Wednesday, September 11, 2013

Habis sudah tahun 4 :D

Alhamdulillah harini tamat sudah final exam tahun 4. Lepas cuti masuk tahun 5. Pulang kali ini membawa harapan dan jugak buku-buku. Hihi. Lantak la orang nak cakap ulat buku ke janji I CAN BE A DOCTOR AND I WANNA PASS WITH FLYING COLOURS. InshaAllah...

Cerita pasal exam memang bosan. Well kali ni lain sikit sebab tak stay up. Pukul 1.30 am dah masuk tido. Hihi. Nescafe kena minum sebab terpaksa. Sorry jantungku. Lepas ni kita layan green tea aje. Hiks :D Basically soalan exam jenis yang belajar dalam kelas and tengok kes apa kat hospital. Alhamdulillah alhamdulillah... semua diagnosis saya betul tapi part management kelam kabut sebab dah tercampur. Takpe next time I will try harder! Part yang best sebab tadi keluar soalan Henoch Schonlein Purpura (HSP) and saya teringat time oncall 3rd year dulu sebijik patient tu datang dengan clinical features tu :) benda yang kita tengok mostly kita senang ingat. Kadang tu buku cakap semua clinical features tapi patient datang dengan common clinical features je.

Rasa semangat ni. Hihi. Nak belajar betul-betul nak jadi doktor yang dapat membantu orang lain. Nak jadi positif. Nak jadi muslim yang hebat. InshaAllah.. 

Kepala dah teringat kampung halaman, tanah tumpah darahku, pelita nasi kandar, makanan, dan kepanasan Malaysia!

Mak... I am gonna make you proud of me!

Thursday, September 5, 2013

Hurm Urm Hmmm OBG why u so scary?

I'm gonna be hiatus for a while. Cewah hiatus gituu

Exam nak dekat. OBG posting is killing me

Cant go home early. Stucked with PG's classes - today is Audit day. First week of every month. poor PGs, and us of course!

I hope my first posting for final year is not OBG! Cukup-cukup lah tension tak habis lagi. Hati terluka, berdarah, tapi nak buat macam mana doktor kena hati kering. Aish susah betul hati basah ni. 

Kenapa doktor suka marah-marah? Kenapa??? Tak boleh ke nak happy with your students. Jika saya ada students akan ku ajari mereka dengan penuh kasih sayang. Bukan kasih dan sayang selepas air mata mereka jatuh. Ah, apakah ku merepek? Semoga PG tadi bertabah. Takmau nangis dah tauu (bajet dia baca blog ini)

Kesian betul tengok Dr Madhu. Dah dua kali nangis. Sobss

Sekian.

Saturday, August 31, 2013

mimpi

Meh nak cerita. Haha lawak pun ada mimpi-mimpi den ni.

Well, saya mimpi awak call saya cakap awak nak kahwin dengan salah sorang kawan saya (nama dirahsiakan). Ohmaiii terkejut beruk ok. Macam mana kenal pun tak tahu la. Then I keep on asking kenapa Cik Aminah (bukan nama sebenar) ???Awak tak jawab pun dan awak nangis. Lepas tu saya tanya your gf camane. Awak cakap dia takleh terima jugak. Lepas tu saya nangis sebab nampak awak nangis. Konfius jugak camana nampak entah padahal tengah cakap fon je pun. Hahahahaha. Family awak tengah bersiap nak pergi Terengganu sebab my friend tu orang ganu. Perghh sedih gilos. Aish nape sedih entah. Kenapa la awak call saya. Pergi je kahwin takyah mintak izin ke ape. Kalau tak bagitau pun takpe. Sedar je dah subuh lepas tu fuhhh lega mimpi je. Pelik jugak kenapa mata saya basah and bengkak? Tula sape suruh awak nangis. Kan dah meleleh air mata.

Saya pergi ke hospital dengan mata bengkak dan pening kepala. Dah la OBG posting ni disaster! Ni esok semua kena pergi hospital sebab kena denda sebab lambat masuk OT and ada yang missing time ward round. Argh reality hurts.

Oh when I saw something on instagram betul lah awak pergi ganu. Ada kenduri ke? Mimpi tu ter-twist sikit la kot. 

Epic. Drama. Taknak mimpi dah. Oh Allah.... please :( tu belum masuk cerita mimpi lain. Sobss

Tuesday, August 27, 2013

Tak sabornye nak balik msia!!!

Aishh homesick sangat. Nak dekat exam homesick. Homesick je time nak exam. Tak paham. Padahal dah besar :( Tiket balik is on 13/9 but my dad pergi haji on 12/9 which is pagi. Tarikh exam tak sure lagi. Possibility awal tu ada tapi hurmm takmau la awal sangat. Berdoa supaya exam on 11 and 12 or 10 and 11. Amin... seriously subject killer kot. Sometimes I just hope OBG is the only subject. Sobss.

Tak sabar nak balik cuti sebab nak kasi cupcakes. Muahaha tak serik. Takpe la dah niat haritu mana boleh tak buat. Nak buat surprise takut tak jadi. Plan tak tau camana. Maybe balik Kedah, then Johor. Ohmai Johor tu tak sabar. Kehkeh. Harapannya supaya orang tersebut terima la cupcakes itu dan makan dengan jayanya. Amin amin.. :)

Haruslah setadi ye dak? Kepada awok, setadi jugak tau. I know you are smart :D Kalau usaha sikit perghh entah-entah dekan. I pray for you too. You know doa musafir mustajab kan? hehe. Jaga kesihatan jugak. Kadang tu rasa better macam ni kan? Kalau mesej je asyik gaduh or sentap.

Eh harap-harap la awok baca. Malu je cakap sorang-sorang. Haha. Gilos ko apo.


Saturday, August 24, 2013

Kisah of the day

Takde kisah pun sebenarnya. Hari-hari yang dilalui sama je bangu, pergi hospital, balik lambat, study sikit, penat, then tido. Nak final exam dah. Risau jugak ni. Tapi takpe inshaAllah boleh. Lagipun fourth year rasanya semua akan lepas sebab Professional exam tahun depan masa final year.

Sebenarnya saya rindu la jugak kat someone. Aishh. Rindu tak bertempat orang kata. Dah la dengan homesick tambah pulak dengan personsick. I put all the blame on me la of course. Sape suruh tak pandai handle perasaan. Sape suruh terhegeh-hegeh sangat. I bet it is one of the learning process. Mana pernah nak alami benda macam ni, sekali alami perit kaw-kaw. Need to sacrifice friendship jugak la. Maybe later bila everything get back to normal, boleh kot nak berkawan (if that person want it too). Kesian jugak sebab on and off benda ni tapi takda cara lain dah U_U He is so nice, but me yeah you know (refer to the above).

I fikir jugak, kalau still teruskan kawan nanti I timbulkan masalah, syak wasangka all those crappy stuffs. Baik tak payah. He hurts, I'm hurt. By the way, I ni mulut laser jugak la. I keep on regretting what I've told that day. So stupid kan. Apesal la tak diam je and walk away. There is a saying, 'If you can't be good then be silent' Sobss.

Reminder of the day, be nice to everyone, if it hurts then be silent.

Saturday, August 17, 2013

Eop Peads

Baru je habis eop paeds dengan jayanya. Alhamdulillah.. tapi baru eop and osce belum teori lagi.

Alkisahnya, dapat kes dysentry baby 7 bulan. Alahai comei sangat aih. Time tanya mak dia tu boleh pulak dia gelak-gelak ingat orang nak main dengan dia. Eyyy gewam. Dah la orang tengah nervous. Haha.

Comel la baby ni. Aippp sabar-sabar. Hahaha.

Tu je nak cerita. Lepas ni masuk OBG. Dengar kata kena pergi awal dari biasa sebab ward round pukul 8. Of course la kena prepare case before round. Mahu naya kalau malas ni >.< Oh OBG why u so stress? Kesian dekat orang nak beranak tahu?

Tuesday, August 13, 2013

Have I told you lately that I love you?

Time nak exam peads esok la dok gila suka lagu ni. Sampai rasa nak study dengar lagu padahal bukan boleh fokus pun. Aip.. apakes la.

Ni semua pasal someone pegi comment lirik lagu ni tahun 2011 dulu kot? tapi lirik tukar la. hahaha lama dah. Rindu la kat orang tu (padahal dia tak rindu cek pun) sigh.


:)

somehow someone can make you smile, always there for you without even you realized. 

I am glad to know you seriously

macam chipsmore! lols