Wednesday, February 26, 2014

Midnight post

Besok exam medicine. Banyak lagi tak revise. Doakan saya ye.. Lepas tu boleh pergi mumbai dengan gembira inshaAllah. Tak sabaq nak sailing kat gateway of India. Adios! 

Wednesday, February 5, 2014

Free Camp

Rasa nak tulis something dekat belog ni. Lepas tu macam malas-malas sikit. Hurmmm. Lepas tu malas-malas banyak. Sebenarnya nak tulis dari dua hari lepas. Banyak je yang nak tulis. Gembira sedih duka lara semua tu asam garam kehidupan kan. Nak cerita nanti hati berdarah pedih lepas tu sakit. Lepas tu burst nangis sorang-sorang. Takda siapa nak hulur tisu, kena pegi ambil sendiri okay! T.T

Alkisahnya hari Ahad lepas pergi free camp. Disebabkan saya posting Medicine maka  WAJIB pergi. Alhamdulillah doktor-doktor tak emo, kalau tak stress ok!

Anak buah dah bertunang Sabtu lepas. Tak sempat nak bersembang panjang sebab ada KELAS! Bukan sebarangan kelas, lecture straight 2 jam lebih kadang sampai 3 jam!! Takda cuti minggu lepas. Sabar je la.

Moment happy termasuklah apabila keluar makan, tengok arianna rose dan tidur. Haha. Ni pun tergendala berapa episod dah.



Entah bila Dr Sarang ni photobomb gambar ni. Kemain elok je senyum. Haha





Thursday, January 2, 2014

Story of new year 2014

HAPPY NEW YEAR 2014 everybody. May this year brings a lot of happiness and prosperity to all of you :)
Tahun ni takda specific azam, mungkin sebab semuanya tak tercapai. Haha. Azam utama habiskan belajar dengan jayanya. Insha Allah. Bila orang tanya, bila habis belajar ni? Dah boleh jawab this September. InshaAllah :) haruslah setadi kuat-kuat ye dak? Haha.

This year jugak kawan baik saya nak bertunang. Happy for her :) right now I don't want to think about marriage yet. Enjoy life dulu. Hihi. Semua benda ini Allah dah tentukan, kenapa nak rushing kan?

Oh well, one of my groupmate pernah cakap macam ni 'nak pikat lelaki senang je, melalui perutnya' eh of course yang cakap tu lelaki. He keeps on making me so confuse lah. Kadang tu I replied 'kau kenapa ni?' dengan nada a bit rude. LOL. I don't know what was his motif behind that. Cewah pikir dalam sungguh padahal saja nak bodek suruh orang masakkan untuk dia la tu. Haha. So much drama la dengan budak-budak group ni since 4th year. Nanti kalau rajin saya compile semua gambar mereka. Nak start tangkap gambar candid la. Tehee. Ukhuwah fillah!

This final year starts smoothly jugak. Alhamdulillah markah Peadiatrics A and dapat highest for OSCE. Alhamdulillah again. So basically Allah want to make it as a booster for me to study well la kan? InshaAllah. Saya selalu takda konfiden kalau bab exam sebab saya baca buku (study) tak macam orang lain. Seriously. Ingat lagi time nak jawab OSCE saya nervous sebab pagi tu saya menyesal tak baca sungguh-sungguh (hafal) sebab orang lain perghh konfiden hafal. Then tawakal je. See, Allah kan sebaik-baik penolong? Hee. Sekarang saya tengah belajar nak bersyukur dengan apa yang ada, walaupun susah jugak. Rezeki manusia lain-lain kan?

Oh Allah, tolong lah aku kerana sesungguhnya aku tiada daya melainkan dengan pertolongan Mu. Amin..

p/s : janganlah bersangka saya riak bercakap pasal result (post lepas pun sama). Baca dengan hati dan jiwa yang positif dan ambil lah ibrah dari apa yang saya nak sampaikan. Cewah. Peace :)


Wednesday, December 25, 2013

Medical student's dilemma

"That's why they said someone having medical problem shouldn't take this course (medical course)" said Doctor R to me. 

WHAT? 

I thought if someone having some medical issues then he/she is a better candidate to become a doctor. 

The first statement is true jugak sebab nanti patient aka doctor/medical student ni freak out lebih. If wikipedia ( ofcourse google! ) tulis 1% will have a chance of sudden cardiac death bla bla bla, yang di baca macam 10% will have a chance of cardiac death. Semua percentage nak increase. Semua complication nak fikir. But at the same time memang terbaik la baca buku pasal topic tu. Mesti orang berkenaan terer sudah dengan penyakit dia tu. Ni ada la jugak pengakuan budak-budak lain. Yang ada goitre, perghh terbaik kau! Tanya je la apa pun pasal thyroid semua ingat, percentage-percentage pun termasuk. Kalau biasa-biasa, percentage orang deliver on due date pun tak ingat. Lol.

Yeap, it's me yang ada medical issue itu. And being a girl is not  very okay la because nanti kahwin nak beranak pinak lagi. All these things perlukan kekuatan. Okay, I opt for C-sect. Muehehe. InshaAllah.

I keep on asking myself, why must me? Oh Allah.. I just don't know. Kalau asyik bertanya, nanti sedih. Orang cakap, bertahan sebab semuanya ada hikmah. Do you really know what type of feeling is this? 

Menangis, menangis dan menangis. 

Yes, saya tak kuat. Lemah sangat. Mungkin ini ujian dan pengajaran supaya saya lebih beribadah kepadaNya. 

Apapun yang terjadi, inilah yang terbaik rasanya. Disaat nak positif, macam-macam dugaan datang. 

Allahu Allah. Seriously I cant focus on my studies. Aim for distinction tahun ini, tapi entah la. Sometimes I feel hopeless. I dont know what is going on with me now and later. Oh, by the way ada la time yang saya naik semangat sikit sebab result 4th year dah keluar. Alhamdulillah :) honours and distinctions. No need la nak cakap berapa honours berapa distinction. Daku pohon supaya kau menolongku juga dalam hal ini sama seperti kau menolongku dalam pelajaran. Sumpah, aku tidak pandai belajar, yang memberinya adalah Kau. 

Because of all this things, my aim have been reverted. Turning back to become cardiologist. InshaAllah.

Sekian.

Sunday, December 8, 2013

Update

Hello there...

Nothing much to update. I feel like wanna go home (homesick) all the times. Hurmm hurmm

This week been the most devastating week ever! Nothing much to study or maybe I am too lazy (due to some reason) to open the books. I know jangan ikut hati sangat. Nak buat macam mana dah fragile sangat.

I need to struggle to be a better me. Nak jadi orang lain tak boleh. Positif liza positif. Biarlah orang lain lagi hebat, lagi cantik, lagi kaya, lagi pandai, lagi fortunate than you and etc etc.

To everyone out there, dont be like me. Study, work hard in whatever you do and enjoy your life. Live life to the fullest.

:)

p/s : if you couldn't find this blog, maybe it has been removed or changed to mellynomnom.blogspot.com.

Monday, October 28, 2013

Busy Busy? Super Busy? Hyper Busy?

Whatever it is, the root word is BUSY la of course!

I am preoccupied with this so called degree thing. Apa mengarut entah.

Rindu nak ada perasaan happy-happy (read as gembira-gembira) bersama kawan-kawan. Bukan tak gembira tapi bahang responsibility dah makin meninggi. Tak boleh main-main. Tak boleh layan perasaan sangat. Tak boleh berpoya-poya. Well, Korean dramas and movie or whatever seangkatan dengannya dah lama dihentikan. Ada la kalau bosan tengok tv atau tengok movie.

Sekarang nak catch-up dengan video lectures yang berlambak. Sobss. I wish I am genius! Unfortunately, it is only in my dream.

Dengar cerita pasal housemanship buatkan diri lagi takut. Rasa macam nak pergi kerja kat UK terus taknak balik buat houseman. Lagipun I tak terikat dengan kerajaan. Tapi housemanship dekat Malaysia penting in case you want to continue working in Malaysia.

So much to think of, but above all habiskan degree dulu. Tengok orang lain graduate rasa macam tak sabar.

Today is the second time I think cardiology is fun and elegant! Haha.. Tapi sumpah susah dan busy. Need to think wisely.

Lastly, someone keep on reminding me : be a good doctor in the future Liza, I believe in you. Urm InshaAllah.. harapan orang lain selain family tu pun penting. Yosh berusaha!

:)

Friday, October 4, 2013

Busy

Cuti ada seminggu lagi tapi balik awal kat Bangalore. Kakak den dengan konco-konconya datang yaw. Busy la jugak. Haha. Post pasal Singapore dah peram lama. Nanti la publish. Den kalau balik Malaysia dah macam amazing race. Kejap kat Johor, kejap kat Kedah, kejap kat KL, kejap kat Melaka, kejap kat Singapore. Lepas ni kejap-kejap kat Taiping & Ipoh. Taiping sebab nak melawat kawan. Ipoh sebab ada jemputan dari bekas kak ipar. Rindu nak tengok anak-anak buah yang busyuk masyam tu. hahaha. Lepas tu nak pergi Kuantan kejap sebab kawan-kawan ajak. Isk kalau cuti den berbulan-bulan memang den buat tour dah rasanya.

Kali ni dok Malaysia macam kena pam! Serius gemuk!!! ;( Ada la kawan den teka berat den 80. Sentap square plus plus okay. Suka sangat cuti kali ni. Hihi Alhamdulillah :)

Eh saya mimpi awak la. Awak kenalkan awek awak dekat saya. Cantik.. saya macam teruja. Macam saiko sikit taktau la pasaipa. Hahaha. Yang ni saya tau mimpi takkan jadi kenyataan. Ada haritu mimpi sorang kawan ni mesej kat wechat. Tup tup lepas 2 3 hari macam tu memang betul. Ah sudah.. scary yaw..

Ok la nak cerita haritu pegi Melaka, mandi dekat Pengkalan Balak, melawat A Famosa, window shopping and main bowling kat Mahkota Parade. Best woo.. Malaysia truly Asia. Haha


Baru cek tau cek tak takut ulaq. Hihi.


Ofkos la cek kalah men bowling. Hahaha