Wednesday, October 3, 2012

Hoihoihoiii

Saya nyaris tertinggal flight domestik arini. Rasa nak terkeluar jantung dan heartbeat pun tak menentu mcm kena cardiac arrhythmia. Padah la dah nak tido pukul 2 pagi dengan menguap teruk tiba-tiba teringat 'eh nak tengok la berapa berat beg dari alor star ke kuala lumpur'. Sekali terbeliak biji mata tengok eh eh ehhhh betul ke 3 oktober niii?? Bukan 5 oktober??? Maka terjadi la semua simptom-simptom yang dinyatakan diatas dan tangan pun sejuk. Huarghhhh apekah ini? Terdetik dalam hati macam nak beli tiket lain. Cewah macam bapak saya cop duit pulak ye. Eh silap, mana beli pakai duit bapak pun. Hiks. Macam la saya ni kaya. Huh.

Maka ada la kawan yang baik hati pegi teman. Thank youuuu ;D kemas2 ala kadar je. Nasib ada masa lagi nak beli belah kat kl nanti. Yela milo tak beli lagi. Hehe. Dan bernasib baik jugak flight ke Bangalore bukan petang ni. Yesss saya dah check like thousand times. Hahaha. Its on 7th oktober bebeh.

Maka dengan tak tido,pegi airport pukul 6.30 pagi sbb flight pukul 8.35 pagi. Nak web check in pun takleh sbb takde printer. Mobile check in takleh jgk. Haiii apela nasib. Redah jugak la. Sampai airport,sarapan semua then pegi la tempat customs checking tu. Sekali pandang belakang,ehhh mcm kenal. Well Aaron aziz la. Dalam hati mcm nak jerit PAKCIKKK AAROOONNNN!! NAK AUTOGRAPH BOLEEE?? tapi disebabkan saya pun ngantuks tahap dewa,maka TAKPEEE LAAAA. I PON RETIS JGK OKEH. Hahaha. Orang semua tunggu,saya sorg je blah. Pastu Aaron tu tgk saya pastu saya pun ala dia bajet saya nak sign dia ke? Ayat takleh riak lg keee? Haha. Takde la..malas nak kacau privacy orang. Eceh.. bini dia meletups kau. Takpe nnt saya nak kuruih mcm tu. Aminnn.. hihi.

Dalam flight tu tido-tido ayam je. Punya la tak best. Takpe nnt berduit kau bole naik first class. Haha bajet nak g kl je pon nak naik first class. Kejap je kot. Ok dah sampai maka pegi la naik bus airasia pegi KL sentral tu. Mengantuk tu mengalahkan ape lg. Sampai tu tarik beg pegi tunggu bas kat esso. Jauhnyewww.. takpe saya kan kuat! Panas ye kl ni. Haha. Nampak la bas U65 tp pelik sbb dia tulis Taman Medan. Celah mana pulak Taman Medan ni??? Takpe tunggu lagi. Alhamdulillah ada jugak tulis Putra Height. Eh tadi Taman Medan tu bas U65 ke U64/67?? Ahh sudah..

Sampai rumah maksu pun takde org. Ade Tiger demoks je. Oh Tiger i miss uuu..hehe. Sembang dengan kawan sambil minum milo dan biskut jacobs. Pastu tidooo zzzzzz.

Pengajaran hari ni, check la tiket anda sejuta kali pun takpe. Penat kot kalau jadi mcm saya ni. Clumsy mak nenek. Be prepared, and believe that there's a reason for everything. Hikmahnya, saya jumpa Aaron aziz kan? Kau hado? Hahaha. Abang Aaron dah gelap sket la. Sunbathing ye bang? Ohhhmaii abang-abang pulak ye. Ni pun dok tengok cite Aaron aziz. Pastu maksu dok compare si Aaron tu dengan kawan saya sorang tu. Jauh panggang dari api. Hahhaha. Yela kawan saya putih lagi. Karang saya letak gambar dorang dua and buat comparison nanti orang ckp saiko pulak. Letak gambar Aaron je la. Hiks


Tuesday, October 2, 2012

Dari Malaysia ke India. EH?

Tajuk takleh nak gah lagi kan. Padahal dah 4th year. Selamat 4th year utk diri sendiri dan rakan-rakan. Alhamdulillah dan yeayyy.. padahal taktau result pun, haha. Kira ok la kan?

Maka posting baru pun bermula. Posting Orthopedic. Padah la doktor tu mentor kau kan liza oiii. Habis habis habissss. Dengan balik lambat seminggu. Huh sabar je la kena maki nanti. Semoga belajar lebih sungguh-sungguh, takmau main-main, fokus sbb dah nak jadi doktor houseman nanti. Sekarang saya di Naka. Begitu bosan dan nasib la ada internet. Tu pun noob sebab internet aritu problem, dah duduk sehari sini baru perasan internet boleh guna balik. Dushhh!. Biasa la bab celik IT ni tak celik-celik lagi. 

Lagi satu, kepada yang singgah kat blog ni terima kasih la. Cewah ayat takleh nak perasan lagi keeee? Hahaha. Saya tahu siapa anda. Yeee anda la. Orang yang buat saya excited, happy, sedih, dll. Yang part sedih tu lately je la and salah sendiri kot. Hormon tak menentu. Biasa la nak adapt orang kata. And kalau anda tak pecaya takpe. To tell the truth, its kinda hurt. Huwarghhh puitis pulak. Takpe, if u're happy then i'm happy too. Unfortunately if u wanna jump off the clift, i'm not going. Seriously. No offense. Heee =P Nevermind, I'll find someone like youuu. I wish nothing but the best for you, toooo. Okay part tu je applicable, yang lain tak. Ape pun, sorry for everything and thank you for everything too :D I do hope we're still friends. Friends forevaaaa. Be happy in your life, pergi kelas rajin-rajin dan awal, semoga happy dengan GFF. Hihi. Nothing much I wanna say to you. Dan dan dan lagi 1, sorry sebab kata kat anda *wordthatmakeyousad* aritu. Disebabkan itu mesej pun lain je. And you can message me and kacau me whenever u like. Seriously I tak kisah unless i'm very busy or having exams.

Maka tamat lah post kali ini. Tajuk tu mcm sesuai untuk perenggan first je. Haha redah je la.

for you, HAPPY GRADUATION~~






Tuesday, June 12, 2012

Bertemu kembali

Cewah post tak boleh tahan. Biasa la missing in action sebentar. Tak busy pon tapi entah la. Saya rasa macam nak bertapa kejap dalam gua. Ewah

Hidup ini penuh dengan onak dan duri. Kemain ayat puitis. Weeeiii taktau nak tulis apa.

Disaat ini perasaan nak beli scooter mebuak-buak. Adakah ini petanda bahawa saya akan pandai bawak scooter? Maka haruslah belajar balik rumah nanti. Sesungguhnya manusia mana larat asyik kena tipu dek pemandu autorickshaw tu.

Sekarang posting medicine. Rasa bebal, penat dan sebagainya. Baru minggu kedua. Dan semoga dapat menjalani posting dengan gembira. Eh ada ke orang gembira time posting? Mungkin time melepak minum chai ( teh tarik gelas kecik ) dan makan vegpuff atau samosa. Dalam kelas semua serius. Ouch rasa mungkinkah kita ini split personality? Mungkin benar. Orang suka sentap-sentap kena cekalkan hati. Bidang ini untuk berjiwa kental kerana bermain dengan emosi. Emotional orang kata. Belajar juga menjadi orang sabar dan toleransi. Itulah kuncinya.

Sekian.

Friday, January 6, 2012

It's new year again!


Alhamdulillah dapat juga merasa tahun baru. Syukur alhamdulillah.. sekarang ni asyik terlupa nak tulis post baru ke apa. Bukan busy sangat tapi tula asyik nak tidur je kalau balik rumah. Sleep cycle pun dah tak betul. Sekarang posting O&G yeayy best tapi doktor semua emosi tahap gunung berapi. Kalau buat salah memang la kena marah tapi ni nak mintak sign pun macam urghh tensi nak cerita. Pape pun best sebab boleh tengok baby and orang mengandung. hahaha... Boleh jugak tengok si bapa/suami kelam kabut masuk Labour Room tanya keadaan isteri. Eyh lagi 1 tak suka sebab sini macam banyak C-sect je. Dekat Malaysia rasa macam tak. Tadi tengok C-sect sebab makcik tu punya baby in breech presentation and dia ada septate uterus.




Yang mendongak tu Dr Tejavathi. Serius tak suka dia.



Pinkish biseptate uterus

Harini hari malang kepada saya ye =.=" sedih takmo cerita. Pape pun setiap benda terjadi pasti ada pengajarannya. InsyaAllah... Saya pasti Allah ingin mengingatkan saya untuk terus berusaha, buang perasaan husnuzon, percaya pada diri sendiri, dan hormat orang lain. I'm working for it. Yourshimi hae juseyo~

Saturday, November 26, 2011

Sobsss sobsss

Semalam masuk OT lagi. HOD Surgery saya performed surgery tu so dapat la chance nak masuk. Lepas siap siap kelam kabut pakai baju hijau tak berapa lawa tu, tunggu la kat luar bilik OT nombor 1.

Pesakit berkenaan nama lupa, umur 43 tahun, procedure Exploratory Laparotomy. This is an emergency case ! kata nurse tu. Eh saya ingat lagu lagi srub nurse nama Sr Fathima. aih Muslim rupanya :D Begitu ramai orang dalam OT ada la dalam belas belas? Tengok anaesthetist pun mak aih ramai. 

Dr Challani buat midline incision then bukak la semua. Then selepas tu korek korek sekejap jumpa la usus kecil ( small intestine ). Nampak la sudah hitam dan bau pun kurang menyenangkan. Doktor panggil suruh tengok tapi tak berani la nak ambil gambar ke apa tapi ada je doktor ambil gambar berkeping keping. Lepas tu dengar doktor cakap " nothing to be done, we;'re closing it'. Dia ada wet gangrene of intestine dan dah merebak ke caecum. MAK AIH APE KAU RASA KALAU KAU PESAKIT TU? nak meleleh air mata tengok. Serius ja muka kitorang student innocent ni. Doktor rileks sembang gelak gaduh kejap. Doktor tanya apa yg dia tengah jahit. Saya blur then nurse ni bagitau RECTUS MUSCLE. hoho Nasib saya berfikir selepas berdas-das soalan tertembak dekat muka. Jawapan sebenar ialah LINEA ALBA. Terima kasih otak kerana berfikir :)

Saya tak sure pesakit tu hidup berapa lama. Time tu teringat cerita Scent of Woman. Lee yeon jae pun ada masa 6 bulan je untuk hidup. Realiti hidup memang pahit dan saya pun tak tau nak cakap macam mana kalau saya di tempat orang orang sedemikian. Allahu a'alam 


Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali hanya

sedikit(Al-Isra:85)

Sunday, November 6, 2011

Incomplete


sweet enough to be expressed by words ^_____^ 

Clinical Posting

Hari apa tah lupa pulak saya ada masuk OT. Bukan OverTime ye tapi Operation Theatre. Ya Allah seronok betul. Lagipun bukan senang nak join senior sebab mostly senior final year je yang akan masuk OT selalu. Hari tu memang rezeki la. Susah nak digambarkan. Senior cakap doktor akan tanya soalan dalam OT nnt tapi redah je la janji nak masuk kan. Bukan tak pernah masuk tapi yang dulu tu masuk as a patient. Ni kau masuk as a future doctor. Saya takde dalam gambar sebab mana bole camwhore sorang sorang.haha.. nnt doktor campak keluar.





Oh by the way that operation was HERNIOPLASTY. Pesakit tu yang senior pergi examine time dia datang free camp dekat Jain Hospital. Pakcik tu ada Benign Prostatic Hyperplasia ( BPH ) which require him to do TURP first. TURP stands for Trans Urethral Resection of Prostate. So guys aka men, please bear in mind that you have the highest chances to het HERNIA - protrusion of abdominal viscus due to weakness of the abdominal wall. Please google the etiology for the weakness of abdominal wall.hehe.. Kesian jugak pakcik tu sebab dia under EPIDURAL anaesthetic - ala ala orang nak beranak punya bius kot sebab dia bukak lagi mata and tengok tangan dia bergetar getar. Maybe nervous la kot. Tapi I'm sure dia tak berapa nak sedar sangat and maybe tak nampak kitorang la kot sbb kesan bius tu. Khayal je..hihi. Hey entah la tak belajar lagi bius bius ni. Nanti dah belajar I'll tell you guys.

Seronok jugak posting ni tapi penat sebab maybe kena present dua kes sehari. My posting schedule 8 am till 5 pm. Wei hectic sangat !!! Balik tu rasa macam kena beli mesin urut Ogawa supaya senang muscle ache hilang. Oh terlupa nak bgtau yang saya posting SURGERY dulu. haha.. yela surgery masuk la OT. Kalau OBG kau jumpa orang bersalin and boleh pengsan tengok darah banyak. Semoga saya tak pengsan. Hospital Jain tu FULLY VEGE and tak boleh bawak non vege langsung. Nanti kena badi. Oh tipu sajeee =P Kena respect agama and kepercayaan dorg je la.

Lagi satu menyampah sebab kena pakai formal. Tapi saya pakai jugak la jeans and shirt. Boleh je cover dengan coat putih tu. Ye cover cover pun nampak la seluar jeans kaler nak hijau sikit. Tak suka skema skema ni.huhu..