Haiiipppp...
Teman nak kabor yang teman balik Malaysia aritu teman naik 5kg! Ni gara-gara makanan sodap-sodap haaa... Teman makan aje ler XD
Alkisahnya saya pergi makan kat Seoul Garden ( SG ) selepas dapat jemputan makan free daripada kawan baik saya. Yeay terima kasih cik Yam. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. hehe. Then tidur la dekat rumah dia di JB. Oh jauh sungguh JB tu tau ? Sebenarnya ni first time jugak la makan dekat SG. Jakun sungguh! SG ni ada dekat Penang, Melaka, JB ( City Square & KSL City ). Rasanya KL ada kot. Tengok dekat business kad yg dicilok aritu dia tulis yang tu je. Takpe kat KL tu berlambak tempat makan best-best. Kau dah tak ingat dah SG tu hape. muahahaha
Dekat SG ni makanan dia ala buffet. Pesanan, wajiblah puasa sunat kalau nak makan dekat situ. Makan time bukak puasa or jangan makan pagi/ malam before tu. Oh jahat pulak tak bagi orang makan tapi tu la hakikatnye. Nak duit burn terbakor ke nak kenyang? I nak konyang jah. Lagi 1, dekat situ takde toilet. Kalau keluar makanya bayor lagi skali la yek. Pastikan dah buang segala yang patut kang nyesal lagi skali. Dekat mall yang saya pergi ni dia jenis beratur kat luar. Ke semua sama je? eh lantak la. Pastu bayor dlu then cakap la nak sup ape. Memandangkan cikyam dan saya kipas susah mati korea so kitorang pun beriya amek sup kimchi tu :D Sup kimchi lagi better dari kimchi sayur.
Ni dah start masak. Macam main masak-masak pulak rasanya XD kat tepi tu la kan tempat feveret sebab bakor-bakor. Kite bakor kite bakor!
Segala jenis seafood ada kat sini. Kitorang amek pakai bedal je letak dlm 1 pinggan. Dah tu jenis amek banyak-banyak sebab nnt malas nak amek dah.
Part daging ni yang best. Kalau tgk cite korea or variety show especially Running Man kan, banyak dorang bakar-bakar korean beef. Ni Malaysian beef punya version. Ala boleh la jugak..hihi
Sape-sape yang terer pakai chopstick tu pakai la. Kau boleh eksyen dekat orang sebelah kau yang berbangsa cina tu. Ape dia ingat Melayu tak reti ke makan pakai chopstick ? muahaha. eksyen tau orang sebelah asek dok usya kitorang makan. tah pape
Ni versi daging black paper ke hape. Lupa dah. Macam-macam perisa daging.
Ni cikyam. Sempat lagi tu. Tengok la penuh meja tu
Sebenarnya ada banyak gila makanan kat situ just tak sempat nak tangkap. Yela sibuk makan.hehe. Kalau nak buat ala-ala ramen tu pun boleh. Pegi je amek bahan ape yang nak letak then nnt campak-campak je. Kate main masak-masak :P
Takyah cover sangat lah kan. Lapaq weyh
Muka pacat kekenyangan. Haruslah bergambar kenang-kenangan XD thanks cikyam! lebiu memuahhhhh
Cikyam pesan dekat sini makan relek-relek je. Jangan kalut. Agak kalau penuh tu berehat sebentar. Amek banyak gila kot. Pastu kitorang jahat g letak balik dengan cara buat-buat macam nak amek kan. Nakal sungguh tp best..hahaha. Ada jugak eskrem kat situ. Siap ada toping suka hati kau nak letak apa. Boleh la dua round makan eskrem. Tiap round cedok 3 eskrem. Kata kat cikyam, bahagian eskrem dalam perut muat lagi ni. Hehe. Ingat lembu ke ada 4 perut? HAHAHA. Harga kat SG ni gerenti sangat murah. Student pun mampu. Jakun kot tengok harga murah rasa mcm tak caye. Over-lah.
Till then, Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment