagi. Kau ingat dunia ni segala-galanya? Kau tak nak berusaha ke dapatkan syurga? Memang la orang akan cakap macam-macam kalau isu ini. Tapi as a Muslim, we deserve Jannah itu. Buatlah kebaikan, ajaklah orang lain dan sebarkanlah. Terkadang itu, pada masa kita ingin membuat kebaikan maka datanglah ujian. Jadi positif ini bagus tapi kena la fikir disebaliknya. Positif berlandaskan ketuhanan, dimana kita fikir Allah ingin mengajar kita sesuatu. Bila dah tahu perkara yang perlu dibaiki itu maka berusahalah. Diri ini cepat emo kalau orang yang malas nak usaha. Nak dapatkan sesuatu tapi pemalas ya amat, ibarat seperti nak Ferrari tapi taknak kerja. Kes lain kalau kau anak orang kaya. Kau kaya, lantak kau. Kaya dunia tak bermaksud kaya di akhirat.
Panjang jugak dok tulis. Sebenarnya penat baru balik program. Dah la penat, diuji pulak dengan sesuatu. Bila penat saya tend to irritate easily. Agak-agak la kan nama takda dalam list baucer buku tu. Den nak jugak shopping buku. Orang lain yang dah ambil kat Shah Alam pun still ada nama baucer diorang kat India ni. Apa kes? Orang yang handle tu dah balik Msia lepas tu dia boleh cakap 'kalau nama yang takda tu takleh nak buat apa' ni lagi apa apa kes? Siap kau unibersiti bunga raya kalau takleh jugak balik Msia nanti den serang unibersiti bunga raya ini. Harapkan bangunan je dah lawa. Ni la orang Melayu, bukan nak tolong bangsa sendiri. Kau agak-agak la kan kalau yang takde nama dalam list baucer tu guna akal please nak pelik sikit. Kerajaan pilih-pilih student ke. Ke saya ni bukan student medic. Eh tapi elaun, matric no, slip exam semua ada. Apa ini semua? Bukan saya seorang, ramai lagi. Walaupun den tak guna sangat tapi den nak kasi adik den la yo.
Siapa-siapa nak kutuk ke komen ke takyah la. Kalau takda orang baca belog ni pun lagi bagus. Penulisan terabur. Typo lagi la. Takpe each one of us pun tak perfect. Gelakkan saya, saya tak kisah. Kisah hidup saya lucu bagi awak, tapi bukan bagi saya.
Sekian wasalam.
No comments:
Post a Comment