Saturday, August 31, 2013

mimpi

Meh nak cerita. Haha lawak pun ada mimpi-mimpi den ni.

Well, saya mimpi awak call saya cakap awak nak kahwin dengan salah sorang kawan saya (nama dirahsiakan). Ohmaiii terkejut beruk ok. Macam mana kenal pun tak tahu la. Then I keep on asking kenapa Cik Aminah (bukan nama sebenar) ???Awak tak jawab pun dan awak nangis. Lepas tu saya tanya your gf camane. Awak cakap dia takleh terima jugak. Lepas tu saya nangis sebab nampak awak nangis. Konfius jugak camana nampak entah padahal tengah cakap fon je pun. Hahahahaha. Family awak tengah bersiap nak pergi Terengganu sebab my friend tu orang ganu. Perghh sedih gilos. Aish nape sedih entah. Kenapa la awak call saya. Pergi je kahwin takyah mintak izin ke ape. Kalau tak bagitau pun takpe. Sedar je dah subuh lepas tu fuhhh lega mimpi je. Pelik jugak kenapa mata saya basah and bengkak? Tula sape suruh awak nangis. Kan dah meleleh air mata.

Saya pergi ke hospital dengan mata bengkak dan pening kepala. Dah la OBG posting ni disaster! Ni esok semua kena pergi hospital sebab kena denda sebab lambat masuk OT and ada yang missing time ward round. Argh reality hurts.

Oh when I saw something on instagram betul lah awak pergi ganu. Ada kenduri ke? Mimpi tu ter-twist sikit la kot. 

Epic. Drama. Taknak mimpi dah. Oh Allah.... please :( tu belum masuk cerita mimpi lain. Sobss

Tuesday, August 27, 2013

Tak sabornye nak balik msia!!!

Aishh homesick sangat. Nak dekat exam homesick. Homesick je time nak exam. Tak paham. Padahal dah besar :( Tiket balik is on 13/9 but my dad pergi haji on 12/9 which is pagi. Tarikh exam tak sure lagi. Possibility awal tu ada tapi hurmm takmau la awal sangat. Berdoa supaya exam on 11 and 12 or 10 and 11. Amin... seriously subject killer kot. Sometimes I just hope OBG is the only subject. Sobss.

Tak sabar nak balik cuti sebab nak kasi cupcakes. Muahaha tak serik. Takpe la dah niat haritu mana boleh tak buat. Nak buat surprise takut tak jadi. Plan tak tau camana. Maybe balik Kedah, then Johor. Ohmai Johor tu tak sabar. Kehkeh. Harapannya supaya orang tersebut terima la cupcakes itu dan makan dengan jayanya. Amin amin.. :)

Haruslah setadi ye dak? Kepada awok, setadi jugak tau. I know you are smart :D Kalau usaha sikit perghh entah-entah dekan. I pray for you too. You know doa musafir mustajab kan? hehe. Jaga kesihatan jugak. Kadang tu rasa better macam ni kan? Kalau mesej je asyik gaduh or sentap.

Eh harap-harap la awok baca. Malu je cakap sorang-sorang. Haha. Gilos ko apo.


Saturday, August 24, 2013

Kisah of the day

Takde kisah pun sebenarnya. Hari-hari yang dilalui sama je bangu, pergi hospital, balik lambat, study sikit, penat, then tido. Nak final exam dah. Risau jugak ni. Tapi takpe inshaAllah boleh. Lagipun fourth year rasanya semua akan lepas sebab Professional exam tahun depan masa final year.

Sebenarnya saya rindu la jugak kat someone. Aishh. Rindu tak bertempat orang kata. Dah la dengan homesick tambah pulak dengan personsick. I put all the blame on me la of course. Sape suruh tak pandai handle perasaan. Sape suruh terhegeh-hegeh sangat. I bet it is one of the learning process. Mana pernah nak alami benda macam ni, sekali alami perit kaw-kaw. Need to sacrifice friendship jugak la. Maybe later bila everything get back to normal, boleh kot nak berkawan (if that person want it too). Kesian jugak sebab on and off benda ni tapi takda cara lain dah U_U He is so nice, but me yeah you know (refer to the above).

I fikir jugak, kalau still teruskan kawan nanti I timbulkan masalah, syak wasangka all those crappy stuffs. Baik tak payah. He hurts, I'm hurt. By the way, I ni mulut laser jugak la. I keep on regretting what I've told that day. So stupid kan. Apesal la tak diam je and walk away. There is a saying, 'If you can't be good then be silent' Sobss.

Reminder of the day, be nice to everyone, if it hurts then be silent.

Saturday, August 17, 2013

Eop Peads

Baru je habis eop paeds dengan jayanya. Alhamdulillah.. tapi baru eop and osce belum teori lagi.

Alkisahnya, dapat kes dysentry baby 7 bulan. Alahai comei sangat aih. Time tanya mak dia tu boleh pulak dia gelak-gelak ingat orang nak main dengan dia. Eyyy gewam. Dah la orang tengah nervous. Haha.

Comel la baby ni. Aippp sabar-sabar. Hahaha.

Tu je nak cerita. Lepas ni masuk OBG. Dengar kata kena pergi awal dari biasa sebab ward round pukul 8. Of course la kena prepare case before round. Mahu naya kalau malas ni >.< Oh OBG why u so stress? Kesian dekat orang nak beranak tahu?

Tuesday, August 13, 2013

Have I told you lately that I love you?

Time nak exam peads esok la dok gila suka lagu ni. Sampai rasa nak study dengar lagu padahal bukan boleh fokus pun. Aip.. apakes la.

Ni semua pasal someone pegi comment lirik lagu ni tahun 2011 dulu kot? tapi lirik tukar la. hahaha lama dah. Rindu la kat orang tu (padahal dia tak rindu cek pun) sigh.


:)

somehow someone can make you smile, always there for you without even you realized. 

I am glad to know you seriously

macam chipsmore! lols


Monday, August 12, 2013

hello bangalore

Alhamdulillah selamat sampai bangalore. Post raya nanti la ye. Haha pemalas.



Maksu cek dia super excited dengan camere 360 ni. So layan kan aje. Hihi. Kuih raya rendang semua ada. 

Jadi student balik. Argh.

Thursday, August 8, 2013

Pre Eid 2013

Dalam erti kata lain malam raya la lebih kurang. Haa malam raya part tak best takdak ayaq. Sabaq je la. Rasa bagus kalau balik Johor ni. Haha. Alhamdulillah air ada lepas kitorang balik dari uptown. 

Yang peliknya raya tahun ni, everyone is over excited dengan inai. Yes, I also bring Indian henna. Dekat uptown ada la kedai inai bercorak-corak? Kaya la rasanya makcik tu. Ni dah macam nak kahwin je. In term of baju raya pun orang sekarang dah overrated. For me, cukuplah beraya dengan keluarga. I did not buy any baju raya, kasut raya, tudung raya. Nothing! Dulu kecik-kecik mungkin lah excited nak raya sebab serba serbi baru. 

Malam raya jugak lah dapat advance birthday treat. Alhamdulillah.. thank you Keon. Tudia advertise nama kat sini. Keon memang baik walaupun jarang mesej dan bersembang. He is the typical boy lah kalau bersembang. Grr selalu sentap gak dengan dia. Sanggup bersusah payah harini walaupun busy sedara mara datang. Pergh ni tahap bosan dah ke dok umah tok? Just hope that one day you will marry the one that you love. For Keon, I will describe him as good, intelligent, and gegeh guy. He always gegeh dari dulu. Haha. He gegeh-ly sent me snowballs dekat ym after tahu i tak dapat Ireland. I sentap tahu? He gegeh-ly nak tumpang after interview petronas but then taknak sebab malu. He gegeh suruh kirim salam and asyik je minat perempuan cun. Bila tanya cun hang tu macam mana? He said i dont know. Gegeh sangat. He gegeh-ly said unnecessary things about kahwin but then I know la sapa dia suka. Gegeh nak buat scandal. He gegeh-ly cakap dia pemalas padahal rajin je kot. Kat mrsm dapat pointer 3.5 above every sem! Sekarang dah pandai lock whatsapp. Perghh berahsia sangat dengan Miss B dia tu. Hahaha. Omg I just realized selamba badak je I check phone dia. Gulp. Okay dia yang over bagi. Haha. Dia tak pernah check phone I pun. Tudia rileks sangat kan dengan dia ni? I pakai selekeh lagi la dia tak kisah. Tak pernah cover. Enough with Keon. Tanya khabar pun sebulan sekali. Tu la the only pemalas dalam diri dia (eh bersebab jugak tu)  Habis kalau dia baca ni -__-

Sambung part raya, ketupat pun order. Ya Allah, raya tahun ni lain sikit la. Huhu. Esok balik Changlun wehoo.
As I describe one of my friends, that does not mean that yang lain jahat. Lain tu baik jugak, but then as one of my friends said to me, every person lain-lain kan :) SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Hee budak Bangalore raya lambat sehari. *gelak jahat*