Kepada bapaku sayang..
Selamat Hari Bapa diucapkan dari anakmu yang jauh diperantauan.Walaupun jauh bapak tetap berada dekat dihati.Jangan risau dan gundah gulana kerana bapak tetap muda dimata anakmu ini.Liza ingat lagi tahun lepas liza buat jugak entry yang sama sambil nangis-nangis.Serius sedih dan tersedu-sedan mengenangkan hati ini yang rindu padamu bak gunung Himalaya.
Maaf bapak jikalau Liza tak pernah menjadi anak yang baik,ada terkasar bahasa,tersalah bicara.Ketahuilah bahawa anakmu mencintai dan menyanyangimu.Kau lah lelaki pertama yang hadir dalam hatiku. *maaf bakal suamiku kerana anda insan kedua*huhu... walaupun tak pernah ada calon dan lambat lagi tapi nak tulis juga.Jangan salah sangka :)
Liza juga nak minta maaf kerana selalu malas.Ye dengan adanya post ini maka semua rahsia akan terbongkar.HAHA..liza juga jarang call bapak sekarang kerana kredit selalu habis cepat dek kerana liza boros menggunakan kredit IDD/STD call.Lagi satu,minta maaf juga kerana sepanjang Liza lahir kita pernah beraya beberapa kali je.Boleh kira guna jari :( Lastly Liza berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Terima kasih juga kerana selalu mendoakan Liza disini.
Post ini macam ucapan Hari Raya.Tapi inilah luahan hati Liza
With love,
Liza.