Sunday, July 28, 2013

Emosi kaw kaw

Hari-hari rasa nak sentap. Entah pasaipa la dengan diri ni. Dugaan bulan puasa agaknya. Nak balik raya :'( Ni belum lagi malam raya. Malaysia raya awal sehari. Mau lah den sentap tahap dewa nangis mengenangkan nasib diri di perantauan. Lepas tu ketupat rendang pun takdak. Hari raya masak nasi ayam je la kot. Ke nasi lemak? :(

Mak.. liza rindu mak. sobss

Nak makan ketupat, nasi impit, soto, rendang.

Nak buat kuih raya dengan family.

The only raya yang saya rasa paling best ialah kat Johor. Somehow I hate raya kat Kedah. Just feel like I dont belong to Kedah. No I am not Kedahan (walaupun IC alamat kedah). I am proud to be Johorean. Orang Kedah pelik la time raya sebab tak makan nasi impit. Masa tahun bila entah tak ingat tapi ada ke malam raya tu tanya la mama (mak tiri iolss) tak buat nasi impit ke? Pastu anak dia jawab, orang tak makan nasi impit la hari raya. Hoiii sentap kau. Sumpah tu first time raya dengan bapak den dan mak tiri den. Pecaya? Kalau raya kat Kedah pun selalu raya dengan abang and kakak which culture Johor, makanan Johor tetap ada. Kitorang tak cakap Kedah pun kat rumah. Kadang tu bapak den selalu perli cakap KL dengan den. Den kan Kedah celup. Somehow untung jugak la tak balik sebab takde la kena perli. Hidup ku yang penuh duka lara. Sobss

Taktau nak cakap apa lagi. Dok jeles dengan kawan-kawan lain balik, or kawan-kawan yang memang kat Malaysia tu. Bestnya diorang. Please jangan sentapkan saya lagi. Mohon sangat. Dulu kecik-kecik orang selalu cakap, liza anak yang malang (due to some reasons). Malang sungguh la kot ni beraya kat sini. U_U

Sabar je la. Ada jugak mogok pergi hospital hari raya nanti. 

Friday, July 26, 2013

Balik raya?

Actually confuse dah nak balik raya ke tak ni? Tiket MAS tengah murah gilos. Murah pun seribu ringgit jugak la kan. Isk isk... tapi sebab seminggu je lepas tu kalau raya Rabu / Khamis so berapa hari je la kat Malaysia untuk raya. Nak kena balik KL dulu before balik India. Aihh.. berbaloikah? Bab study okay je kot sebab dulu nak SPM pun boleh je study time raya. Haha. Gigih disitu. Ramai orang balik :( semua pun brainwash suruh balik.

Besides, I still have something to do with that money. More confusing here.

Enough said. Need to think wisely.


You can take everything I have 
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows, still are broken, but I'm standing on my feet

Good night and assalamualaikum.

Wednesday, July 17, 2013

Tears again

Today's story is kinda similar from yesterday. A female child around 8 years old came with her father. She's having cold and flu. Rupanya budak ni pernah stay dekat Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Berat dia time tu 860 grams! Tak leh percaya mula-mula. Aishh takleh nak describe la perasaan sedih ni. Ayah dia cakap la she's not eating well. Then doktor Shivaleela cakap ' if you dont wanna eat, then I'll put a tube from your mouth to your stomach. Then your mom need to push the food inside that tube (while showing the stets tube) and you need to go to school with that tube plastered around your mouth'. haaa ayat macam tak berapa nak sedap tapi caring kot. Tskk tersentuh I ni yang tengah emosi. Hormon ni urghhh. The conversations went on. Comel je budak tu.

Adakah ini bermaksud I need to be a peadiatrician? Mixed feelings. I love OBG. Oh Allah. Compare to third year, sekarang baru boleh adapt for each postings (except orthopedics).

Budak-budak memang penyeri hidup :) Tak sabar nak jadi mak-mak. Hahaha

Dang

Tuesday, July 16, 2013

Paeds

Today is my second day in Peads posting. Somehow hati rasa sayu je. tsk :( tengok budak-budak sakit memang tak best. Lagi-lagi negara susah. Tengok parents muka susah hati anak tak sihat. Muka mereka pun macam terpancar 'ye doktor tolonglah rawat anak saya, saya tak kisah berapa pun kena bayar. saya sanggup bergolok bergadai' Dari budak berapa bulan sampai la budak besar sikit. Ada satu patient dekat out-patient department (OPD) tadi. Dia sebenarnya in-patient tapi sebab pre-operative check-up so datang la dia ke OPD. Ya Allah.. budak ni senyum je walaupun dia ada cleft lip and cleft palate. Some of you might not know what it is. Okay I will show you the pic (not that kid la). Terfikir jugak dengan macam tu dia senyum je. Sayu je tengok :( :( Terfikir jugak kita ni macam tak bersyukur dilahirkan sempurna. Kita pandang orang yang cantik dari kita (me lah of course) sedangkan ada budak-budak lain yang berharap untuk hidup macam kita, makan sama macam kita, etc etc. 



Budak tu besar dalam 8 tahun. Pakcik google tunjuk gambar baby je. So bayangkan budak tu sampai 8 tahun membesar dengan defect macam tu. Tak ke sedih? Mesti susah nak makan, minum, bercakap and interact with other kids kan? :'(


Hari ni first time rasa sedih tengok budak tu. Nak jatuh dah air mata tadi tapi sebab kawan-kawan ada dan doktor pun 3 orang dalam tu takkan la nak nangis. Nekad balik rumah nanti nangis. Ni tengah nangis la ni. Tiba-tiba datang satu keazaman. Dear kid, if you are my future patient someday I will treat you whole-heartedly, with so much love and help you unconditionally. InshaAllah.. now I know exactly what am I going to be in the future. Berharap semoga saya dapat menjalankan tugas ini dengan amanah dan buka kerana duit. 

I can't write anymore sebab air mata ni penuh sangat. I bet this week gonna be an emotional week for me. Emo yang nangis bukan yang mengamuk. Kalau mengamuk pun nangis gak. Tskk :'( semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau orang lain lebih, mungkin rezeki dia. Rezeki kan datang dari Allah dan Allah kan Maha Adil.



Saturday, July 13, 2013

Bye surgery and hello Peadiatrics!

Habis sudah exam surgery semalam. I think my brain ni takleh la nak function sangat kalau tak tido. I tido la tapi not sound. Senang terjaga and cepat-cepat study. Penuh la buku kat katil. Lepas tu bila jawab paper OSCE lajuuuu je jawab walaupun sepuluh soalan dalam 5 mins. Tapi bila jawab oral mak aih nak kena force my brain. Ade ke dah proceed to past history then teringat jawapan kat history of presenting illness. Haha nasib doktor baik.

I think I'm not very lucky tapi somehow I fikir apa la sangat dengan luck kan? Allah dah tetapkan I dapat kes hernia. Budak lain dapat kes thyroid yang memang wei gila senang! Tapi takpe, I can do it too. Allah knows that I can do it. Maknanya kena la study kan kes apa pun. Takleh nak pilih pesakit nanti. I kagum sangat dengan doktor sini and I nak jadi macam diorang. Cakap pasal doktor, ada la sorang doktor ni even dah tak posting dengan dia tapi dia sengih la sampai ke telinga bila nampak I. Hihi comel. Ada la I pergi consult dengan dia haritu and tiba-tiba sesi kaunseling je banyak. Hahaha. Dia ni pakar motivasi la. Dia ajak pergi kampung dia kat Hyderabad. Hahaha kemain. Nanti la nak pergi. Nak jalan-jalan India before habis belajar. 


Like seriously doktor sini baik sangat. Yang garang tu ade la tapi sebab nak mengajar kan. Kalau tak garang tak belajar la. Macam abang-abang je tau. Hihi. Umur pun 25 above je. Lepas ni masuk Peadiatrics dapat tengok baby comel. Yeayyy. Tapi I tak minat paeds sangat sebab dia macam medicine. OBG is my last posting. Sigh. Then final year here I come. Hehe. I promise nak jadi student yang rajin. I promise ni. See my left hand. Cewah... macam video couple tu pulak. Hahaha. Sebab my job is to serve people and treat them. Hey nanti kena angkat Hippocratic Oath :)

Friday, July 5, 2013

Short post

Just a short post. Nak dekat end of posting surgery. Wuuu berdebar tapi takde effort nak merajinkan diri lagi ni. Sigh. Okay from now onwards la. No facebook, twitter, and all those stuffs. Tengok fatin liyana study gila-gila rasa berdebar pulak. Yela tak lama dah nak final year.

I feel so distracted these days so maybe I won't be able to layan all those perasaan lah! LOL. Focus on finishing this MBBS dulu.

Lepas ni masuk Peads. Habis la kau budak! Grrr.. err cakap pasal budak, saya ni tak pandai sangat layan budak. Boleh la layan tapi tak sepandai adik saya. Maksu saya siap cakap liza ni nanti mesti dapat anak lambat. WHAT?? Ok nak kahwin sekarang jugak. Sentap hatiku tau. Tau la tak berapa nak ehemm (laku?) Sobss :'( Lately semua pun suruh kahwin. Kalau la kahwin tu semudah ABC confirm esok pegi akad nikah dah. Haha