Saturday, November 26, 2011

Sobsss sobsss

Semalam masuk OT lagi. HOD Surgery saya performed surgery tu so dapat la chance nak masuk. Lepas siap siap kelam kabut pakai baju hijau tak berapa lawa tu, tunggu la kat luar bilik OT nombor 1.

Pesakit berkenaan nama lupa, umur 43 tahun, procedure Exploratory Laparotomy. This is an emergency case ! kata nurse tu. Eh saya ingat lagu lagi srub nurse nama Sr Fathima. aih Muslim rupanya :D Begitu ramai orang dalam OT ada la dalam belas belas? Tengok anaesthetist pun mak aih ramai. 

Dr Challani buat midline incision then bukak la semua. Then selepas tu korek korek sekejap jumpa la usus kecil ( small intestine ). Nampak la sudah hitam dan bau pun kurang menyenangkan. Doktor panggil suruh tengok tapi tak berani la nak ambil gambar ke apa tapi ada je doktor ambil gambar berkeping keping. Lepas tu dengar doktor cakap " nothing to be done, we;'re closing it'. Dia ada wet gangrene of intestine dan dah merebak ke caecum. MAK AIH APE KAU RASA KALAU KAU PESAKIT TU? nak meleleh air mata tengok. Serius ja muka kitorang student innocent ni. Doktor rileks sembang gelak gaduh kejap. Doktor tanya apa yg dia tengah jahit. Saya blur then nurse ni bagitau RECTUS MUSCLE. hoho Nasib saya berfikir selepas berdas-das soalan tertembak dekat muka. Jawapan sebenar ialah LINEA ALBA. Terima kasih otak kerana berfikir :)

Saya tak sure pesakit tu hidup berapa lama. Time tu teringat cerita Scent of Woman. Lee yeon jae pun ada masa 6 bulan je untuk hidup. Realiti hidup memang pahit dan saya pun tak tau nak cakap macam mana kalau saya di tempat orang orang sedemikian. Allahu a'alam 


Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali hanya

sedikit(Al-Isra:85)

Sunday, November 6, 2011

Incomplete


sweet enough to be expressed by words ^_____^ 

Clinical Posting

Hari apa tah lupa pulak saya ada masuk OT. Bukan OverTime ye tapi Operation Theatre. Ya Allah seronok betul. Lagipun bukan senang nak join senior sebab mostly senior final year je yang akan masuk OT selalu. Hari tu memang rezeki la. Susah nak digambarkan. Senior cakap doktor akan tanya soalan dalam OT nnt tapi redah je la janji nak masuk kan. Bukan tak pernah masuk tapi yang dulu tu masuk as a patient. Ni kau masuk as a future doctor. Saya takde dalam gambar sebab mana bole camwhore sorang sorang.haha.. nnt doktor campak keluar.





Oh by the way that operation was HERNIOPLASTY. Pesakit tu yang senior pergi examine time dia datang free camp dekat Jain Hospital. Pakcik tu ada Benign Prostatic Hyperplasia ( BPH ) which require him to do TURP first. TURP stands for Trans Urethral Resection of Prostate. So guys aka men, please bear in mind that you have the highest chances to het HERNIA - protrusion of abdominal viscus due to weakness of the abdominal wall. Please google the etiology for the weakness of abdominal wall.hehe.. Kesian jugak pakcik tu sebab dia under EPIDURAL anaesthetic - ala ala orang nak beranak punya bius kot sebab dia bukak lagi mata and tengok tangan dia bergetar getar. Maybe nervous la kot. Tapi I'm sure dia tak berapa nak sedar sangat and maybe tak nampak kitorang la kot sbb kesan bius tu. Khayal je..hihi. Hey entah la tak belajar lagi bius bius ni. Nanti dah belajar I'll tell you guys.

Seronok jugak posting ni tapi penat sebab maybe kena present dua kes sehari. My posting schedule 8 am till 5 pm. Wei hectic sangat !!! Balik tu rasa macam kena beli mesin urut Ogawa supaya senang muscle ache hilang. Oh terlupa nak bgtau yang saya posting SURGERY dulu. haha.. yela surgery masuk la OT. Kalau OBG kau jumpa orang bersalin and boleh pengsan tengok darah banyak. Semoga saya tak pengsan. Hospital Jain tu FULLY VEGE and tak boleh bawak non vege langsung. Nanti kena badi. Oh tipu sajeee =P Kena respect agama and kepercayaan dorg je la.

Lagi satu menyampah sebab kena pakai formal. Tapi saya pakai jugak la jeans and shirt. Boleh je cover dengan coat putih tu. Ye cover cover pun nampak la seluar jeans kaler nak hijau sikit. Tak suka skema skema ni.huhu..