Sunday, November 11, 2012

Cita-cita sampingan

Rasa macam tamak je nak ada cita-cita sampingan. Macam sempat je kan. Takpe kalau tak sempat kita jadi boss suruh orang datang jenguk je. Haha sangat bersungguh-sungguh.

Ni la cita-cita sampingan saya :

TO OPEN A BAKERY SHOP!!! ^__________^ 


Tapi bukan bakery sahaja, sekali dengan coffee house. Gabung dua-dua dan ada tempat lepak skali wifi. Lepas tu ada ruang baca buku, majalah, komik etc. Nak bukak kedai yang cute, kek yang cute-cute yang customer bole customize. Lepas tu ada cupcakes, macaroons, pavlova, etc. 


comel jugak nama bake-a-boo. Takpe nama nanti fikir tapi suka nama Vanilla. Hehe. Kalau i ni omputih dah lama letak nama anak Vanilla. Kesian anak jadi mangsa mak suka makan. Lagi sorang letak nama Coco sebab nama chocolate peliks sangat. Haha


Interior pulak nak macam ni :


Takde la sserabut, sejuk je mata memandang. Tapi besar sikit la kan sebab nak sekali dengan coffee house.


Pelbagai pastries ada. 

cup cakes


Cute cupcakes untuk menarik perhatian pelanggan. 

Pcb2


Packaging kena menarik jugak.


Kyaaa comel sangat bunnies ni sampai tak sanggup makan. Eh sanggup je. Hehe




Ni efisien sangat. HAHAHA bole la letak macaroons cupcakes biscuits doughnuts etc.


Kek letak camni jugak. 


Wedding cakes pun ada jugak. Yang biasa-biasa and unik macam dekat atas ni. 

Okay buat lapar saja. Nak belajar baking pun tak sempat. Ni semua sebab drama jepun Rebound. Kreatif jugak kek dia and kek last tu unik sebab pakai tonkatsu. Kita takleh la makan tonkatsu, kita ganti dengan ayam. Wah wahhh kek ayam. Hahaha. Tapi disebabkan saya gemoks dan student yang takleh makan manis sgt atas sebab tertentu maka saya nak jadi partner je la. At least tercapai la jugak kan cita-cita sampingan ni.  Agak-agak kejam tak bukak kedai ni berdekatan hospital/klinik? Hiks :P Gambar coffee house tak letak pulak tapi nak buat ala-ala Starbucks la. I suka coffee dan bau coffee uolls :D (except Americano sebab macam kopi-O)


2 comments:

  1. WAHH!! Cepatlah bukak! Nanti saya jadi pelanggan tetap awak okay! :P

    Saya nak belajar baking. Nak buat macaroons, pavlova and other cakes. Yeah!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha InsyaAllah :D saya pun baru nak belajar buat macaroons and pavlova. Jom la kita buat kedai kek dengan Mariam. Hehe

      Delete