Friday, November 30, 2012

The Stuff - Lisse Lindh

when a man loves a woman, he gets to her, into her and onto her
when a man loves a woman, he knows just what to do
when a man loves a woman, he treats her good, he touches her and tells her things
when a man loves a woman, he knows just what to do
give me the loving, give me the feeling, give me the touch
give me the movement, give me the sorrow, give me the stuff
when a man loves a woman, he breaks her down he steals her lust and wears her out
when a man loves a woman, he knows just what to do
when a man loves a woman, he beats her up, abuses her and breaks her heart
when a man loves a woman, he knows just what to do
give me the loving, give me the feeling, give me the touch
give me the movement, give me the sorrow, give me the stuff

The lyric is psycho (I guess) but I love the rhythm. Heee. Maybe I'm in Psycho posting now, so I tend to interpret things in a psychotic way (what???). Haha. Why would you want to beat her, abuse her and break her heart if you like her? Such a bizzare way of loving someone. Well, I don't know how it goes but abusive love definitely a NO NO to me. 


Sunday, November 25, 2012

Hujung minggu yang berpoya-poya

Al maklum la lepas EOP dok berjimba tak hengat dunia. Semalam pergi tengok Breaking Dawn 2. Sebenarnya bukan peminat setia twilight tapi tengok jugak sebab kawan ajak. Haaa hamek kau terus demam cite tu pastu balik rumah dok feeling-feeling sedih, nak nangis sebab cite tu dah habis. OST dia toksah habaq la cheesy wedges and sweet sampai boleh kena diabetes. Kalau sapa-sapa nak kawen tu boleh la buat guna tema lagu ni. Heeee XD



Tukaq sikit lyric tapi tak banyak pun. Still sedap and more sedap i think. I'm on team Edward la of course tapi Jacob pun i suka jugak. I suka jugak Emmett, Jasper, and Alice jugak. Aihh banyak sangat dok suka ni. Lepas tu pergi pulak Mantri Mall teman kawan beli langsir. Balik rumah dok layan movies banyak gilos. Bila masa nak setadi pun taktau. 

suka sangat part : 

How can I love when I'm afraid to fall 

cewah bajet nak stay strong till the end. Stay strong ape, obstacle pun takde. Hahaha. For the future I guess, lemme be strong. Boleh la nyanyi lagu ni sampai nausea :D

Thursday, November 22, 2012

Post EOP exam syndrome

EOP stands for End Of Posting. So both my postings dah habeh uolss. Semoga markah okay sajaaa especially my Orthopedics la of course. Tolong la tak menjiwai sungguh. Dulu time 2nd year Pathology bole tahan je lagi belajar all those pathological joints and bones. Ya Allah.. tolong hamba mu iniii. And tadi tiba-tiba ada lagi 1 short case emergency medicine kena buat. Doctor suruh buat esok tapi semua nak buat harini. Kemain confident kan. heee. Saya dapat kes head injury budak umur 2 taun. Okay la not bad. cewah padahal Glasgow Coma Scale terlupa pulak. 

Lepas ni posting Psychiatry. Hip hip hoooraaayyy!!! haha takde la nak hooray sangat sebab nanti amek kes dok tanya-tanya macam polis. Sampai I got confused which questions should I ask first haaa? Kena pergi Spandana Rehab Centre, masuk OPD, ikut ward round if ada patient dekat hospital tu, etc.

Actually tak tidur lagi dari semalam. But now I nak tengok cerita hindustan ni :



Tengok-tengok cek ter-miss copy pulak. haaa ape ni :( maka tengok cite Salam Namaste dulu la ye. Tak sabar pulak nak tengok filem baru Shah Rukh Khan. Dah la duduk di bumi tempe, layan SRK lagi tuuu. Hahaha. Nak tengok kat wayang takda subtitle english pulak so terpaksa download la. Yeahh mari tengok movie banyak-banyak. Sekali sekala taknak layan korea pun bagus jugak. Drama korea typical sangat. 

Sunday, November 18, 2012

No title


I like Kelly's version more than Adele and Bonnie Raitt.







Wednesday, November 14, 2012

Cafe Latte

This post is not about cafe latte but actually about my recent favourite song. Because I like coffee and food (of course) so no wonder la kan. This is more into heart broken's song but nevermind bebeh.




Is it the same between makiato and shakerato? 

Monday, November 12, 2012

Happy Diwali

Happy Diwali or Deepavali or wat ever lah kepada seluruh tempe-tempe sekalian.

Saya pun tak sure apesal tiba-tiba kelas ada esok ni haa? Lepas tu saya ada seminar pulak sebab kawan yang suppose buat seminar tu ada hal. Takpe la lagi cepat abes lagi bagus. Makanya esok beraya di hospital sajeeee. Oh sedih. Daku berharap brother (nurse lelaki) yang suke sangat dok kenyit-kenyit mata (ape masalah pun taktau) tu berikan daku muruku, ladoo dan manisan yang sedap-sedap (berharap la sikit). Muehehehe. Brother tu punya bulu mata cantik (ah sudah) :D

Ni bunyi mercun kuat sangat. Memandangkan saya dekat apartment yang penuh tempe maka saya tidak lah berani keluar. I lemah semangat uolls. Ingat lagi kes masa 1st year menangis sebab bunyi mercun. Dulu duduk tingkat 4 lepas tu atas tu rooftop lepas tu senior-senior lelaki dok main mercun kalah tempe. Bunyi kemain macam dekat Palestin (macam je la kot). I pun menyorok bawah comforter sambil menangis takut asyik terkejut je. Perempuan sangat kan..


Berharap doktor semua mood baik je esok. Hoi sedih pulak sebab ade kawan dok ajak meraikan diwali ini, daku pulak kena buat seminar esok :'(

Sunday, November 11, 2012

Cita-cita sampingan

Rasa macam tamak je nak ada cita-cita sampingan. Macam sempat je kan. Takpe kalau tak sempat kita jadi boss suruh orang datang jenguk je. Haha sangat bersungguh-sungguh.

Ni la cita-cita sampingan saya :

TO OPEN A BAKERY SHOP!!! ^__________^ 


Tapi bukan bakery sahaja, sekali dengan coffee house. Gabung dua-dua dan ada tempat lepak skali wifi. Lepas tu ada ruang baca buku, majalah, komik etc. Nak bukak kedai yang cute, kek yang cute-cute yang customer bole customize. Lepas tu ada cupcakes, macaroons, pavlova, etc. 


comel jugak nama bake-a-boo. Takpe nama nanti fikir tapi suka nama Vanilla. Hehe. Kalau i ni omputih dah lama letak nama anak Vanilla. Kesian anak jadi mangsa mak suka makan. Lagi sorang letak nama Coco sebab nama chocolate peliks sangat. Haha


Interior pulak nak macam ni :


Takde la sserabut, sejuk je mata memandang. Tapi besar sikit la kan sebab nak sekali dengan coffee house.


Pelbagai pastries ada. 

cup cakes


Cute cupcakes untuk menarik perhatian pelanggan. 

Pcb2


Packaging kena menarik jugak.


Kyaaa comel sangat bunnies ni sampai tak sanggup makan. Eh sanggup je. Hehe




Ni efisien sangat. HAHAHA bole la letak macaroons cupcakes biscuits doughnuts etc.


Kek letak camni jugak. 


Wedding cakes pun ada jugak. Yang biasa-biasa and unik macam dekat atas ni. 

Okay buat lapar saja. Nak belajar baking pun tak sempat. Ni semua sebab drama jepun Rebound. Kreatif jugak kek dia and kek last tu unik sebab pakai tonkatsu. Kita takleh la makan tonkatsu, kita ganti dengan ayam. Wah wahhh kek ayam. Hahaha. Tapi disebabkan saya gemoks dan student yang takleh makan manis sgt atas sebab tertentu maka saya nak jadi partner je la. At least tercapai la jugak kan cita-cita sampingan ni.  Agak-agak kejam tak bukak kedai ni berdekatan hospital/klinik? Hiks :P Gambar coffee house tak letak pulak tapi nak buat ala-ala Starbucks la. I suka coffee dan bau coffee uolls :D (except Americano sebab macam kopi-O)


Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

Update Hari ini

Ola peeepsss... tiru trademark Say (senior saya yang kacaks dan tough duta Herbalife). ekekeke. Senior dekat MRSM sekali tu. eheh baru nak mengaku senior tu. Harini hari yang best jugak. Syukran Ya Allah :)

Saya ada presentation elective posting dekat Baptist Hospital tapi tak jadi atas perkara tertentu. Maka saya dan Amira pergi la dekat labour room Baptist Hospital tu. Padahal bukan hospital posting kitorang pun tapi memandangkan kitorang selalu sangat pergi labour room situ, so jadi routine pulak tiap kali datang sana. Ahaha. Labour room's fans. Lepas tu dengar macam ada orang nak beranak (sopan sikit guna bersalin). Maka kami pun melihat dengan tekun takleh assist takut kena marah and infection la of course! Ganaih ye doktor arini dia marah-marah makcik tu. Maybe akak kot sebab dia macam tak reti push. Yela mana nak reti push kalau primigravida (anak first). Doktor pun inject LA then episiotomy!!! perghh ni part paling kecut.   Doktor tu buat medio-lateral episiotomy. Time tu macam fikir kejap kesian kan mak kita dulu lahirkan kita dok jerit sakit pastu kena gunting camtu. T___T sayangi ibu anda selagi mereka masih ada.


Kesian pulak tengok akak tu jerit-jerit. Kesian jugak dekat pesakit lain dalam labour room tu. Mesti dok risau fikirkan nasib masing-masing. Agak-agak la dorang ni kan, buat la tempat private sikit kalis bunyi so that takde la macik-macik/akak-akak lain tu nervous. Lepas tu kalau dekat sini takde pulak tengok si suami teman si isteri bersalin. Ke takleh masuk tu taktau la. Pesanan buat si suami, tabah la ye kalau pegi teman. Silap-silap korang pengsan takpun cukup la sorang je anak tu. ahahaha.

Lepas tu baby keluar. yeayy lega tengok baby selamat nangis kuat. Ye nangis tu sebab nak mulakan respiration. Good job baby! :)


Teriak (menangis) terharu kalau baby tu cakap centu. HAHAHA


Lepas tu pergi teman Amira beli bunga segar. Nak hias rumah la tuu. Tapi sebelum tu pegi minum ayaq kelapa tepi Ramaiah Hospital. Banyak betul hospital dekat sini. Yela India kan. Lepas tu pulang ke rumah. Hujan-hujan ni dinner bihun goreng dan goreng pisang. Saya buat bihun goreng, Amira buat pisang goreng. Sungguh nikmat macam dekat tanah air XD


Cantik kan? ^^


Sunday, November 4, 2012

My pre and post SPM memories.

Well actually I don't really remember how I went through it. Okay bila kecoh esok SPM baru teringat cane eh SPM den dulu kala? Ahah! nightmare yo!

Masa dulu macam tak fokus sangat nak jadi ape tapi saya kemaruk sangat nak fly. Siap tulis besar-besar kat tepi meja kelas FLY FLY I BELIEVE I CAN FLY~~` HAHAHA. Dulu kecik-kecik cakap senang je nak jadi doktor pakar jantung. Cuba tanya sekarang? Wah wahh memang tanak la. hikhik. Lepas ada program Sireh Pulang ke Gagang tu bole plak stucked dengan booth medic students. Engineering, Sains Aktuari, Accounting (eh memang tak amek akaun pun) semua tak pandang. Then tulis lagi dekat locker DR. LIZA~ sungguh vandalisme. Tapi pelik pulak sebab saya memang tak suka Biologi. Suka Add Maths, Modern Math and Physics je. Kalau boleh hari-hari buat soalan subjek tu je. Lepas trial spm yang okay takde la bagus sangat, mintak la engineering pegi Sheffield University. Eh kecelaruan betul sebab mock interview mintak medic. Tak paham betoi. Haha. Pastu tak dapat sebab dorang nak kasi Mechanical engineering which memang tamauuu cek tak kuat sobss sobsss. Drama je tu. 


Bajet macam nak study kat UK sebab cantik bole main snow, buat ais kacang. Lepas tu time spring bole la study bawah pokok cam dalam gambar atas ni. Pastu kawan-kawan ramai mat saleh bole la nak ada British accent kan. Haih berangan. Silap-silap tak balik msia keje sana. hihi

Time SPM pulak okay la. Tapi malam nak SPM bole plak mengalami kecederaan tangan kanan. Hoih berdebar pukul 4 pagi time tu. Pukul 9 ade paper penulisan kot. Tabah je la. Tapi alhamdulillah :) Tak ingat camane study dulu-dulu. Sebab teruk sangat sampai taknak ingat mungkin. Tapi yang ingat soalan paper negeri-negeri lain, SBP, MRSM lain, sekolah cluster, sekolah harian, periksa guru besar guru kecik, daerah zon negeri etc tu memang banyak and tak terjawab. Tu nasib la Malaysia ada 14 negeri. Kalau 40?

Lepas dapat result, frust tertonggeng. Kebetulan hari tu nak balik kampung kat Johor. Amek result yg frust terus tak pandang pastu sedih sorang-sorang dalam kereta. Pergi pusara arwah mak terus cakap 'Sorry mak, I didn't make it' cewah English sangat kan. Hikhik. Lepas tu dalam hati cakap sebab result ceni macam nak amek engineering. Mintak Petronas and TNB. Tapi last-last medic jugak..Takpe la redha. Best jugak medic ni. Yela, sayang bole dipupuk. eceh :D Yang part medic India ni memang takde dalam list. Dulu mintak Ireland or Aussie. Interviewer tu salah dengar kot. Hahaha.

Tapi nak katanya, apa pun perancangan awak-awak / kamu-kamu, perancangan Allah tu Maha teliti. Saya belajar banyak benda. Which is, kita selalu inginkan kehidupan/benda macam orang lain walhal orang lain inginkan kehidupan/benda yang kita ada. Saya still ingat air mata ni tak berenti disaat surat Mara sampai yang ada negara Poland, Czech, India and Indon. Memang taknak pegi and sanggup buat asasi dekat UITM je. Dan air-air mata kepahitan belajar. cewah pahit benar la kan. 

Its okay kalau dapat result tak memuaskan (macam saya) sebab Allah ada perancangan yang kita tak nampak. Tapi nanti boleh sedar sendiri :) dan kalau berjaya sekarang tak semestinya berjaya sampai bila-bila. Prinsip yang saya yakin, semua orang pandai cuma perlu diasah (rajin dan peluang). My life pun is not sweet like others. I have the inferiority complex syndrome. Baguslah because I do hope that I'll become a humble person, muslimah and doctor :)

all the best to all spm candidates. Uolls can do it! prove to whoever u wanna prove to that u can do it. Nothing is impossible. Meh nak tuju lagu sikit :





Banyak lagi lagu penaik semangat ni. Enjoy your SPM!

Saturday, November 3, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AWAK

Extreme betul tajuk tapi itu hakikatnya. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AWAK U_U

Sampai hati tak jemput saya kan, sampainyaa hati muuu *eh ternyanyi pulak* Okay sebenarnya awak tak inform apa-apa atau kasi kad pun kat saya. Awak takmau saya sedih eh? wah bajet betul ayat. Lagi satu isteri awak cantik la. Manis gituuu. Baik tu saya taktau tapi bagi saya semua orang pun baik. Kan kannn? Lepas ni saya taktau camana perasaan saya tengok awak lagi. Yela status awak dah bertukar. Kalau saya balik Kedah mana nak tau terjumpa awak kan? Eh saya perah santan lagi la. Hikhik. Takpe awak, saya balik raya seminggu je taun depan. insyaAllah. 

Saya doakan awak bahagia disamping isteri yang jelitawan itu. Semoga kekal abadi hingga ke anak cucu. Kalau jumpa saya dekat mana-mana especially hospital tu tegur-tegur la ye. Ahah! memang dalam mimpi nak tegur bagai ni. Saya rasa nak delete je pos saya pasal awak dulu kala. Oh sungguh keanak-anakan ye saya dok post pasal awak. Nak gelak guling-guling jugak bila baca balik. Hiks :D Lastly, cepat-cepat usaha untuk dapatkan baby yang comel. Okeh babies pun lagi bagus. The more the merrier :) 



amboihh sweet gitu awak dan dia. Ahaha.


alolorr sweet la awak berdua ni. Moga kekal sampai syurga :)


cantik sangat kad kawen ni. Nanti kad kawen saya nak design ceni la. NX; N is me and X is the unknown person. Macam nak dekat-dekat jenama cosmetic NYX plak. Lols

Sebenaqnya cek setuju ja hang kawen dengan dia. Hakhak. Cek respek la hang sebab diam-diam berisi. Takyah nak propaganza sangat en. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. TAHNIAH DIUCAPKAN

Friday, November 2, 2012

What a day!

Today, I left the thing I bought in the autorickshaw. Aha!

Today, I feel sad and really bad. Ehem

Today, I woke up too early and yes I feel sleepy now.

Today, I need to prepare for elective presentation.

Today, I need to burn the midnight oil. Ohho!

What a day! But it's okay :)


Tamau sedih-sedih. Penat je sedih benda yang tak perlu. 

Tamau malas-malas. Usaha tangga kejayaan.

Tamau mengeluh. Kan tak baik tu.

Tamau fikir negatif. Husnuzon ye.

Keep on saying that you can do it! Ahah! :D

dan akhir kata :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.
Mereka berdoa " Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. 2:286