Sunday, February 27, 2011

SAYA BANGGA DENGAN KEDAH =)

Can you guess why i said so? Well basically all of us should be proud of ourself then to other-self.haha..mengarut la ayt saya.Sebenarnya saya nak cerita yang saya bangga dengan org Kedah ( ohh ni x bermakna saya bangga dgn diri sndri sbb sy org Kedah) kerana org Kedah ada loghat yang comel! Ok org Kelantan n Terengganu pun sama.oooyeahhhh Malaysia majmuk berbilang bangsa! Sape kenal Matluthfi? Anwar Hadi? apa persamaan dorg tu? well dorg bercakap bahasa yang sama loghat yang sama belajar negara yang sama! Mula2 skali sy kenal matluthfi (bkn kenal tp taw kewujudan video dia je).Lepas tu Anwar Hadi.


Video mula2 sy tgk SELAMAT HARI IBU.Wahhh trhibur n x sangka ada org buat video mcm tu.Matluthfi lawak,comel2 dia pnya watak.Lama kelamaan ramai org tahu dia ni.Sekarang saya suka video dia yang baru...sila tgk bawah :)


one of my fav XDDD




Anwar Hadi pulak,dia punya English mak datokkk bagus.Yela org amek TESL.btol x Anwar Hadi?? sila la jawap kalo anda jengah ke blog saya.Tapi rasanya smpai mimpi pun x kan sampai.sob3...saya baru je nak awak jadi tutor english saya.lemah byk ni.Dah brkarat2 dah.


Mula2 skali tgk video tajuk EWWW..ingtkan video geli2 geleman.wahahaha...rupanya bukan.Lepas dia buat mcm tu trus trpop-up kat minda saya yg awk ni skema.Pape pun BAHASA JIWA BANGSA :) video Anwar Hadi sila jengah ke SINI



Anwar Hadi ni telah membuatkan saya gelak guling2 tgk video EWWW ni.Kwn2 saya pun suka!


Kepada mereka diluar sana,tgk la video mereka kat youtube.Saya bkn promoter mereka dan bukan juga promoter cuti2 Kedah >.< see u again~

SYUKUR YA ALLAH

Randomly I made this entry because there's something I want to share with you guys. But beware because the video might contains something we called 'LUCAH'. lolzzz






Geli tengok video ni.Tapi ape kes la org tu nak tukar jantina.Kepada org diluar sana,janganlah sesekali terfikir untuk menukar jantina anda.Biarlah org tu sotong ke ape janji x wat cmni.Saya x kisah awk sotong ke kurita ke or cacing tanah ke janji awk tahu jantina asal awak.Saya penah je tgk org tu lembut2 ya awwwww tapi pegi je semayang Jumaat.Bagus la kalo awk sedar tanggungjawab awak sebagai hamba Allah. :)


Ok..jom jadi hamba yang bersyukur.Syukran Ya Allah XD

Thursday, February 24, 2011

Demam Cerita Melayu

sebenarnya saya tengah mengantuk ni tapi kena stay up sbb esk ada tutorial pathology. x baca lg sbb td pegi jumpa dentist pastu balik masak sedap2 pastu tgk star king dgn kwn. x sedar dah lewat.padan muka! huhuhu

Semalam saya marathon cerita melayu.Omaigodddd memang best-lah! Ni semua disebabkan nak sgt tgk cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Jujur saya cakap (eh jgn marah eh) saya takut nak tgk cerita hantu so kena ajak kawan tgk skali.Lepas tu dia ckp "errr bosan dowh!" saya cakap " agak r...tp lawak la jgk.just geli geli tgk sape tu USOP pnye tangan!" time tu dah part 6 out of 7! Ntah la sy kurang sense cket tgk cerita tu.Tgk sbb kwn2 kata best n sampai diorang sume wat profile picture facebook gamba kak limah tu.ape kes la..seram org nak stalk page ko! *eh bagus jgk la kan?* teeeeehhhhhhhhheeeeeeee XDDD

After tgk HKLBR saya tgk cerita LU'LU.Anda kena sebut betul2 siap dgn (') tu! tekan cket bunyi tu.HAKHAKHAK...comel la cerita tu.omaigoddd FARID KAMIL menarik hati dan jantung okeh! wataktipulu! hehehehe.Mula2 x suka sgt sbb pegi redah tgk AKU MASIH DARA!. makkk tolong cerita tu urmmm urmmm tataw nak ckp camana.Dia pnya mesej biasa2 aja.Hey,sy x kondem cerita melayu saya just tulis apa yang sy rasa.Maaf kepada sapa2 yang terasa.But as you all can see the title is DEMAM CERITA MELAYU.What's that mean hah??? Saya suka ok! Just not for all movies lah.I still strongly ever after a KOREAN lover! 사랑~~~~ comel kan?

Finished watching LU'LU,saya tgk APA KATA HATI. This is my fav part. Nak cerita cket. Its all about jeng jeng FARID KAMIL again! HAHAHA. Mula2 teruja sbb ada Awal Ashaari but then my eyes keep on watching Farid okeh! Blame my eyes XDDD He's got misai but not that bad.He's still got the charming-ness part *only his fans can see.lol* He's tall,handsome,sweet,muka baik,pandai buat muka jahat,muka innocent pun boleh,ahhh macam2 la.Also2 he's fair! hahaha. XD Tapi 1 je...pls jgn simpan rambut panang coz it looks messy la dear.Pandai je saya nak bg nasihat.Bukan dia dengar n tahu pun.erk!

Satu lagi, I love Farid's coz he can express his feeling naturally.Tapi dalam APA KATA HATI tu dia mcm ewww ewww at first coz I thought he's character is kinda per**** or something with Raja Farah. Dalam cite tu dia ada ckp, KALAU RINDU PANDANG LA KLCC. SATU AWAK SATU SAYA!!!! lol.. I keep on dreaming.teeehheee XDDDD

I SUKA U LA FARID OIIIIIIII...satu-satunya pelakon Melayu yang saya suka! *innocent look* ^______^ Farid ni org KEDAH okeh.Eh senang la kita nak kahwin nnt.kahkahkah...lawak je. =P awk byk sgt tua dari saya.Tapi kalo awk propose sy tataw la nak ckp apa.Diam tanda setuju yek?? *berangan* @_@


ok la x de la serabut sgt rambut panjang. XDDD





Nak datang raya rumah I ke?? kahkahkah.





I love this style.wink2 *_*

Nak habiskan tgk semua cerita Farid!!! Jom2..segar ni haaa mata den dok tulih psai si Farid hero cerita Melayu saya.Ok bole baca buku dah.tata

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

saya harap saya tabah

sekarang tengah runsing sangat.Maybe I shouldn't write this entry because its too personal.Cukup la saya kata SAYA HARAP SAYA TABAH.Blog ni bukan untuk luahkan perasaan sedih2 or marah2.Setiap manusia x minta dijadikan begini tapi apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.Kita hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh.Saya percaya yang perjalanan hidup saya semuanya tidak sia-sia kerana pasti ada sebab kenapa ianya berlaku.


SESUNGGUHNYA SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. XD

Sunday, February 20, 2011

saya x suka bila....

Okay murid2 harini cikgu nak cerita apa benda yang cikgu x suka.HAHA...berangan kejap nak jd cikgu sbb ni cita2 time kecik2 x tau benda. Pernah x rasa meluat? Minggu ni saya meluat dengan sorang pensyarah sy yang suka perli2 bagai.Ok x baik gaduh2 sbb kena respek.Chill man! teeehheee XDDD *siap la nnt saya skor subjek awk okeh!*


Ni nak cerita benda yang sy x suka.Saya tau sy mmg pelik.Tapi x pe,kot2 la kita sama kan2? :)


Bila balik je mesti ada org cakap "eh2 ni anak cik peah (bkn nama sbnr) eh? bila balik? blaja doktor kan? nnt bole la bg rawatan free kat macik eh." Saya jawab : errr eerrr insyaAllah macik..teeeheee >.< *muka x pndai cover*


saya x suka macik2 @ pacik2 ckp cmni.Saya x jnji taw nak bg rawatan free.Tapi paling murah bayar la seringgit kat hospital kerajaan @ klinik2 desa tu.Ala seringgit pun nak brkira ke? Lain la kalo awak pengsan tepi jalan saya buat la CPR.Yang tu free eh XD


Bila balik je mesti ada org ckp cmni,ok paling kurang bapak saya ckp. "Liza, aku sakit belakang la.Sakit ape agak2 eh?" or "Liza,ubat ape eh kalo aku sakit lutut?" 


Saya x suka mcm ni sbb agak2 la dorg nak tanya budak yg baru belajar.Clinical year pun taun depan.Jujur saya ckp banyak lg benda saya x belajar lagi.Saya kan budak baru belajar.HEHEHE.Nanti saya dah abis belajar korang tanya la saya x kisah.Sekarang je kisah sbb sy x start lagi belajar mcm mana nak diagnose orang ye.Karang dibuatnye macik2 @ pacik2 tu dengar ckp saya x ke naya.huuuuu~~~ saya x bersalah.


Bila balik @ x balik @ chatting dlm skype/fb/ym mesti ada org ckp cmni : "Liza ko jumpa x Shah Rukh Khan/Maduri Dixit/Juhi Chowla etc etc...?" Saya jawab : TAK!


Ni memang mcm nak kena tempeleng.Aiihhh tmpt saya ni bukan tempat pelakon2 Hindi! Pelakon Hindu ade la.KAHKAHKAH.Saya x kenal kot.Bajet saya dok Mumbai je padahal dah taw yang saya belajar kat Bangalore! Ni kes sedara mara la ni.X paham!


Bila balik je mesti tnya : "ni dah ada bf ke?mesti bf hero Tamil/Hindustan..." Saya jawab : eh2 tolong sikit.x main la bf2 ni okeh!


Ni sure sape2 yang fly ke oversea x kira la negara mana mak2/bapak2/pacik2/macik2/ sedara etc etc trmasuk kawan baik sndri ckp kan2? Ok saya x lalu dengan org sini.maaf.enough said.


Ada la macam2 lagi situasi.x larat dah sbb nak tido ni.Dah pukul 1 pagi waktu sini.




Sape2 tanya saya lagi soklan2 diatas saya sekeh! ok memain.saya diam seribu bahasa tanda x dengar bole? Nota kaki :


Sape2 nak suruh saya carikan gf/bf utk korg maaf la saya x pandai nak matchmaking-kan org.Saya sendiri x trcari.HAHAHA.ok x nak ckp banyak XP




Friday, February 18, 2011

GIGI OH GIGI


Baru-baru ni saya sibuk sikit sbb ada appointment dengan doktor gigi.hehe.mesti nak cakap gigi saya brlubang la tu?? yela, I taw gigi I x lawa.sob3.. :"( ok fake gila! takde nak sedih2 okeh.Banyak lg benda nak sedih.muahahaha


Mula2 bukak internet carik klinik mana da best kan.Tu la padahnya kalo ade internet.Klinik gigi depan kolej ko x pandang la kan? Eh, sebenarnya baru taw depan tu ade klinik gigi.KAHKAHKAH.busuk gila perangai x sedar diri.Pastu jumpe la klinik ni.nama dia ALL SMILE. okay, saya bole jadi duta.Klinik ni femes la jgk tp hampeh la jauh.xpe,like the slogan said 'invest in your smile'.Its a part of my responsibility yawww~~~ isn't it?


Firstly nak buat braces.Gedik gila sbb gigi dah rata.But but but...i want it! Doktor gigi ckp x perlu pun.ok akur.Just kena buat fillings.Hah,ape itu filling? Sape yg amek BDS or doktor2 gigi konfem taw la kan.Filling tu dalam bahasa melayu mudah kita panggil palam atau simen.Simen tu sbb dia fill dgn simen la kot.Ala,kaler ala2 simen tu.Tapi saya fill guna composite filling.Baru buat 2.Baik,tamau bagitau kena filling bapa.Malu ah! kekeke


Lepas filling abes kena buat implant.Haaa ape itu implant? Tu mcm tanam gigi sbb gigi ko takde.Kantoi dah xde gigi saya ni.Biar r wei,dulu kecik2 suke sgt makan eskrem BASKIN ROBBINS!oh tipu jek. Ada 2 options kalau gigi xde,either impant or bridge.Baik implant sbb lagi tahan la kot.Lepas tu nak buat whitening.oh saya macam2 nak buat macam nak kawen plak.Bajet la korg kalau nak kawen baru nak buat kan?silap2 duit hantaran guna utk gigi.ade ke?HAHAHA.


correct definition for implant
A replacement for one of your missing teeth. The implant is different than a bridge in that the implant is permenantly attached into your jaw.


Kena jaga gigi dari sekarang.Lawa x senyuman saya?





MAK AIHHH SANGAT TIPU OKEH!






NI ADA TIPS UNTUK GIGI CANTIK MACAM SAYA *tipu tipu* ok2 mcm gigi gambar atas tu



  • Gosok gigi sekerap mungkin
  • Floss pun kena kerap2 jugak
  • Berkumur la dengan LISTERINE or pape yang sewaktu dengannya
  • JAUHI minuman berkarbonat
  • JANGAN MEROKOK @ ROKOK DAUN @ KUNYAH SIREH!
  • Jangan makan chewing gum sbb dia byk gula.DENTINE boleh.
  • Ambil makanan berkhasiat
  • Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
ok la, x berapa pandai bab gigi.I bukan doktor gigi.Jumpalah doktor gigi anda.sekian wasalam :)