Sunday, February 24, 2013

Busy-ness




Mungkin saya sorang yang struggle for this thing. Tapi takpe, I know your life would be a lot better without me. Till then, goodbye dear friend. 



Saturday, February 23, 2013

Ape apeee?

I shouldn't go to hospital today. Aih kan dah jadi begini. Sabar saja la yang mampu. Takpe ujian hati ni. Ayuh selesaikan masalah. InsyaAllah =D

Hee tadi call bapak and he's doing well. Esok bertolak ke Mekah. Bestnyaa. Saya rasa lagi best pergi buat umrah/haji dari melancong. Nak pergi jugak nanti. Bapak ada cakap pasal something. And Maksu pun cakap benda yang sama harini. Am I ready for 'that thing'? Rasa muda lagi tapi hakikatnya takde la muda sangat kan. No I don't wanna mencari or whatsoever. Biar la ianya datang dengan sendirinya. Kalau dah ditakdirkan ianya pilihan bapak or maksu insyaAllah saya redha. Apa pun habiskan belajar dulu ye dak? Takut jugak kalau ianya terjadi cepat sangat. Haaa >_< takpe Allah knows me best. Be positive liza! But I'm not so positive la about this one. Haha. Tula makin nak habis belajar ni makin la mak bapak risau. Tengok orang lain pun sama. Sebab jantina perempuan la kot. Kalau lelaki mak bapak tak kisah sangat. Kan? Sebenarnya saya dah tawar hati, kinda heartbroken pun ada. Oh Allah, sungguh Kau Maha Mengetahui yang hati ini memang lemah sangat. Oh hati, lepas ini pergi duduk diam-diam, jangan jatuh lagi. Kalau kamu jatuh kamu pecah berderai, lepas tu dah sakit, luka-luka, kena amek antibiotic and painkiller. Lepas ni be strong yeh? I know you can do it. 

Friday, February 22, 2013

=(

Sekarang ni sedih sangat. Tak dapat hantar bapak pergi umrah :'( I miss him. I miss my siblings, my family, my cats. Hurmmm kenapa hati ni tak tahan sangat padahal dah belajar jauh-jauh pun still takleh cope dengan homesickness ini. Sobss. Bila tengok gambar bapak dekat airport hati jadi sebak. Sungguh cepat masa berlalu. Teringat masa arwah mak ada, saya lah paling degil and manja. Everytime nak pergi tidur akan kiss pipi and wish them goodnight :( Sama la time nak pergi sekolah dulu. And bila masuk asrama sedih sangat kadang tak sampai setengah jam dah call cakap rindu dekat mak. 19 Feb lepas genap 6 tahun mak pergi. Kadang tu rinduuuu sangat. Yela ada orang tak sayang mak mereka ke? Kucing saya pun sayang anak dia. Banyak sangat benda yang saya belajar dalam hidup ini. Saya tahu saya takleh hidup tanpa Allah, my family and my good friends. They are my support system. Kalau nak study before exam saya kena dengar suara mereka dulu. Sama la dengan bapak, walaupun tak rapat sangat dulu sebab bapak garang tapi I love him. Yela bapak suruh ambik medic akur saja padahal arwah mak suruh ambik accounting. Maaf mak I can't be an accountant and work in a bank as you wish :'( my heart belongs here, in medical course. Tapi saya tahu mak mesti suka doktor jugak kan kan? Hee sayang mak. 

Hargai ibu bapa anda. Mereka anugerah dari Allah sama seperti kamu anugerah dari Allah untuk mereka :)

Wednesday, February 20, 2013

Community medicine


Esok hari visit-the-slum. What should I bring to the kids huh? Kids would love chocolates and junk food but I should teach them on proper nutrition and bring along the examples. Okay la I'll bring milk and maybe some fruits (kalau pakcik buah tu bukak) =)


Ini gambar posting primary care lepas. Hee

Terasa sungguh bersyukur bila tengok kanak-kanak yang tak bernasib baik tu. Sedih pun ada =( I promise I'll be a good physician. Walaupun negara kita dua developing countries tapi still Malaysia banyak masalah overnutrition rather than undernutriton. Not good.

Monday, February 11, 2013

ehem


Almost tu penting. Yela belajar lagi kan. Ok nak berehat sebab asyik sakit lately ni. 

Sunday, February 10, 2013

150 Juta =D

Lately ni asyik je nyanyi lagu ni. muahahahaha gelak sebab sweet sangat la lagu ni. Well housemate iolls pun suka lagu ni uolls :D I suka original version by Fynn Jamal tapiiii Ainan Tasneem punya cover pun sodap haihhh. Konklusinya suka dedua la. Masing-masing ada tarikannya. Cewahhh

Btw saya suka sangat Fynn Jamal. Sekarang dah ada anak sorang. Amboihh kemain dia dok upload gambaq  anak dia yang nama Bakti Arjuna Fitri dalam instagram.. comel benor rasa nak gigit saje. aumm. Kakpin siap buat lagu kat Juna kottt. Den nak buat jugak la lagu kat anak den ni. kehkehkeh. 


Moh la kite karaoke. I suka part yang last dia whisper tuu. Hee


ehem lately ni pasaipa la syndrome tapiiiiiiiii menjadi-jadi. Habis dak-dak junior dok imitate tapiii siap dok cakap 'kak liza kak liza tapiiiii' aishhh -___-

Thursday, February 7, 2013

Di saat ini

cewahh disaat ini.. feeling-feeling gituuuu

Disaat ini saya mahu tidur tapi kena baca untuk seminar ler pulak.

Disaat ini saya takleh fokus membaca, apekah?

Disaat ini saya mahu berserah untuk membaca slides saja untuk esok. Tu pun dah habis ringkas tapi still 50 slides -__-

Disaat ini saya rindu akan tanah air. Bukan tanah dan air yang pasti.

Disaat ini saya teruja sebab kakak saya nak datang sini. InsyaAllah. Maka boleh la memesan milo, ikan bilis, dan ikan masin sebanyak mungkin :D saya berharap teramat sangat dia jadi datang! hee

Disaat ini saya jeles kawan saya pergi Europe trip >.<

Puitis tak? Macam sajak tapi tak berapa nak sajak. Mungkin diri ini ada 0.01% gene penyajak. Mungkin saja..

Okbaii.


Saturday, February 2, 2013

Yeahh

Saya nak belajar memasak masakan Melayu. Esok-esok dah tua takde la tak reti sangat kan.

Sebab harini saya belajar bawak skuter, Alhamdulillah :) sebab dah lama tak belajar benda baru so it was like woahh! Achievement unlocked! woohooo!

Nak beli skuter tapi tapiiii taktau lagi. Senang nak pegi hospital tapi kena tabah dengan trafik sini.

Dedua perkara ini sangat tak berkaitan tapi dari segi pembelajaran tu ye la kot.

Kena belajar banyak benda lagi.

Sekian, wasalam.