Semalam masuk OT lagi. HOD Surgery saya performed surgery tu so dapat la chance nak masuk. Lepas siap siap kelam kabut pakai baju hijau tak berapa lawa tu, tunggu la kat luar bilik OT nombor 1.
Pesakit berkenaan nama lupa, umur 43 tahun, procedure Exploratory Laparotomy. This is an emergency case ! kata nurse tu. Eh saya ingat lagu lagi srub nurse nama Sr Fathima. aih Muslim rupanya :D Begitu ramai orang dalam OT ada la dalam belas belas? Tengok anaesthetist pun mak aih ramai.
Dr Challani buat midline incision then bukak la semua. Then selepas tu korek korek sekejap jumpa la usus kecil ( small intestine ). Nampak la sudah hitam dan bau pun kurang menyenangkan. Doktor panggil suruh tengok tapi tak berani la nak ambil gambar ke apa tapi ada je doktor ambil gambar berkeping keping. Lepas tu dengar doktor cakap " nothing to be done, we;'re closing it'. Dia ada wet gangrene of intestine dan dah merebak ke caecum. MAK AIH APE KAU RASA KALAU KAU PESAKIT TU? nak meleleh air mata tengok. Serius ja muka kitorang student innocent ni. Doktor rileks sembang gelak gaduh kejap. Doktor tanya apa yg dia tengah jahit. Saya blur then nurse ni bagitau RECTUS MUSCLE. hoho Nasib saya berfikir selepas berdas-das soalan tertembak dekat muka. Jawapan sebenar ialah LINEA ALBA. Terima kasih otak kerana berfikir :)
Saya tak sure pesakit tu hidup berapa lama. Time tu teringat cerita Scent of Woman. Lee yeon jae pun ada masa 6 bulan je untuk hidup. Realiti hidup memang pahit dan saya pun tak tau nak cakap macam mana kalau saya di tempat orang orang sedemikian. Allahu a'alam
Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali hanya
sedikit(Al-Isra:85)
No comments:
Post a Comment