I've been dreaming that someone really good-looking would come into my life. Gotcha! ^_^
Tau tak semua baby bermimpi semasa dalam perut ibu. Comel bukan ? Oh patut la ada baby yang tersenyum masa tido. :D
“Dreams are the touchstones of our characters.” – Henry David Thoreau ( googled somewhere)
Lately ni asyik bermimpi je. Mimpi ni complex sangat la. Kadang-kadang rasa takut and doa Ya Allah jangan bagi aku mimpi ye malam ni. How pathetic it was ! I'm not joking, but it happened all the times. Tak kira la pagi ke malam ke siang tengahari buta ke. for sure 80 % akan mimpi. Yep, dreaming is one of the body proses. Tapi pelik la kalau mimpi tak pernah jumpa orang tu then kita jumpa.
Kadang-kadang pikir jugak, roh-roh kita berkeliaran sana-sini ke? Orang cakap jangan percaya mimpi. Tapi kan T___T huuuu nak menangis la. Contohnya, dalam situasi malam tu kau tido then mimpi la makan karipap, tup tup esoknya mak kau beli karipap then kau pun makan. Time makan karipap kau teringat, eh aku mimpi makan karipap la semalam. Thanks emak ! waaa seram kau. Agak-agak mcm psychic tak ?
Ada sekali tu kan, saya ada la suka kat sorang ni. Malam tu mimpi dia hantar SMS meluahkan perasaan. Hepi la kan dalam mimpi tu berbunga-bunga. Lepas tu fikir ni mimpi je. Tarak papa lah. Tengok-tengok lepas dua tiga hari dia confess face to face. Wei kau nak cakap apa ? Rasa macam eh bestnya mimpi tapi macam mana kalau mimpi buruk ? Oh kalau boleh tak nak mimpi. Dulu time nak dapat result SPM pernah mimpi jugak. Ada dua subjek A2. okay I memang tak bape cerdik sangat kan. huhu.. Skali kau tengok la SPM betul-betul ada A2 T__T subjek je la lain dalam mimpi and real result tu. Benda ni macam terbalik sikit la tapi ada la hint-hint tu. Tapi memang dari dulu tak pernah amek kisah bab mimpi ni sebab memang jarang mimpi kan.
Tapi mimpi ni dah berkembang dengan jayanya dalam otak fikiran. Sampai mimpi kena kawen paksa la, nak kena rogol semua ada. Wei fantastic gila macam drama kau tau ! EH betul ke orang cakap mimpi ular ada orang masuk minang ? Bagi saya mimpi tu la paling tak boleh pakai. Orang lain betul la kot. Entah. Lepas tu mimpi mati tu mesti ada. Ya Allah.. takutnya. Macam real kot. Nak menangis bangun tu. Yang peliknya, mesti ingat punya la mimpi ni.
Ada la sekali tu mimpi soalan exam. Lecturer patho bagitau soalan bocor. Ape lagi dalam mimpi tu kelam kabut kot salin. Tapi tak ingat yang lain and last skali dia cakap 'part myocardial infarction - enzymes '. Wohooo sekali keluar kau ! soalan 5 markah short essay. T____T nasib la baca sebab kot la masuk. Lepas ni jangan ada orang datang mintak soalan exam pulak ye. Kang nangis saya nak perah otak.
Bab kawen pun tak terkecuali la. Mimpi ada anak, tunggu laki balik keje, mimpi mengandung la. Entah anak sape pun tak tau. Eh scary la wei T___T bangun-bangun tu terus macam, bila masa aku kawen ? Tapi balik cuti haritu ada mimpi kena kawen. Siap tengah bersiap pakai tudung nak g akad nikah. Tak kenal plak sape laki tu kan. Dialog dirahsiakan. Muahahaha. Pastu dalam mimpi tu kawen tak panggil pun kawan baik. Terkejut ke hape tah. Pastu berenti. Mimpi tergantung. Sekali in reality bukan saya kawen tapi kawan saya. Oh dia tak bgtau pun dia nak bernikah. Fuhh lega la kan bukan diri sendiri kawen. And memang dia tak jemput kawan-kawan pun. Ok ada hint jugak tu. Ada jugak mimpi kawan saya kawen. Kepada kawan yang berkenaan, jangan percaya ye mimpi ni. Maybe orang lain la tu. hehehe. Karang tak pasal kena tuduh tabur fitnah ke hape. Kadang-kadang kalau mimpi tu best sampai kau rasa berbunga-bunga kot. Rasa macam real gila perasaan tu. Mimpi dalam mimpi pun ada jugak. Aihh. Macam Inception pulak kan.
Dah la pasal mimpi. Nak tido and berharap tak mimpi. Ok jangan percaya mimpi ni liza oiii.. Percayakan Allah s.w.t. He is the one you should believe in.