Saturday, December 29, 2012

Friday, December 28, 2012

Break even


The Script - Breakeven (reupload)

The Script- Breakeven 






It hurts my pride, it hurts my feeling, it hurts my body, it hurts my soul. It hurts me the most. 

Thursday, December 27, 2012

BAD DAY

Saya rasa budak-budak kat Primary Care Centre tu je yang menceriakan hari ni. Yela hari ni kan Immunization Day. Macam-macam perangai boleh tengok. Alahai comel sangat mereka ni :)

Hari ni saya sedih. Sedih sangat. Takpe la awak taknak kawan saya lagi. Saya tau awak gembira sebab awak ada ramai lagi kawan lain. Kawan-kawan awak sayang awak. And more importantly someone whom u care and love pun ada dengan awak. Saya tak penting pun. Tu pasal la awak ignore saya. Sedihnya. Tapi saya tak boleh nak paksa orang. Kalau awak baca (which saya tau awak baca), SAYA NAK MINTA MAAF. SAYA TAU BENDA SEMALAM TU MACAM EXTREME SIKIT. SORRY IS THE BEST WORD I COULD USE AND SAY TO U. Tapi awak pernah cakap yang awak tak pernah nak marah or nak sentap dengan saya. Baguslah. Maybe saya ni tak worth untuk awak marah or sentap. 

Lastly, be happy, jaga kesihatan, jaga diri elok-elok, makan makanan berkhasiat, hormat parents, abang-abang dan sedara-mara, and all the best in life. One more thing, don't force yourself if you really don't want to. Your silence makes a thousand thought inside my brain. 


Sunday, December 23, 2012

WHAT IS LOVE ?

I don't know the exact answer but for me love is when you can feel something with your heart, and your soul. Love is everything, ALLAH, family, friends, pets, nature, etc. You can't live without love. 

Cewahh kemain tulis gini. Bila doktor Vinod tanya semua diam. Heee. Love can hurt you the most you know. Lepas ni nak jawab dekat doktor Vinod camtu. Ah malas nak cerita panjang-panjang. Takde idea actually. 





Just remember... every broken heart can be healed, and every tear can dry. Never lose hope, keep holding on. 

Friday, November 30, 2012

The Stuff - Lisse Lindh

when a man loves a woman, he gets to her, into her and onto her
when a man loves a woman, he knows just what to do
when a man loves a woman, he treats her good, he touches her and tells her things
when a man loves a woman, he knows just what to do
give me the loving, give me the feeling, give me the touch
give me the movement, give me the sorrow, give me the stuff
when a man loves a woman, he breaks her down he steals her lust and wears her out
when a man loves a woman, he knows just what to do
when a man loves a woman, he beats her up, abuses her and breaks her heart
when a man loves a woman, he knows just what to do
give me the loving, give me the feeling, give me the touch
give me the movement, give me the sorrow, give me the stuff

The lyric is psycho (I guess) but I love the rhythm. Heee. Maybe I'm in Psycho posting now, so I tend to interpret things in a psychotic way (what???). Haha. Why would you want to beat her, abuse her and break her heart if you like her? Such a bizzare way of loving someone. Well, I don't know how it goes but abusive love definitely a NO NO to me. 


Sunday, November 25, 2012

Hujung minggu yang berpoya-poya

Al maklum la lepas EOP dok berjimba tak hengat dunia. Semalam pergi tengok Breaking Dawn 2. Sebenarnya bukan peminat setia twilight tapi tengok jugak sebab kawan ajak. Haaa hamek kau terus demam cite tu pastu balik rumah dok feeling-feeling sedih, nak nangis sebab cite tu dah habis. OST dia toksah habaq la cheesy wedges and sweet sampai boleh kena diabetes. Kalau sapa-sapa nak kawen tu boleh la buat guna tema lagu ni. Heeee XD



Tukaq sikit lyric tapi tak banyak pun. Still sedap and more sedap i think. I'm on team Edward la of course tapi Jacob pun i suka jugak. I suka jugak Emmett, Jasper, and Alice jugak. Aihh banyak sangat dok suka ni. Lepas tu pergi pulak Mantri Mall teman kawan beli langsir. Balik rumah dok layan movies banyak gilos. Bila masa nak setadi pun taktau. 

suka sangat part : 

How can I love when I'm afraid to fall 

cewah bajet nak stay strong till the end. Stay strong ape, obstacle pun takde. Hahaha. For the future I guess, lemme be strong. Boleh la nyanyi lagu ni sampai nausea :D

Thursday, November 22, 2012

Post EOP exam syndrome

EOP stands for End Of Posting. So both my postings dah habeh uolss. Semoga markah okay sajaaa especially my Orthopedics la of course. Tolong la tak menjiwai sungguh. Dulu time 2nd year Pathology bole tahan je lagi belajar all those pathological joints and bones. Ya Allah.. tolong hamba mu iniii. And tadi tiba-tiba ada lagi 1 short case emergency medicine kena buat. Doctor suruh buat esok tapi semua nak buat harini. Kemain confident kan. heee. Saya dapat kes head injury budak umur 2 taun. Okay la not bad. cewah padahal Glasgow Coma Scale terlupa pulak. 

Lepas ni posting Psychiatry. Hip hip hoooraaayyy!!! haha takde la nak hooray sangat sebab nanti amek kes dok tanya-tanya macam polis. Sampai I got confused which questions should I ask first haaa? Kena pergi Spandana Rehab Centre, masuk OPD, ikut ward round if ada patient dekat hospital tu, etc.

Actually tak tidur lagi dari semalam. But now I nak tengok cerita hindustan ni :



Tengok-tengok cek ter-miss copy pulak. haaa ape ni :( maka tengok cite Salam Namaste dulu la ye. Tak sabar pulak nak tengok filem baru Shah Rukh Khan. Dah la duduk di bumi tempe, layan SRK lagi tuuu. Hahaha. Nak tengok kat wayang takda subtitle english pulak so terpaksa download la. Yeahh mari tengok movie banyak-banyak. Sekali sekala taknak layan korea pun bagus jugak. Drama korea typical sangat. 

Sunday, November 18, 2012

No title


I like Kelly's version more than Adele and Bonnie Raitt.







Wednesday, November 14, 2012

Cafe Latte

This post is not about cafe latte but actually about my recent favourite song. Because I like coffee and food (of course) so no wonder la kan. This is more into heart broken's song but nevermind bebeh.




Is it the same between makiato and shakerato? 

Monday, November 12, 2012

Happy Diwali

Happy Diwali or Deepavali or wat ever lah kepada seluruh tempe-tempe sekalian.

Saya pun tak sure apesal tiba-tiba kelas ada esok ni haa? Lepas tu saya ada seminar pulak sebab kawan yang suppose buat seminar tu ada hal. Takpe la lagi cepat abes lagi bagus. Makanya esok beraya di hospital sajeeee. Oh sedih. Daku berharap brother (nurse lelaki) yang suke sangat dok kenyit-kenyit mata (ape masalah pun taktau) tu berikan daku muruku, ladoo dan manisan yang sedap-sedap (berharap la sikit). Muehehehe. Brother tu punya bulu mata cantik (ah sudah) :D

Ni bunyi mercun kuat sangat. Memandangkan saya dekat apartment yang penuh tempe maka saya tidak lah berani keluar. I lemah semangat uolls. Ingat lagi kes masa 1st year menangis sebab bunyi mercun. Dulu duduk tingkat 4 lepas tu atas tu rooftop lepas tu senior-senior lelaki dok main mercun kalah tempe. Bunyi kemain macam dekat Palestin (macam je la kot). I pun menyorok bawah comforter sambil menangis takut asyik terkejut je. Perempuan sangat kan..


Berharap doktor semua mood baik je esok. Hoi sedih pulak sebab ade kawan dok ajak meraikan diwali ini, daku pulak kena buat seminar esok :'(

Sunday, November 11, 2012

Cita-cita sampingan

Rasa macam tamak je nak ada cita-cita sampingan. Macam sempat je kan. Takpe kalau tak sempat kita jadi boss suruh orang datang jenguk je. Haha sangat bersungguh-sungguh.

Ni la cita-cita sampingan saya :

TO OPEN A BAKERY SHOP!!! ^__________^ 


Tapi bukan bakery sahaja, sekali dengan coffee house. Gabung dua-dua dan ada tempat lepak skali wifi. Lepas tu ada ruang baca buku, majalah, komik etc. Nak bukak kedai yang cute, kek yang cute-cute yang customer bole customize. Lepas tu ada cupcakes, macaroons, pavlova, etc. 


comel jugak nama bake-a-boo. Takpe nama nanti fikir tapi suka nama Vanilla. Hehe. Kalau i ni omputih dah lama letak nama anak Vanilla. Kesian anak jadi mangsa mak suka makan. Lagi sorang letak nama Coco sebab nama chocolate peliks sangat. Haha


Interior pulak nak macam ni :


Takde la sserabut, sejuk je mata memandang. Tapi besar sikit la kan sebab nak sekali dengan coffee house.


Pelbagai pastries ada. 

cup cakes


Cute cupcakes untuk menarik perhatian pelanggan. 

Pcb2


Packaging kena menarik jugak.


Kyaaa comel sangat bunnies ni sampai tak sanggup makan. Eh sanggup je. Hehe




Ni efisien sangat. HAHAHA bole la letak macaroons cupcakes biscuits doughnuts etc.


Kek letak camni jugak. 


Wedding cakes pun ada jugak. Yang biasa-biasa and unik macam dekat atas ni. 

Okay buat lapar saja. Nak belajar baking pun tak sempat. Ni semua sebab drama jepun Rebound. Kreatif jugak kek dia and kek last tu unik sebab pakai tonkatsu. Kita takleh la makan tonkatsu, kita ganti dengan ayam. Wah wahhh kek ayam. Hahaha. Tapi disebabkan saya gemoks dan student yang takleh makan manis sgt atas sebab tertentu maka saya nak jadi partner je la. At least tercapai la jugak kan cita-cita sampingan ni.  Agak-agak kejam tak bukak kedai ni berdekatan hospital/klinik? Hiks :P Gambar coffee house tak letak pulak tapi nak buat ala-ala Starbucks la. I suka coffee dan bau coffee uolls :D (except Americano sebab macam kopi-O)


Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

Update Hari ini

Ola peeepsss... tiru trademark Say (senior saya yang kacaks dan tough duta Herbalife). ekekeke. Senior dekat MRSM sekali tu. eheh baru nak mengaku senior tu. Harini hari yang best jugak. Syukran Ya Allah :)

Saya ada presentation elective posting dekat Baptist Hospital tapi tak jadi atas perkara tertentu. Maka saya dan Amira pergi la dekat labour room Baptist Hospital tu. Padahal bukan hospital posting kitorang pun tapi memandangkan kitorang selalu sangat pergi labour room situ, so jadi routine pulak tiap kali datang sana. Ahaha. Labour room's fans. Lepas tu dengar macam ada orang nak beranak (sopan sikit guna bersalin). Maka kami pun melihat dengan tekun takleh assist takut kena marah and infection la of course! Ganaih ye doktor arini dia marah-marah makcik tu. Maybe akak kot sebab dia macam tak reti push. Yela mana nak reti push kalau primigravida (anak first). Doktor pun inject LA then episiotomy!!! perghh ni part paling kecut.   Doktor tu buat medio-lateral episiotomy. Time tu macam fikir kejap kesian kan mak kita dulu lahirkan kita dok jerit sakit pastu kena gunting camtu. T___T sayangi ibu anda selagi mereka masih ada.


Kesian pulak tengok akak tu jerit-jerit. Kesian jugak dekat pesakit lain dalam labour room tu. Mesti dok risau fikirkan nasib masing-masing. Agak-agak la dorang ni kan, buat la tempat private sikit kalis bunyi so that takde la macik-macik/akak-akak lain tu nervous. Lepas tu kalau dekat sini takde pulak tengok si suami teman si isteri bersalin. Ke takleh masuk tu taktau la. Pesanan buat si suami, tabah la ye kalau pegi teman. Silap-silap korang pengsan takpun cukup la sorang je anak tu. ahahaha.

Lepas tu baby keluar. yeayy lega tengok baby selamat nangis kuat. Ye nangis tu sebab nak mulakan respiration. Good job baby! :)


Teriak (menangis) terharu kalau baby tu cakap centu. HAHAHA


Lepas tu pergi teman Amira beli bunga segar. Nak hias rumah la tuu. Tapi sebelum tu pegi minum ayaq kelapa tepi Ramaiah Hospital. Banyak betul hospital dekat sini. Yela India kan. Lepas tu pulang ke rumah. Hujan-hujan ni dinner bihun goreng dan goreng pisang. Saya buat bihun goreng, Amira buat pisang goreng. Sungguh nikmat macam dekat tanah air XD


Cantik kan? ^^


Sunday, November 4, 2012

My pre and post SPM memories.

Well actually I don't really remember how I went through it. Okay bila kecoh esok SPM baru teringat cane eh SPM den dulu kala? Ahah! nightmare yo!

Masa dulu macam tak fokus sangat nak jadi ape tapi saya kemaruk sangat nak fly. Siap tulis besar-besar kat tepi meja kelas FLY FLY I BELIEVE I CAN FLY~~` HAHAHA. Dulu kecik-kecik cakap senang je nak jadi doktor pakar jantung. Cuba tanya sekarang? Wah wahh memang tanak la. hikhik. Lepas ada program Sireh Pulang ke Gagang tu bole plak stucked dengan booth medic students. Engineering, Sains Aktuari, Accounting (eh memang tak amek akaun pun) semua tak pandang. Then tulis lagi dekat locker DR. LIZA~ sungguh vandalisme. Tapi pelik pulak sebab saya memang tak suka Biologi. Suka Add Maths, Modern Math and Physics je. Kalau boleh hari-hari buat soalan subjek tu je. Lepas trial spm yang okay takde la bagus sangat, mintak la engineering pegi Sheffield University. Eh kecelaruan betul sebab mock interview mintak medic. Tak paham betoi. Haha. Pastu tak dapat sebab dorang nak kasi Mechanical engineering which memang tamauuu cek tak kuat sobss sobsss. Drama je tu. 


Bajet macam nak study kat UK sebab cantik bole main snow, buat ais kacang. Lepas tu time spring bole la study bawah pokok cam dalam gambar atas ni. Pastu kawan-kawan ramai mat saleh bole la nak ada British accent kan. Haih berangan. Silap-silap tak balik msia keje sana. hihi

Time SPM pulak okay la. Tapi malam nak SPM bole plak mengalami kecederaan tangan kanan. Hoih berdebar pukul 4 pagi time tu. Pukul 9 ade paper penulisan kot. Tabah je la. Tapi alhamdulillah :) Tak ingat camane study dulu-dulu. Sebab teruk sangat sampai taknak ingat mungkin. Tapi yang ingat soalan paper negeri-negeri lain, SBP, MRSM lain, sekolah cluster, sekolah harian, periksa guru besar guru kecik, daerah zon negeri etc tu memang banyak and tak terjawab. Tu nasib la Malaysia ada 14 negeri. Kalau 40?

Lepas dapat result, frust tertonggeng. Kebetulan hari tu nak balik kampung kat Johor. Amek result yg frust terus tak pandang pastu sedih sorang-sorang dalam kereta. Pergi pusara arwah mak terus cakap 'Sorry mak, I didn't make it' cewah English sangat kan. Hikhik. Lepas tu dalam hati cakap sebab result ceni macam nak amek engineering. Mintak Petronas and TNB. Tapi last-last medic jugak..Takpe la redha. Best jugak medic ni. Yela, sayang bole dipupuk. eceh :D Yang part medic India ni memang takde dalam list. Dulu mintak Ireland or Aussie. Interviewer tu salah dengar kot. Hahaha.

Tapi nak katanya, apa pun perancangan awak-awak / kamu-kamu, perancangan Allah tu Maha teliti. Saya belajar banyak benda. Which is, kita selalu inginkan kehidupan/benda macam orang lain walhal orang lain inginkan kehidupan/benda yang kita ada. Saya still ingat air mata ni tak berenti disaat surat Mara sampai yang ada negara Poland, Czech, India and Indon. Memang taknak pegi and sanggup buat asasi dekat UITM je. Dan air-air mata kepahitan belajar. cewah pahit benar la kan. 

Its okay kalau dapat result tak memuaskan (macam saya) sebab Allah ada perancangan yang kita tak nampak. Tapi nanti boleh sedar sendiri :) dan kalau berjaya sekarang tak semestinya berjaya sampai bila-bila. Prinsip yang saya yakin, semua orang pandai cuma perlu diasah (rajin dan peluang). My life pun is not sweet like others. I have the inferiority complex syndrome. Baguslah because I do hope that I'll become a humble person, muslimah and doctor :)

all the best to all spm candidates. Uolls can do it! prove to whoever u wanna prove to that u can do it. Nothing is impossible. Meh nak tuju lagu sikit :





Banyak lagi lagu penaik semangat ni. Enjoy your SPM!

Saturday, November 3, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AWAK

Extreme betul tajuk tapi itu hakikatnya. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AWAK U_U

Sampai hati tak jemput saya kan, sampainyaa hati muuu *eh ternyanyi pulak* Okay sebenarnya awak tak inform apa-apa atau kasi kad pun kat saya. Awak takmau saya sedih eh? wah bajet betul ayat. Lagi satu isteri awak cantik la. Manis gituuu. Baik tu saya taktau tapi bagi saya semua orang pun baik. Kan kannn? Lepas ni saya taktau camana perasaan saya tengok awak lagi. Yela status awak dah bertukar. Kalau saya balik Kedah mana nak tau terjumpa awak kan? Eh saya perah santan lagi la. Hikhik. Takpe awak, saya balik raya seminggu je taun depan. insyaAllah. 

Saya doakan awak bahagia disamping isteri yang jelitawan itu. Semoga kekal abadi hingga ke anak cucu. Kalau jumpa saya dekat mana-mana especially hospital tu tegur-tegur la ye. Ahah! memang dalam mimpi nak tegur bagai ni. Saya rasa nak delete je pos saya pasal awak dulu kala. Oh sungguh keanak-anakan ye saya dok post pasal awak. Nak gelak guling-guling jugak bila baca balik. Hiks :D Lastly, cepat-cepat usaha untuk dapatkan baby yang comel. Okeh babies pun lagi bagus. The more the merrier :) 



amboihh sweet gitu awak dan dia. Ahaha.


alolorr sweet la awak berdua ni. Moga kekal sampai syurga :)


cantik sangat kad kawen ni. Nanti kad kawen saya nak design ceni la. NX; N is me and X is the unknown person. Macam nak dekat-dekat jenama cosmetic NYX plak. Lols

Sebenaqnya cek setuju ja hang kawen dengan dia. Hakhak. Cek respek la hang sebab diam-diam berisi. Takyah nak propaganza sangat en. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. TAHNIAH DIUCAPKAN

Friday, November 2, 2012

What a day!

Today, I left the thing I bought in the autorickshaw. Aha!

Today, I feel sad and really bad. Ehem

Today, I woke up too early and yes I feel sleepy now.

Today, I need to prepare for elective presentation.

Today, I need to burn the midnight oil. Ohho!

What a day! But it's okay :)


Tamau sedih-sedih. Penat je sedih benda yang tak perlu. 

Tamau malas-malas. Usaha tangga kejayaan.

Tamau mengeluh. Kan tak baik tu.

Tamau fikir negatif. Husnuzon ye.

Keep on saying that you can do it! Ahah! :D

dan akhir kata :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.
Mereka berdoa " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. 2:286



Sunday, October 28, 2012

Salam Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !!! Kat sini hari raya kedua. Semalam busy beraya, harini pun sama. Harini je ada dua jemputan makan. Satu untuk batch kitorang dan satu lagi rakan-rakan Kauthar. Yang makan-makan batch tu tempe (Indian) yang suruh buat. Siap kasi 6k. Ada la isu sikit dan dia rasa bersalah. Hahaha typical tempe. Yang jamuan raya batch makan bihun sup, yang dekat kauthar makan macam-macam. Ada mee hailam, nasi impit, rendang, kuah kacang dan desserts. Desserts tak payah habaq la kan kemain meriah. Terus gemuk sampai ke muka. Pfttt

Best jugak beraya dengan kawan-kawan kat sini. Tapi tak best sebab senior takda. Juniors pun sikit and tak kenal sangat sebab kitorang kat hospital semua dan diorang dekat kolej. Lepas tu dah tahun 4 ni rasa macam  ala alaaa junior saja nak usya pun takleh. Hakhak. Okay tak baik usya ye. Sesi bergambar toksah dok habaq la, kemain posing.


Suci je muka semua orang. Ni pakai apps fairytale berkabus kabus sikit. Hahaha. Sebenarnya apps Camera 360 ultimate, tak silap la. Tak payah pakai BB cream sekilo.


Ni dekat kauthar. Can u spot me? Macam makcik makcik dok sembang. 

sekian :)



Friday, October 26, 2012

Recent favourite song

Tittle : I finally found someone
By     : Bryan Adams and Barbra Streisand

I finally found someone, that knocks me off my feet
I finally found the one, that makes me feel complete

We started over coffee, we started out as friends
It's funny how from simple things, the best things begin

This time it's different,

Dah dah dah dah

It's all because of you,

Dah dah dah dah

It's better than it's ever been

'Cause we can talk it through

Oh, my favorite line was "Can I call you sometime?"
It's all you had to say

To take my breath away
This is it, oh, I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one, to be with every night

'Cause whatever I do,

It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone,

Oh, someone

I finally found someone,

Oh 

Did I keep you waiting,

I didn't mind

I apologize,

Baby, that's fine

I would wait forever

Just to know you were mine

You know I love your hair,

Are you sure it looks right?

I love what you wear,

Isn't it the time?

You're exceptional,

I can't wait for the rest of my life 
This is it, oh, I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one, to be with every night

'Cause whatever I do,

It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone,
Barbra:
Whatever I do,

It's just got to be you

My life has just begun
I finally found someone

Thanks to someone who told me about this song. Haha. This song can make me get diabetes (too much sweet lines). I finally downloaded it in my phone. Blerghhh so addicted lah! Boleh nyanyi dalam bas nanti. But don't get me wrong, I like this song because urmm I like all love songs (trust me) and not because of boyfriend or whatever.


p/s : Happy Eid to all Muslims. India raya esok. So I can't wait to eat! Hehe. But this time no ketupat, no biskut raya, no rendang. sobsss. They decided to cook nasi tomato and ayam masak merah. Hehe. Budak-budak lelaki yang masak. Honestly, they are more talented than us (girls). Bravo!



Wednesday, October 24, 2012

Youtubers

Lately i've been so emotional.. Hahaha. Ditambah pula dengan video youtube. Apekah?

This video is awesome. Okay maybe because I like Harry Shum Jr (in Glee ofcourse!!) and Kina Granis (i like her song-Valentine). And Wongfu Production never fails to make me laugh. Phil, Wes and Ted are awesome youtubers (besides Natalie Tran from Communitychannel) :D Nat also the host for Lonely Planet tv show. I want holidaysss oh please.

This is the latest video that I think sweet (but not in Islamic version of course) Hahaha.


Postingmates

wah kelas betul ada 1 post pasal postingmate kali ni. Alhamdulillah...

gambar takde, tapi nama ada. eh apekah? haha

postingmates baru saya yang ohsem lagi rajen dan berkaliber.

1. saya (eh ehhh)
2. naima (naima baik sgt mcm kakak2)
3. anis (budak rajen)
4. aya (kakak2 jgk and sweeet sgt)
5. hawa (paling rajen)
6. dania (cool and baikkkk sgt)
7. abu ( rajen dan skema)
8. shafeez (berkarisma)

Maka minggu ni tamat la posting orthopedics. Saya sayang jugak Dr Pradeep. kekeke doktor Pradeep takut perempuan. Cakap slow je, and style tak pandang muka directly. Saya suka tenung dia lama kasi dia huru hara sikit. Jahat benar. hihi. Pastu kalau dia suruh baca, and esok konfem tanya baca ke tak. Masing2 tengok syiling. LOL. Baik je takde marah-marah. Kalau marah tu mmg salah sendiri la kan. Okay I LOVE U ORTHO! JOM SETADIIII ~~~ masuk emergency medicine minggu depan. Semoga best-best sajeerrr.

Tadi terserempak dengan Dr Piyush. Alaaa sedih sebab time Medicine dulu dia kena hantar tempat lain. Posting medicine lambat lagi ni :( Tadi nampak Dr Ankit jugak. Hehe doktor skema and penah kena tegur sebab tak datang ward round petang. hueehhh. Okay insaf. hihi.. dulu third year lain la, doktor tak selalu marah. baik jeee. Ni dah fourth year insyaAllah okay kot.


-HAHAHA. NO INTERNET PLEASEEE-

Tuesday, October 16, 2012

International Observance

I came across this International Observance on Wikipedia, and it's kinda interesting. Let me show to you :


October


Okay, since today is October 16 (according to my local time), its the WORLD FOOD DAY!!! LETS EATTTT. And world Osteoporosis day is on October 20. I didn't know about it. heee. Good for geriatric patients (mostly females. ahaks). Lastly second Friday of October, which means Occtober 12 is the WORLD EGG DAY! haha sounds funny. Let's wait for next year and eat eggs as much as we can XD LASTLY, LET US BRING OCTOBER AWARENESS TO ALL. I sound like a spokesperson of UN. LOL

Thursday, October 11, 2012

Sungguh bosan

Dikala banyak kena baca, boleh pulak bosan. Hiks

Nak buat post mushy-mushy cheesy wedges tahap hyperlipidemia (cholesterol tinggi hoii) ni. Ni sebab tiba-tiba teringat kat drama Pride and Secret Garden. Super best! Kepada lelaki yang tak berapa nak romantik tu sila tonton. Pastu pegi prektis dekat bini hang, toksah dok gatai dengan awek(s).

Tiba-tiba berangan nak laki sendiri tengok drama tu nnt. Muehehehe. Tengok sekali pun okay jugak. Teruk betul malam ni. Sabaq ja laaa..

Okay,adios.

Wednesday, October 10, 2012

I don't have any idea.

Biasa la dah start posting malas betul la nak update belog.. Nasib la ada orang suruh, kalau beruang? *pengsan* -silagelakteruk-

First posting, Orthopedics. Not bad, tapi doktor ada 2 je yang ajar. Tu pun jenis tak cakap banyak, cakap time nak marah je. Sentap tapi buat bodo je. Malas nak layan. So kena la rajin-rajin baca anatomy. Jeles tengok senior dah habis MBBS. Sekarang ni doktor dah malas sangat nak ajar. Be independent, baca buku sendiri and kena kasi lekat dalam otak. Bak kata mentor ku merangkap doktor Ortho, iaitu Dr Pradeep yang sangat penyegan (sebab dia tak pandang muka pompuan sangat), dia cakap before exam baca 10 kali, kalau boleh ingat setiap muka surat sekali. Hoii dasyat tu. Tanya kakak senior pun diorang cakap kalau student kat Msia ada lecturer upload notes bagai. Kau nak baca 1 buku teks before exam? *muntah* Dah la stok karangan and ayat putar belit. Tempe kan.. Tapi saya respek betol la dengan tempe. Diorang rajen kot. Tengok doktor or consultant pun study dekat library. Muka den ni memang bukan muka library la. Takleh la study kat library, terganggu konsentrasi. eceh. 




Tadi blogwalking kat Dr Halina punya blog, nampak menarik benda alah ni.


Den raso den nak jadi doktor sakit puan lah yo. Den tak suko sgt eh bebudak, den sedih nanti kang. Bak kata maksu den, tak payah pikir duit or busy or watsoever lah yo. Kalau minat tu insyaAllah senang dan duit datang sendiri. eh yo ko? Sapo-sapo buleh cubo la try benda alah ni ha. Sonang yo. Tu sebab la den tak suko ortho. Maaf lah doktor-doktor ortho. hee XD


Wednesday, October 3, 2012

Hoihoihoiii

Saya nyaris tertinggal flight domestik arini. Rasa nak terkeluar jantung dan heartbeat pun tak menentu mcm kena cardiac arrhythmia. Padah la dah nak tido pukul 2 pagi dengan menguap teruk tiba-tiba teringat 'eh nak tengok la berapa berat beg dari alor star ke kuala lumpur'. Sekali terbeliak biji mata tengok eh eh ehhhh betul ke 3 oktober niii?? Bukan 5 oktober??? Maka terjadi la semua simptom-simptom yang dinyatakan diatas dan tangan pun sejuk. Huarghhhh apekah ini? Terdetik dalam hati macam nak beli tiket lain. Cewah macam bapak saya cop duit pulak ye. Eh silap, mana beli pakai duit bapak pun. Hiks. Macam la saya ni kaya. Huh.

Maka ada la kawan yang baik hati pegi teman. Thank youuuu ;D kemas2 ala kadar je. Nasib ada masa lagi nak beli belah kat kl nanti. Yela milo tak beli lagi. Hehe. Dan bernasib baik jugak flight ke Bangalore bukan petang ni. Yesss saya dah check like thousand times. Hahaha. Its on 7th oktober bebeh.

Maka dengan tak tido,pegi airport pukul 6.30 pagi sbb flight pukul 8.35 pagi. Nak web check in pun takleh sbb takde printer. Mobile check in takleh jgk. Haiii apela nasib. Redah jugak la. Sampai airport,sarapan semua then pegi la tempat customs checking tu. Sekali pandang belakang,ehhh mcm kenal. Well Aaron aziz la. Dalam hati mcm nak jerit PAKCIKKK AAROOONNNN!! NAK AUTOGRAPH BOLEEE?? tapi disebabkan saya pun ngantuks tahap dewa,maka TAKPEEE LAAAA. I PON RETIS JGK OKEH. Hahaha. Orang semua tunggu,saya sorg je blah. Pastu Aaron tu tgk saya pastu saya pun ala dia bajet saya nak sign dia ke? Ayat takleh riak lg keee? Haha. Takde la..malas nak kacau privacy orang. Eceh.. bini dia meletups kau. Takpe nnt saya nak kuruih mcm tu. Aminnn.. hihi.

Dalam flight tu tido-tido ayam je. Punya la tak best. Takpe nnt berduit kau bole naik first class. Haha bajet nak g kl je pon nak naik first class. Kejap je kot. Ok dah sampai maka pegi la naik bus airasia pegi KL sentral tu. Mengantuk tu mengalahkan ape lg. Sampai tu tarik beg pegi tunggu bas kat esso. Jauhnyewww.. takpe saya kan kuat! Panas ye kl ni. Haha. Nampak la bas U65 tp pelik sbb dia tulis Taman Medan. Celah mana pulak Taman Medan ni??? Takpe tunggu lagi. Alhamdulillah ada jugak tulis Putra Height. Eh tadi Taman Medan tu bas U65 ke U64/67?? Ahh sudah..

Sampai rumah maksu pun takde org. Ade Tiger demoks je. Oh Tiger i miss uuu..hehe. Sembang dengan kawan sambil minum milo dan biskut jacobs. Pastu tidooo zzzzzz.

Pengajaran hari ni, check la tiket anda sejuta kali pun takpe. Penat kot kalau jadi mcm saya ni. Clumsy mak nenek. Be prepared, and believe that there's a reason for everything. Hikmahnya, saya jumpa Aaron aziz kan? Kau hado? Hahaha. Abang Aaron dah gelap sket la. Sunbathing ye bang? Ohhhmaii abang-abang pulak ye. Ni pun dok tengok cite Aaron aziz. Pastu maksu dok compare si Aaron tu dengan kawan saya sorang tu. Jauh panggang dari api. Hahhaha. Yela kawan saya putih lagi. Karang saya letak gambar dorang dua and buat comparison nanti orang ckp saiko pulak. Letak gambar Aaron je la. Hiks


Tuesday, October 2, 2012

Dari Malaysia ke India. EH?

Tajuk takleh nak gah lagi kan. Padahal dah 4th year. Selamat 4th year utk diri sendiri dan rakan-rakan. Alhamdulillah dan yeayyy.. padahal taktau result pun, haha. Kira ok la kan?

Maka posting baru pun bermula. Posting Orthopedic. Padah la doktor tu mentor kau kan liza oiii. Habis habis habissss. Dengan balik lambat seminggu. Huh sabar je la kena maki nanti. Semoga belajar lebih sungguh-sungguh, takmau main-main, fokus sbb dah nak jadi doktor houseman nanti. Sekarang saya di Naka. Begitu bosan dan nasib la ada internet. Tu pun noob sebab internet aritu problem, dah duduk sehari sini baru perasan internet boleh guna balik. Dushhh!. Biasa la bab celik IT ni tak celik-celik lagi. 

Lagi satu, kepada yang singgah kat blog ni terima kasih la. Cewah ayat takleh nak perasan lagi keeee? Hahaha. Saya tahu siapa anda. Yeee anda la. Orang yang buat saya excited, happy, sedih, dll. Yang part sedih tu lately je la and salah sendiri kot. Hormon tak menentu. Biasa la nak adapt orang kata. And kalau anda tak pecaya takpe. To tell the truth, its kinda hurt. Huwarghhh puitis pulak. Takpe, if u're happy then i'm happy too. Unfortunately if u wanna jump off the clift, i'm not going. Seriously. No offense. Heee =P Nevermind, I'll find someone like youuu. I wish nothing but the best for you, toooo. Okay part tu je applicable, yang lain tak. Ape pun, sorry for everything and thank you for everything too :D I do hope we're still friends. Friends forevaaaa. Be happy in your life, pergi kelas rajin-rajin dan awal, semoga happy dengan GFF. Hihi. Nothing much I wanna say to you. Dan dan dan lagi 1, sorry sebab kata kat anda *wordthatmakeyousad* aritu. Disebabkan itu mesej pun lain je. And you can message me and kacau me whenever u like. Seriously I tak kisah unless i'm very busy or having exams.

Maka tamat lah post kali ini. Tajuk tu mcm sesuai untuk perenggan first je. Haha redah je la.

for you, HAPPY GRADUATION~~






Tuesday, June 12, 2012

Bertemu kembali

Cewah post tak boleh tahan. Biasa la missing in action sebentar. Tak busy pon tapi entah la. Saya rasa macam nak bertapa kejap dalam gua. Ewah

Hidup ini penuh dengan onak dan duri. Kemain ayat puitis. Weeeiii taktau nak tulis apa.

Disaat ini perasaan nak beli scooter mebuak-buak. Adakah ini petanda bahawa saya akan pandai bawak scooter? Maka haruslah belajar balik rumah nanti. Sesungguhnya manusia mana larat asyik kena tipu dek pemandu autorickshaw tu.

Sekarang posting medicine. Rasa bebal, penat dan sebagainya. Baru minggu kedua. Dan semoga dapat menjalani posting dengan gembira. Eh ada ke orang gembira time posting? Mungkin time melepak minum chai ( teh tarik gelas kecik ) dan makan vegpuff atau samosa. Dalam kelas semua serius. Ouch rasa mungkinkah kita ini split personality? Mungkin benar. Orang suka sentap-sentap kena cekalkan hati. Bidang ini untuk berjiwa kental kerana bermain dengan emosi. Emotional orang kata. Belajar juga menjadi orang sabar dan toleransi. Itulah kuncinya.

Sekian.

Friday, January 6, 2012

It's new year again!


Alhamdulillah dapat juga merasa tahun baru. Syukur alhamdulillah.. sekarang ni asyik terlupa nak tulis post baru ke apa. Bukan busy sangat tapi tula asyik nak tidur je kalau balik rumah. Sleep cycle pun dah tak betul. Sekarang posting O&G yeayy best tapi doktor semua emosi tahap gunung berapi. Kalau buat salah memang la kena marah tapi ni nak mintak sign pun macam urghh tensi nak cerita. Pape pun best sebab boleh tengok baby and orang mengandung. hahaha... Boleh jugak tengok si bapa/suami kelam kabut masuk Labour Room tanya keadaan isteri. Eyh lagi 1 tak suka sebab sini macam banyak C-sect je. Dekat Malaysia rasa macam tak. Tadi tengok C-sect sebab makcik tu punya baby in breech presentation and dia ada septate uterus.




Yang mendongak tu Dr Tejavathi. Serius tak suka dia.



Pinkish biseptate uterus

Harini hari malang kepada saya ye =.=" sedih takmo cerita. Pape pun setiap benda terjadi pasti ada pengajarannya. InsyaAllah... Saya pasti Allah ingin mengingatkan saya untuk terus berusaha, buang perasaan husnuzon, percaya pada diri sendiri, dan hormat orang lain. I'm working for it. Yourshimi hae juseyo~