Friday, June 21, 2013

Argh apekah?

Ape la liza hoi. Terdelete post before ni. Dok pakai apps blogspot pastu tak prasan pulak. Takpe la..

Well i'm a bit shocked tgk friend request dekat fb. Tu pun tgk before tido. Hurmm this make me think is this truly the person that i know or your *yeah you know who it is* ??? Adoih pegi approve la kan. Lets see. Maybe tomorrow no more on facebook. I think if you dont wanna get hurt better unfriend me first lah. Isnt it? Naah I dont mind. Either way is also can lor.

Im sleepy. Ape la mengarut ni. Hope for a better tomorrow. Oyasuminasai

Saturday, June 15, 2013

Surgery

Sekarang ni posting Surgery. Okay boleh la posting ni takde la minat sangat. Haha boleh pulak main minat-minat. Well, doktor-doktor baik so minat la jugak. Tak stress macam Medicine yang mana dah macam houseman dah rasanya. Setiap hari Jumaat kitorang boleh masuk OT. Kenapa hari Jumaat? Sebab hari-hari lain kitorang kelas. Hari Jumaat je yang leisure takde kelas sangat and basically memang operation patient dekat camp tu buat hari Jumaat. By the way hospital ni ade free camp. Maklum la negara susah sikit, tapi bukan senang-senang nak masuk free camp ni. Tengok diagnosis jugak.

Pakcik haritu ada Hydrocele. Sapa-sapa budak medic paham la kot. Nak terang camana eh bahasa pasar? Air berkumpul di dalam kantung scrotum (tunica vaginalis) ? Eh scrotum dalam Bahasa Melayu apa? Kahkahkah memang fail nak cerita dekat orang. Okay cerita briefly pasal history pakcik ni. Dia datang dengan swelling of left scrotum since 10 years and swelling of right scrotu since 2 years. Tu pun doctor accidently perasan swelling belah kanan tu. Kedua-dua swelling tu tak sakit. Dah besar baru nak mai hospital. Biasa la lelaki. Cuba perempuan? Haha



 Yang kecik atas tu ialah testis. Perasaan  paling tak best ialah time cauterization. Eww bau terbakaq. Camana ntah nak describe bau tu tapi unpleasant la. Dalam OT tu macam-macam gelagat ada. Boleh pulak PG anaesth buat seminar sambil dok monitor patient. Anaesth la paling tak banyak keja boleh duduk tapi surgeon buat keja. Kalau nak keja senang jadi la anaesthesiologist.

Sekian :)

Monday, June 10, 2013

Hello Fighto

Fighto is my new pet. He is a fish. Pandai-pandai je HE entah-entah betina. Tak tanya pulak orang kedai tu tadi jantan ke betina. Fighto is a fighter fish and belongs into Betta type of fish. Gold and golden dah mati :'( rest in peace both of you. huhu. Orang cakap fighter fish tahan lasak. Hopefully Fighto begitu jugak. Tapi fighto ni penakut. Tak biasa lagi kot. Susah nak amek gambar. Hihi

Sunday, June 9, 2013

wrong ong ong

Something feel so wrong. Err.. Taktau nak tulis macam mana. But it feels like please don't end up with my friend. Don't mess up with my life again. Sedih la kot kalau terjadi. Tapi entah entah entaahhhh. sobss. Gedik gilos ayat, tapi kalau hakikatnya begitu redha je la yang mampu.

....

='(





Thursday, June 6, 2013

Resipi pulut mangga untuk Iftar

Tajuk macam wahh wahhh baiknya kau. Well iftar ni kena la meriah sikit baru best. Mengeratkan silaturrahim orang kata. Eh cek pun kata begitu jugak. Alkisahnya tak plan pun tapi sebab mood nak buat pulut mangga menjadi-jadi tu pasal la jadi meriah. Menu simple je, nasi goreng kampung, pulut mangga, nuggets dan tiramisu. Saya sebenarnya paling suka masak nasi goreng. Junior pun dah kenal Kak Liza nasik goreng. Ok lawak sajer. Padahal rumah ni tak siap lagi kemas boleh pulak rajin memasak. So harini nak berkongsi resipi. Hahaha macam terer pulak kan. Ni versi Doktor Liza. Eh takyah nak doktor sangat padahal bukan sihat pun resipinya.

Resipi  Pulut Mangga (ni dah kena ubah oleh Liza bajet terer)

1. Resipi pulut : 1 cup beras pulut
                         1/2 cup air
                         santan pekat 
                         garam secukup rasa
                         1 sudu minyak

cara-caranya : 
-rendam beras pulut tu ikut la lama mana, ade kata 4 jam ade kata semalaman tapi saya kata boleh je 1/2 jam. Nak cepat kan. 
- toskan dan letak santan pekat (ala macam nak buat nasik lemak tu), garam secukup rasa, air dan minyak. Kenapa letak minyak? sebab nak kasi pulut kau shiny glowing-glowing sikit la. Ingat muka je kena glowing? haha. Kacau-kacau kasi sebati semua tu.
-kukus la sampai masak. Nak tau masak tu senang je, kau rasa la pulut tu sikit. Eh before air kering tu jangan lupa kacau. 

2. resipi mangga : buah mangga masak ( jangan mangga muda pulak)

cara-caranya : ala kau potong-potong je mangga tu. Ade orang buat bentuk bunga la, kapal terbang la (tipuuuu). Ikut kreativiti masing-masing

3. resipi kuah santan : santan pekat 1 cawan (ikut la cawan ape nak pakai)
                                  gula perang ( sini takde gula perang, i pakai gula pasir. redahhh)
                                  garam secubit
                                  air + tepung jagung
cara-caranya
-letak santan pekat 1 cawan dalam periuk, bukak api kecik je. Kacau kasi jangan pecah santan
-masuk gula perang/gula pasir ikut la kalau nak manis letak la banyak, garam secubit, dan air yang dicampur tepung jagung (sebab taknak clumping nanti tak cantik)
-kacau sampai pekat dan gula dah larut.


see? simple je benda ni. Kat sini beras pulut mahal, so pulut mangga pun mahal la kat kedai orang Thai tu. Cekik darah je. Buat sendiri lagi senang. Haritu buat jugak seri muka, Japanese cotton cheesecake and kek coklat. Alkisahnya kek coklat tu dari batter yang tak jadi untuk buat cotton cheesecake tu. Tak baik membazir. Kalau cek rajin cek tulis resipi cotton cheesecake tu. Macam resipi pavlova je. Pavlova tu masyaAllah senang betui nak buat. Hihi. 


Nampak tak kek tu? Itu Japanese cotton cheesecake. Tapi ter-burn sikit atas dia. Hihi. Ni masa buat birthday party kat mentor kitorang, Dr Bindu iaitu doktor emergency medicine yang paling best di dunia :D


Ni pulut mangga. Dah habis baru teringat nak snap. Haha. Kuah tak termasuk dalam gambar.

Sekian melaporkan dari dapur ku yang cantik. Hahahaha





Wednesday, June 5, 2013

Pindah rumah

Sesungguhnya tempe ini memang kuang hajaq. Itu la nak untung sangat kan. Tengok la takat mana boleh mempermainkan perasaan ini. Bila dah kaya jadi tamak, lepas tu menindas. After pindah rumah yang VERY SPACIOUS AND WATSOEVER LAH SANGAT KAN (TIPUUUU) daku akan berpindah ke rumah kolej pulak. Its okay one more year je pun sebab dah tak tahan nak deal dengan kau. Cakap kau je betul, kau la tempat kitorang meminta tolong. Rasakan balasan neraka kelak. Bulan depan nak kasi notis nak pindah, mungkin guna alasan nak kawen. Ahh suka hati la kan sapa suruh nak pindah tak kasi. Kalau tak boleh jugak daku pegi la berdrama bawak bakal suami (mintak tolong kawan ke). Drama drama hidup ini penuh dengan dramaaa. Yang penting taknak ber-owner dengan kau yang tamak.

Membuak-buak pulak marah ni. 

Sekian. 

Saturday, June 1, 2013

Gentleman's Dignity

Well hello!!!

Alhamdulillah mood baik saje harini. Bestnya perasaan ni... hihi. Maybe sebab tengok drama Gentleman's Dignity. Love all the pakcik(s) in that drama. hehe. Paling suka Attorney Choi and Kim Do Jin <3 aih dah lama sangat tak tengok cerita yang ok lawak la jugak.


Lagu ni sweet sangat >_< cek rasa la kan pakcik-pakcik ni sure romantik kan? patut la boleh kawen dengan perempuan muda. hahaha. Lagi tua lagi bergaya. Life begins at 40. LOL